Followers

Monday, June 28, 2010

TEMPAHAN COKLAT DIBUKA


Salam...

TEMPAHAN DI BUKA

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya.....

Fiza Nordin - 017-3113 226
email sofie2_za@yahoo.com


Jom lompat SINI untuk lihat lebih banyak gambar coklat & lain-lain...

Friday, June 25, 2010

Cotton Soft Japanese Cheesecake


Salam...

First time buat kek ni & tak merasa pun walaupun seredaknye... huhuhuuuu syian sungguh bunyinye yek... Iyolah... mane nak merasa sebab buatkan untuk orang.... hahahaaa!!!

Aku buat kek ni untuk Cikgu Zura, salah seorang kenalan aku bersempena dengan beliau mengakhiri zaman daranya bersama jejaka pilihan hati. Tapi syian beno mengenangkan... mane tak... sominya di Pantai Timur nun dan sementara beliau di sini. Kerana tugas membuatkan mereka perlu berpisah. Tapi dengar2nya Cikgu Zura nak berhenti kerja dan cari kerja di belah sane. Supaya dekat dengan suami terchenta. Haruslahkan...

Moh kite tengok resipi Cotton Soft Japanese Cheesecake daripada Alma @ MyR. Terima kasih kepada tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi ilmu dan minta izin dari Kak Yani untuk dipanjang2kan resipinya di sini yek...

Bahan A :

250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
3sb jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60g tepung kek / tepung superfine - aku guna tepung gandum
20g tepung jagung

Bahan B :
140g gula kastor
6 biji telur putih
3/4 sudu kecil jus lemon

Cara-cara :

1) Cairkan cream cheese, butter & susu - double boil. Ketepikan dan biarkan sejuk.

2) Campurkan tepung gandum, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam adunan cheese. Gaulkan sebati.

3) Dalam bekas lain, pukul putih telur dan jus lemon hingga berbuih. Tambah gula dan pukul sampai meringue / adunan bertanduk.

4) Campur adunan bahan A dalam adunan bahan B. Kacaukan sebati guna spatula.

5) Tuang dalam loyang yang sudah dilengserkan dengan marjerin dan dilapis kertas baking.

6) Bakar kek +- 2 jam menggunakan kaedah 'bain-merie' - water bath. Aku bakar 50 minit aje guna kepanasan oven 175c. Ikutlah kapasiti oven masing2 ye...

Wednesday, June 23, 2010

Potato Salad


Salam...

Potato Salad yang aku buat minggu lepas. Terlupa nak masukkan n3...

Sedap pulak dok makan camtu aje... dahlah buatnye sikit... heheheee pasti akan repeat buat lagi dalam jangkamasa terdekat ni...

Dalamnye aku letak sayur lettuce, tomato, kentang (of coz...namenye lagi potato salad hahahaa), telur rebus & kacang kuda. Wallah, disiram dengan sos thousand island. Perghhhhh, ngences woooo...!


Tuesday, June 22, 2010

Pastry Marjerin - Tolong Ajarkan...




Salam...

Aku beli dah dekat sebulan dah bende alah ni... tapi cukuplah pandainye aku ni, kan... tak tau camne nak guna/gaya masaknye bende alah ni, tapi memandai-mandai la pulak p beli... hikhikhik....


Kepada korang2 yang tahu camne nak guna/gaya masak pastry marjerin ni, TOLONG beritahu/ajarkan aku...
Terdahulu, ucapan terima kasih & sangat aku menghargai ilmu yang korang2 kongsikan itu... hanya DIA yang dapat membalasnya...

murah je... tu yang sanggup beli dulu baru nak tanye kat kawan2...

Monday, June 21, 2010

Kek Marble Chef Zubaidah


Salam...

Kek marble ni aku buat hari Jumaat minggu lepas. (Saat n3 ini ditaip pun, hari Jumaat jugak. Maknanya ni N3 auto publish lah yek...).

Aku buat kek marble ni 2 buku sebab aku nak bawa balik kampung sebagai buah tangan ke majlis kenduri perkahwinan. Hari Jumaat tu, En Sofie kerja half day sebab nak balik menghadiri perkahwinan seorang kawan kampungnya yang berpangkat adiklah pada En Sofie ni. Tapi abang2nya si pengantin ni berkawan rapat dengan En Sofie aku tu.

Kek ni harum semerbak aje masa membakarnya. Rasanya pun sedap... pada yang rajin2 nak mencuba, aku sertakan resipi kek marble ni kat bawah ni. Kalau malas nak buat, boleh order dari aku yek - RM28 (10 x 10 inc)


Marble Choc Cake - Chef Zubaidah

Bahan-bahan:

250g tepung naik sendiri
1st baking powder - bumbung
200g gula castor - aku letak 180g aje...
6 biji telur - aku letak 5 biji aje...
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g susu cair / air - aku letak susu cair
90 g minyak / 175 g butter cair - aku letak minyak
1 sb choc emulco

Cara-cara:

1) Pukul semua bahan kecuali minyak hingga gebu dan pekat.
2) Last masuk minyak. Gaul guna spatula/whisker
3) Ambil 1/4 adunan dan campurkan dengan coklat emulco.
4) Marble ikut suka.
5) Guna acuan 10 x 10inc - 175 c - 25 min @ hingga masak

Terima kasih kepada Leen & Mak Lang Azie yang sudi berkongsi2 resipi ini.

Bf yang sihat le konon...


Salam...

Bf yang kononnye sihat. Kenapa nampak macam sihat? Sebab ade sayur hijau. Tapi yang lain2 tu...? Fillet ikan tu, siap deep fry lagik... huh, sihat, kah??? Aahahaa... suker ati aku je...! Kuah black paper masih dari resipi yang sama sebelum2 ni.

Layan ajelah gambo bf kami2 di pagi Jumaat yang lepas yek... pagi ni punye...? sat2 lagi le kot... atau tak sempat nak masuk n3 pun... dah habis kene ngap. Selamat masuk molot dan pewot...


Saturday, June 19, 2010

Jom Layan Selera...


Salam...

Gandingan lauk-pauk yang aku masak beberapa hari lepas. Takde yang istimewanya. Lauk-pauk biasa2 aje... cuma gulai lemak nangka tu ajelah... tu merupakan kali pertama aku masak gulai lemak nangka sendiri. Sebelum ni kalau terasa nak makan, aku pergi je beli kat kedai. Lagi2 kalau gulai lemaknya ada letak babat. Waduh, my feveret tu... tapi En Sofie tak suker. Hikshiks...



Pun rasanya inilah kali pertama dan terakhir aku masak gulai lemak nangka ni. Lepas ni kalau terasa nak makan, aku pe ajelah kedai. Sama dengan gulai asam keladi. Bunyinya senang aje nak masak, tapi aku pernah masak sekali, entah hape2 rasenya... yang kat kedai dan yg tangan orang lain masak yang kene kat tekak aku. Yang aku masak sendiri, tak syedap aku rase. Macam ade something missing somewhere... (huh, udah cakap omputih hakku... ekekekee)


Okey, yang lain2 tu lauk2 biase ajelah. Gulai lemak telur dan suun, feveret nak dara kesayangan hamba. Pekene dengan ikan masin tengiri bersama eksesori (bawang merah,cili api,cili merah dihiris2) wallah!!!

Friday, June 18, 2010

Dulce De Leche Brownies


Salam...

Semalam tayang intinya... sekarang aku tayang kegunaan untuk intinya tu... cewah, macamlah aku paham bebenor pasal dulce de leche ni... ekekekeee aku pun ikut2an aje ni... hahahaaa!!! Ade lebihan lagi intinya tu lepas buat brownies ni. Tak tau nak buat ape... godek2 ajelah nanti. Pepandai ajolah.... tapi yang nyatanye sangat n3 ini ditaip, anak aku si Boy asyik ulang peti ais dengan sudu. Mencakup dulce de leche ni sambil tengok tv. Semalam pun lepas brownies ni masak dan siap2 dipotong, dialah yang makan berulang2... puas hati tengok bile apa yg kita masak/buat, anak2 suka.

En Sofie? Balik2 kerja, duduk kat meja makan sambil tunggu aku siapkan meja makan untuk makan malam (owh, kami memang makan malam awal. Kalau En Sofie sampai umah kul 6.30 ptg, maka pukul 6.30ptglah kami makan untuk makan malam. Hehehee...) satu potong ke satu potong masuk mulutnya.

"Sedap tak, pa?" - aku
"Lapar..." - En Sofie
Haiyoooooo....! Sangat ikhlas jawapannya, kan...???

Resipi brownies aku kopipes dari rumah Hana. Boleh juga di dapati dari rumah Ijah kat sini. Tapi juga aku kongsikan di sini. Untuk korang dan aku sebagai rujukan di hari kemudian.
Mbak Hana, halal dikongsikan di sini ya... (waduh, tiba2 jadi Indon... motif??) Hehehee...


Bahan-bahan
  • 115g butter
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko
  • 3 biji telur L
  • 200g gula - leh kurangkan
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum
  • 100g kekacang - aku letak walnut
  • 250g dulce de leche
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan. Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.

Untuk pertama kalinya, berbaik dengan jiran dekat2 rumah. Sepiring dulce de leche brownies ni aku berikan kepada jiran tingkat 2 - Kak Zie. Wah, perkataan 'berbaik'... macamlah bergaduh dengan jiran sekeliling. Hahahaaa!!! Pada yang tahu tu, tahulah, kan...? Betapa masa aku baru2 pindah sini, aku rasa macam tak besh sangat. Masih teringat2 dan bagai tidak boleh meninggalkan persekitaran kehidupan seharian aku semasa tinggal di Tmn Desaria. Jiran2, aktiviti dan sebagainya di sana.

Tapi baru2 ni aku adelah 'bermesyuarat tangga' dengan Kak Zie. Secara kebetulan aje pun. Kak Zie yang tinggal di tingkat 2 turun ambil kain jemuran yang terjatuh dan aku pula keluar yang kononnya nak p tangkap gambar orang atas2 aku ni yang buang air basuhan hape tah terus ke bawah. Tak de sivik betullah!

Dan semalam selepas anak2 aku p hantarkan sepiring dulce de leche brownies kepada Kak Zie, Kak Zie turun ke bawah, p umah aku. Nak tempah kek sempena ulang tahun perkahwinannya dan kek ulang tahunnya sendiri. Ok, terima kasih kak...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)