Followers

Tuesday, October 02, 2012

Talam Berlauk

As salam... selamat hari Selasa untuk semua... moga sihat dan gembira2 ye...
Hari ni nak tayang gambar kuih Talam Berlauk godekkan resipi dari blog Kak Ilahjy. Tq akak :D Sekaligus nak share resipinya. Minta izin ye kak Ilahjy... 

Tapi aku ubah beberapa bahan mengikut stok yg ada. Di bawah ni aku edit...

Bahan:
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung jagung
¼ cawan tepung gandum
1 biji kelapa jadikan 5 cawan santan - ganti guna susu segar

Bancuh kesemua bahan ini.

250 gram udang basah goreng sehingga masak - ganti ayam kisar
1 camca besar udang kering rendam tumbuk dan goreng sehingga garing - ganti ayam kisar
Daun bawang daun sup di potong bulat
Cili merah di dadukan halus
3 ulas bawang merah dimayang dan dijadikan bawang goreng - guna yg readymade je

Campurkan kesemua bahan ini dan bahagi dua bahagian

1 bahagian dicampurkan kedlm bahan tepung dan kacau sebati .
Kukus sehingga ¾ masak taburkan lagi sebahagian bahan2 udang tadi kukus lagi sehingga masak.
Sejukkan baru dipotong makan dgn sos cilinya.

Sos cili resipi Kak Ilahjy aku x buat tapi aku kongsikan kat bawah ni. Kalau rajin, bolehlah buat. Aku makan dengan cili sos je...

Cili kering dan bawang putih dimesin halus panaskan dgn air, sos cili sedikit kicap garam gula dan panaskan sehingga pekat. (Masukan sedikit tepung gandum. )

Monday, October 01, 2012

Jualan Kain Pasang

As salam...
Melangkah setapak lagi dalam biz online, alhamdulillah...
Jualan online lain mcm buat kek, brownies, cheese tart dan lain2, tepong goreng ayam, cheezy powder tu masih dijual juga ye... i'Allah akan sentiasa ready stok. Walau bagaimanapun bergantung pada supplier jugalah,kan...

Kali ni melangkah ke JUALAN KAIN PASANG. Untuk permulaan ni, aku tunjuk 10 pasang dulu. Maklumlah baru nak bermula, sikit2 dulu. Doa2kan sukses, amin! 

Harga yang tertera dah termasuk poslaju. Pembayaran melalui Maybank atau CIMB (aku bg salah 1 no & no ac hanya akan diberi setelah betul2 confirm). Pos setiap Isnin dan Khamis sebelum 11am.

Sekaligus nak invite semua kawan2 dan kenalan untuk LIKE page aku yg baru launch hari ni -2/10/2012 (Selasa). 

http://www.facebook.com/pages/Fiza-On9booth/410298285692216?ref=hl#

Kepada yang dah LIKE, aku ucapkan terima kasih banyak. Yang belum dan baru je tau, anda dialu2kan untuk berbuat demikian.

 DIGITAL SILK

RM80.00 SMNJG

RM85.00 SBH SRWK

*INCLDE POSTAGE




 DIGITAL SILK

RM80.00 SMNJG

RM85.00 SBH SRWK

*INCLDE POSTAGE




 CHIFFON OMBAK RINDU

RM55.00 SMNJG

RM60.00 SBH SRWK

*INCLDE POSTAGE 




 CHIFFON OMBAK RINDU - or3

RM55.00 SMNJG

RM60.00 SBH SRWK

*INCLDE POSTAGE 


COTTON VISCOSE - vc1
RM45.00 SMNJG
RM50.00 SBH SRWK
*INCLDE POSTAGE
 

COTTON VISCOSE

RM45.00 SMNJG

RM50.00 SBH SRWK

*INCLDE POSTAGE 



* utk tengok kain2 ni fb klik >> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.410309155691129.99677.410298285692216&type=1


enjoy!!!

Cuba-cuba Manik Lekap/Hotfix


As salam...

Hikhikhik... Sesaje merajin2kan diri yang selalu malas ni dengan meng 'hotfix' kan tudung bawal 2 ton aku yg kosong tu... tapi hasilnye seperti yang korang dapat lihat... ade 1 line (bekas plastik/sticker). Sekali pandang macam aku pakai skaf kaler putih la pulak.

Sekarang ni kalau dok perati2, ramai orang buat hotfix ni kat tudung, baju dan sebagainye, kan... fesyen! Aku pun berkenan dan dek kerana berkenan tu la, buat kat tudung sendiri. Actually, tahun lepas aku dah buat hotfix ni kat baju kurung aku. Nanti2lah aku kongsikan kat sini. Kiranya ni kali kedua aku cuba2 buat sendiri. Yang pertama kali aritu aku buat dengan jayanya hasil tunjuk ajar kawan 1 blok, 1 aras - Natrah. Masa tu aku dok kat umah lama - Blok N, Desaria.



Tak taulah di mana salah silapnye sampai timbul plak line tu... adakah kerana aku tekap seterika tu lama sangat, adakah kerana seterika aku terlalu panas... wallahualam... yang pasti, ade 1 lg pattern dan ada 1 lg tudung yang nak di hotfix kan tu... aku cuba lagi lain kali & kongsikan kat sini berserta cara2/langkah demi langkah. Moga boleh dijadikan panduan untuk yang memerlukan ok...

Jumpa lagi di lain n3... daaaaaaa!

Kuih Kaswi


As salam semua... 
Kuih Kaswi buat minggu lepas. Resipi hasil kongsian dr blog yg (rasenye) baru 1st time jejak ke situ - Hasiah Hashim. Resipi asal kata kak Hasiah dari blog Sinar Kehidupan, tuan punyenye Kak Yatie. Terima kasih kepada kedua-duanya kerana sudi kongsikan resipi. Hasilnya, sedap!

Untuk mencuba, resipinya aku kongsikan di bawah ini pula. Minta izin ye, Kak Yatie. Terima kasih sekali lagi :D

BAHAN BAHAN (A) 

 5 CAWAN AIR
 1 CAWAN GULA MERAH ( SAYA KURANGKAN)
 1 CAWAN GULA PUTIH ( SAYA KURANGKAN)

 BAHAN B

 2 CAWAN TEPUNG GANDUM
 1/2 CAWAN TEPUNG UBI
 1 SUDU KECIL KAPUR MAKAN

 CARA CARA :

1) SATUKAN BAHAN (A) . MASAK SAMPAI GULA HANCUR.
 TAPIS DAN SEJUKKAN.
 2) SATUKAN BAHAN (B), MASUKKAN BAHAN (A) KEDALAM BAHAN
 BAHAN B, KACAU SAMPAI SEMUANYA SEBATI, TAPIS.
 3) AIAS LOYANG DENGAN PLASTIK ( SUPAYA SENANG KUIH DIKELUARKAN
 APABILA SEJUK).
4)  PANASKAN KUKUSAN, APABILA AIR DAH MENDIDIH, MASUKKAN
 LOYANG TADI DAN KUKUS KUIH SAMPAI MASAK.
 5) BILA DAH MASAK SEJUKKAN SEBELUM DI POTONG.
 6) BILA DAH POTONG ,BOLEH LAH DIHIDANGKAN DENGAN KELAPA
 PARUT YANG DICAMPURKAN DENGAN SEDIKIT GARAM.

Friday, September 28, 2012

Pau Goreng Lembut


As salam... 

Beberapa hari lepas terpesona dengan donut cekelet Izahdaut... pastu tengok Ijah Bangkok pula buat tayangan amal. Dari 1 adunan yang sama beliau buat donut dan pau goreng. Dan lepas itu aku dapat tempahan mendadak dari cafe TM, Cyberjaya yang mana rumah pekerjanya di sebelah rumah aku ni... rezeki2... terus teringat nak buat pau ni. Memang izinNya betul sebab semua bahan adalam gobok. Terus keluarkan en bm yang telah lama berselimut tu. Setialah dia menguli sampai 2 kali hihihiii

Sangat2lah berpuas hati dengan kejadian pau goreng ni. Memang lembut sungguhla... bahan2 yang nak digunakan pun simple2 belaka. Ini yang aku suke sangat ni!

Minta izin Izah Daud untuk kongsikan resipinya kat sini. Dan minta izin dan terima kasih pada Ijah pula untuk kopipes resipinya dikongsikan kat sini.

Pada yang nak try, dialu-alukan. Memang tak menghampakan! 


Bahan2:
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula 
  •  **satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
  • 3 cwn Tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung>>takde stok jadinya tak masukkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih>> yg ni guna fresh milk sbb tak masukkan susu tepung n air kita lebihkan
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin>>kita gantikan shortening n separuh mentega

Cara2: 
  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.

#setiap sebiji seberat 25g

penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

Wednesday, September 26, 2012

Kota Kinabalu, Sabah




As salam...

Ok, n3 terakhir untuk cuti2 Kota Kinabalu, Sabah. Mungkin akan agak panjang n3 ni... kalau xde yg sudi baca pun x apa... yang penting kenangan dan memori untuk aku termaktub di sini, di blog sendiri.

Seawal pagi kami dah bangun. Memang dah plan hari terakhir ni nak jalan2 pulau. Takde nak ambil banyak2 pulau - satu saja sebab masa yang agak suntuk. Beg dan semua barang tinggal di hotel Imperial Mutiara. Check out pukul 12 thari. Dari Kg Air, tanye dgn budak reception hotel kat mane Jesselton Jetty. Dia kate dekat saja. Keluar dari pintu hotel, terus saja, katenye. Kalau naik teksi memang tak berbaloilah, katenye sebab dekat sgt dan tambang katenya sekitar rm8. Ok, kami decide untuk bjalan kaki sajalah. 


Bila kita tak tahu jalan, terasa jauh sangatlah perjalanan tu. Berpeluh2 ketiak dibuatnya hihii... apelagi breakfast belum lagi tu. Tanya dengan orang, dia pun kate, terus aje ke depan. Confident sikit. Akhirnya sampailah juga, alhamdulillah...


Snap sikit2 sane sini, terus ke kaunter belian tiket untuk ke pulau dengan bot yang disediakan. Sebetulnya waktu ni aku memang dah lupa berapa caj bot semua tapi aku rujukkan pautan link ke blog Nana. Memang betullah rate tu. B4 nak ke KK ni aku memang 'ulang-alik' masuk blog dia baca n3 perjalanan dia semasa bercuti di sana. Siap dengan kira-kira perbelanjaan. Budak kaunter tu mula2 minta aku RM22 tapi aku kate, "bukan rm17, ke?" ewah2 hahaha
Budak tu pun terus kate, "ok, sy bg akak RM17..." uhuhuuuuu

Boat rate adult : RM17/person x2 = RM34
Terminat fee : RM7.20/person x 2 = RM14.40
Sewa snorkel+mask+life jacket = RM15 
Bayaran masuk kat jeti pulau manukan : RM3/person = RM 6.00


Aku sewa snorkel, mask & life jacket tu 1 set aje. Gilir2 dengan en hubby. Bukan beria pun hihii. Sebelum masuk ke tempat menunggu bot tu, kami beli makanan untuk bawa ke pulau. Yang ni pun aku baca kat blog Nana juga. Tqsm, Nana... for your info :D
Kami berada kat pulau ni sampai pukul 11 pagi. Dah tukar2 baju nak jalan2 sekitar pulau tu mcm tak sanggup pula tengokkan jalan yang mendaki sikit tu hihii kepenatan....





Sangat jernih... suke sangat!!!




see... kan muke kepenatan tu hikhikk...

Ok, lepas tu bergegaslah balik ke hotel. Sampai2 hotel pukul 12.45 tengahari. Terus check-out, masuk bilik, bersih2kan badan dan keluar. Mujurlah budak reception tu agak bertimbang rasa. Walaupun agak lewat, dia tak charge lebih masa, terima kasih :D

Berkelanalah kami... flight pukul 9.25mlm. Masa yang sangat2lah banyak terluang ni, xtau nak p mane. Macam terasa2 juga nak rehat2 kat hotel dulu. Dah petang sikit baru keluar. Tapi rasa macam tak ye pulak... 

Akhirnya kami decide p kompleks 1Borneo. Klu x silap, dpt info dari tenet juga, ade sediakan shuttle perjalanan percuma kalau nak ke 1B tu. Tunggunya di Warisan Square. Pak cik yg jaga tiket tu minta ic aku, tulis nama dalam buku rekod dia. Minta resit aku menginap di hotel. Mula2 cuak jugak sebab resit yg aku ade tu siap tulis dah check out. Rupanya dia cuma nak pengesahan yang aku ni pelancong, bukan orang tempatan. 

Untuk sekali perjalanan klu x silap aku cuma 18 org saja. Dah cukup kenalah tunggu next trip every 1/2 hour (klu x silap) .


tiket shuttle 


shuttle yg bawa kami. bas pendek je, ala2 bas mini gitu tp ade air-condla...

Sampai kat 1B, pertama yang aku cari adelah tempat simpan beg. Nak berjalan dengan tenang, ala2 window shoping gitu, kan... Tapi xde! Menebalkan muka aku p tanye orang sane sini, dorang kate xde khidmat itu. Sampai aku masuk Tune Hotel yg dekat sgt kat situ. Tanye kot2la ade khidmat menyimpan beg. Katenye kena sewa bilik dan harga kalau datang terus ke kaunter x sama mcm booking internet. Itu memang aku tau tu... ape kes la aku sekadar nak letak beg p sewa 1 bilik plak,kan.... tak kuasa! Dan kerana tak kuasa tu, mengusungkan beg pack sepanjang masa huhuhuuuu


en hubby berkenan dengan baju2 yang dijual kat stall ni... tapi takat tanya2 je, belinya tak...


late dinner kat restoran ni, dalam 1B ... not bad la...sambil mengecas hp & tab.


Kalau tak silap, masa aku pergi, kompleks ni baru dibuka. Kedai2 memang banyak tapi pengunjungnya macam kurang sikitlah. Ada juga kedai yang under reno. Aku takde beli ape2 pun melainkan makan kat restoran di tingkat 1 ni - Jaws. 
Tak tau lagi nak ke mana. Aku ajak en hubby ke Pasar Filipina semula. Kalau ikutkan memang shuttle bas akan hantar kami semula ke tempat kami naik mulanya - Warisan Square which is seberang jalan je dgn Pasar Filipina tu. Aku nak beli kudap2 sikit.

ok, dari hari pertama sampai, en hubby dan aku tak berapa senang dengan bau kat pasar filipina yg jual cenderahati tu-yg bahagian dalam kedai tu. Kami memang tak boleh masuklah dalam tu. Hidung aku bau kak t***s. Wallhualam... Even lalu tepi pintu pun hidung aku terhidu juga.

Kat pasar filipina yang jual kuih cincin dan jajan lain2 tu pun ade terbau juga tapi x sekuat yg dalam kedai. Mungkin sebab kawasan terbuka. Aku beli kuih cincin dan jajan2 tu semua. Habis rm50. Lepas tu terus ambil teksi di tepi hotel hari pertama aku menginap. Tambang ke airport rm30. Masa tu jam pukul 6++petang. Memang rase masih awal tapi sebab tak kuasa nak pikul beg pack, rase nak cepat je cari tempat yg boleh relax...

Sampai airport, check in dan elok2 duduk kat kerusi melepas lelah, dpt sms dr Air Asia. Flight delay till 11++ pm. Aduiii menyumpah dalam hati ni tau!!! Kalau dapat sms tu lebih awal, boleh aku repeat p makan udang, sotong, ketam bakar wahahaha en hubby kate boleh kalau nak minta keluar sbb flight lambat lagi,kan... tapi memikirkan nak amik teksi pulak ke pasar filipina tu sehala je rm30. balik semula ke airport nnt? gilo...! 

Jadinye duklah melangut kat air port tu. Dari seramai-ramai orang sampai tinggal beberapa kerat je manusia. Ish2... keluar dari pintu terminal, terkejut aku tengok kapal terbang yang nak bawak kami balik... lain macam da.....
Tapi alhamdulillah, selamat juga sampai...
Berakhir sudah cerita cuti2 KK, Sabah aku. Baru puas hati!


kapal terbang yang bawa kami balik...

Begedil Ayam


As salam...

Buat begedil ni buat masa bulan pose aritu. Kesian dia, di anak tirikan. Tak masuk2 n3 walau Syawal sudah berlalu pergi. Sorry selori ye...

Begedil ni sesuatu makanan kegemaran anak dara aku - Baby. Kalau p makan kat kedai Minang Tmn Dato' Harun tu, pertama sekali dia akan ingatkan papa dia ambil begedil ni. Seketul memang khas untuk dia sorang je. Takmo kongsi separuh2 dgn adik atau abang dia. Tak kisahlah, yang penting dan tamak2 camtu kena habis. Kalau tak habis memang kena jelingan mautlah dengan mama dia sambil secubit2 mulut mama ni juga yg kena sumbat kasi habis,kan hihiii

Resipi amik kat Diana aka skyblue. Terima kasih banyak :D minta izin kongsikan resepinya di sini. Moga perkongsian ilmu ini diberkati olehNya, amin...

Bhn²  ( 30 biji bergedil )
1 kilo kentang - dikupas kulitnya dan dipotong bulat - Mas potong dadu sederhana besar
300 gram daging cincang _ ( Diana guna ayam ) - aku pun guna ayam
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cawan bawang goreng
Secekak daun sup -  dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
Sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah _ ( Diana pun bubuh )
Garam secukup rasa

Cara²
  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. Mas lenyek dengan garfu masa kentang masih panas².
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
  5. Apabila bergedil garing, angkat dan toskan...sedap dimakan dengan soto atau dicicah ngan sos..makan gitu jerk pun sedappp...


Tuesday, September 25, 2012

Cash Out Nuffnang, tq!


As salam... sebelum memulakan bicara, nak minta maaf dulu dan nak terangkan sikit. N3 ni bukan niat untuk menunjuk2, bukan niat nak riak dan lain2 yg mungkin menimbulkan perkara2 negatif. Ia sekadar perkongsian, rekod untuk diri sendiri, kenangan dan memori yang boleh dikenang kemudian hari. Semoga n3 ni boleh jadi pembakar semangat untuk anda terus blogging ape saje genre yg hendak anda ketengahkan.

Alhamdulillah, 'menyimpan' sejak 2 Julai, 2011 sehingga 29 Sep, 2012... itulah yang aku dapat hasil blogging dengan 3 blog - blog ini, fiza-on9booth & fiza-ulatnovel (ditutup sementara untuk tatapan umum). 

Terima kasih nuffnang *senyum lebar sampai telinga*. Mungkin kot ada yang terfikir, jumlah itu terlalu banyak untuk blog yg selalu tak berupdate mcm blog aku ni. Ok, jumlah tu termasuk sekali dengan bayaran rm330 - nuffnang sponsored post. Boleh klik SINI untuk tengok. Kalau takde bayaran sponsored post tu jumlahnya baru rm180 camtu hihii

Sabar2lah menanti setahun atau 2 tahun lagi agaknye baru boleh cash out lagi. Ok, jumpe lagi di lain n3. InsyaAllah :D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)