Followers
Tuesday, September 11, 2012
Re Stok!!!
Thursday, September 06, 2012
Kek Pelangi aka Rainbow Cake
- 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
- 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
- 5 biji telur ayam (gred B)
- 250gm butter
- 550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)
- Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
- Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek
Cara-cara
- Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
- Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
- Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
- Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
- Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
- Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
- Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.
Monday, September 03, 2012
Kuih Bakar Pandan
Sunday, August 05, 2012
Yang di sekitar Bagan Datok, Sabak Bernam....
As salam,
Untuk makluman bakal pelanggan yg tinggal di sekitar Bagan Datok, Sabak Bernam dan kawasan2 sekitarnye, bermula esok (6/8/2012), anda boleh dapatkan BISKUT TUTKU aka BISKUT TURKI dari kakak saya - Lina (017-223 9561) - Kg Pasang Api.
Ok, terima kasih :-)
Friday, August 03, 2012
Choc Chip Cookies - rangup dan penuh rase coklat!
Halloooooo, assalamualaikum...!!
Dah sahur kalian? Suboh ni kami makan nasi dengan ikan masak kicap otter lebihan lauk berbuka semalam. Tambah dengan rebus telur masin 2 biji. Bancuh air teh, selesai juadah sahur kami. Simple as possible je, sudah... blur kepale hotak nak memasak suboh2 hari ni...
Biskut raye ke tu...?? ehehhee, lebih kurang le... klu x raye pun aku memang buat ni kalau ade org tempah. Cumanye orang mcm x brape tau, jadinye tempahan agak kureng le. Ok, ok, sekarang korang dah tau, kan... lepas ni kalau teringin nak choc chip cookies buat kudap2 sambil ngadap tb ke/ngadap fb ke, sambil cek/taip dokument kat opis ke, sambil bawak kete nak balik kampong ke (bulan pose jgn buat keje, kang adik kecit dlm kete sebelah goyang2 jari telunjuk & pale, malu weihhhh kena tego ngan budak kecit) wekekeke....! Mari2 order!!
50++pcs - rm18/-... tu harge dia. Haaaa, aku tau mesti ade kate, weihhhh mahainye!!
Ok, kalau rase mahai, ape kate korang p buat sendirik. Sile prepare mase utk p beli barang, mase untuk godek2 main tepung, gula, butter dan telo. Pastu prepare nak ngadap oben panas, nnt bil letrik, naik sikitlah kan... pastu prepare gak nak jemput2 adunan kat dulang pembakar, tepek2 coklat chip atas adunan. Pastu susun dlm bekas. Jangan bio2 lelame kat luo, kang masuk angin. Jangan jugak main sumbat je dalam balang tgh panas2 tu, cepat lemau juga cookies tu nnt (aihhhh serba x kena pulak,kan...) Last sekali, bab yg paling aku x gemo tp kena jugak buat pasai xdak yg akan buat ni melainkan aku sendiri, kemassssss dapo! Basuh mangkuk, sudu, cawan dan segala bagai peralatan yang telah digunakan! hikhikhikkk
Kalu rase x sangup nak buat tu sume di atas, meh call aku untuk tempahan ye kekekekeee
call: 03-8322 1708; sms: 017-3113 226; email: sofie2_za@yahoo.com; pm inbox (klu kwn/bakal kawan fb)
Bahan2:
230g mentega
110g gula perang
150g gula halus
1 sk esen vanila
2 biji telur
280g tepung naik sendiri
3/4 cwn serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1/2 st garam
1/2 cwn coklat cip
1 cwn almond nip (boleh juga tukarkan dengan kekacang lain)
Cara2
1) Panaskan oven 160 c - bergantung pada kapasiti oven masing2
2) Dalam mangkuk, satukan mentega, gula perang dan gula halus. Pukul 3 bahan hingga jadi putih - kembang & sebati.
3) Pecahkan telur dan masukkan dlm adunan sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga betul2 sebati.
4) Dalam 1 mangkuk lain, campurkan bahan2 kering - tepung, soda bikarbonat, serbuk koko, badam, garam, coklat cip dan almond nip. Masukkan dalam adunan yg dipukul tadi.
5) Alas loyang dengan kertas minyak. Sudukan adunan atas loyang. Jarakkan antara adunan sbb nnt dia akan mengembang masa proses membakar.
6) Tepek coklat cip atas adunan secara rawak.
7) Bakar 15 - 20 minit hingga perang atau hingga masak.
* jangan risau kalau mase keluarkan dari oven, cookies tu lembik di tengahnye sbb bile dah sejuk nnt, akan mengeras dgn sendiri. Janji mase membakar tu cukup seperti dinyatakan di atas.
Ok, selamat mencuba ye...
Thursday, August 02, 2012
Biskut Turki aka Tutku - bungkusan
As salam,
Aku share di sini bagaimana rupa paras aku membungkus biskut turki aka tutku yg telah dipos kepada pelanggan tengahhari tadi. Ada yang ke KL saje... ke Johor dan ke Pahang. Beginilah rupanya. Inilah habis usaha aku. Mungkin orang lain boleh buat lebih baik dari ini tapi utk aku, setakat ini, inilah dia. I'Allah akan improve lagi dari masa ke semasa.
Sebenarnye kalau dia nak pecah, dia akan pecah juga. Balut macam mana punlah, kan... tapi sekurang2nya kite usaha untuk jadi elok. Doa dan berharap akan dapat di tangan pelanggan dalam keadaan elok2 saja. Kalau nak pecah juga, jgnlah sampai hancur semuanya... waalahualam... aku tunggu reply komen dr pelanggan nnt dgn penuh debar...
* yg berminat nak buat tempahan biskut tutku aka turki ni, tempahan masih dibuka ye DAN yg nak pos, saya tak bertanggungjawab bagaimana rupa biskut anda sebaik dpt dr tgn abg poslaju. Maklumlah 'laju' kan.... :-)
Wednesday, August 01, 2012
Potato Wedges - Iftar 9
As salam...
Hari ni dah ramadhan ke 12, gambar di atas adalah hidangan iftar kami pd ramadhan ke 9. Alasan tak boleh blah nape lewat update - malas. eheheheee jgn marah aaaaaa!
Sekali buat n3, sekali promote la ek.... sesape yg rase terliur, teringin, tertelan2 air liur tgk sos kunen persis rase sos cheezy wedges kat kepci tu, sile2lah hubungi daku untuk pembelian ok... stok ready. Stok ready tau... dengar tak...? STOK READY!
Kalau nak talking with me call no umah - 03-8322 1708. Kalau malu miow2 sms je 017-3113 226. Kalau takut kredit abis, email sofie2_za@yahoo.com dan kalau u'll friend aku kat fb, pm inbox je. Proses pengeposan adalah setiap Isnin dan Khamis.
Harga Cheezy Powder - rm12.
Poslaju - rm7/smnjg & rm8.50/sabah srawak
chiow...!
Monday, July 30, 2012
Biskut Tutku -
Buka Untuk Tempahan
rm25/50pcs
*fillin coklat hazelnut
call:03-8322 1708/ sms:017-3113 226/ email: sofie2_za@yahoo.com
cepat, cepat, stok terhad!!
Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

whatsapp: 017-3113226
My Cute Banner