Followers

Monday, September 14, 2009

Serawa Mangga

Salam...

Serawa mangga... bila buat serawa mangga ni teringat kat arwah apak yang telah lama meninggalkan kami... sejak aku darjah 3... kerana kami belajar makan serawa ni daripada allahyarham. Dan secara tidak langsung tentulah teringatkan allahyarham emak yang juga gembar dengan serawa ni.

Al-Fatihah untuk arwah apak dan emak... semoga rohnya dicucuri rahmat... semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... amin...

Sedap makan serawa ni sejuk. Bukan letak air ketul, tapi simpan dalam peti ais jek... kuahnya daripada santan dan ditambah sedikit gula dan garam mengikut sukat tekak sendiri... panaskan atas api kecil seketika untuk mengelakkan serawa lekas basi. Kemudian tambahkan saja hirisan halus mangga. Siap....!

Sunday, September 13, 2009

AL FATIHAH...


Salam...

Ucapan takziah dan Alfatihah untuk keluarga Kak Ham di atas pemergiaan suami tercinta - Pak Dollah, ke rahmatullah... pada 12 September,2009 bersamaan hari Sabtu...

Siapa Kak Ham...?

Kak Ham adalah jiran di blog rumah aku ni. Beliau tinggal di tingkat 12. Setiap kali aku nak keluar ke mana2 tanpa boleh bawa Mierza bersama, Kak Ham lah tempat aku tinggalkan Mierza. Hinggakan Kak Ham mengaku dirinya sebagai "mak am" pada Mierza sebab beliau sayangkan Mierza.

Pemergian Pak Dollah tanpa disangka2 dan diduga. Paginya, Pak Dollah bersama beberapa orang teman (yg juga jiran tetangga blog tempat tinggal kami) dilihat membaiki keretanya di tempat letak kereta. Maklum saja, musim perayaan semakin dekat. Keadaan kereta yg akan dipandu untuk pulang ke kampung halaman mesti diambil perhatian. Pada tengahharinya, allahyarham naik ke atas (rumah) dan mengadu sakit dada kepada Kak Ham. Dan tiba2 pula katanya terasa hendak buang air besar. Ketika hendak berjalan ke bilik air, allahyarham jatuh. Mujurlah sempat disambar Kak Ham dan anak perempuannya. Kak Ham sudukan air gula ke mulutnya kerana menyangka allahyarham 'hypo' kerana allahyarham menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Allahyarham mengatup bibirnya sambil berkata dengan kelopak mata tertutup, "aku puasa...". Setelah dipaksa, barulah allahyarham membuka mulutnya. Keadaan elok seketika walaupun seluruh badannya bermandikan peluh. Namun seketika kemudian, allahyarham kembali lembik dan terus tidak sedarkan diri...

Kak Ham dengan dibantu jiran sebelah rumah, Cik Adzha membawa allahyarham ke hospital. Tetapi semasa dalam perjanjian ke hospital, dilihat mulut allahyarham berbuih. Nadinya juga sudah tiada. Begitu juga dengan hembusan nafas di hidungnya. Sesampai di hospital, doktor mengesahkan allahyarham telah tiada... sebab kematiannya bukan kerana berkaitan dengan penyakit kencing manis dan darah tingginya yang dihidapinya tetapi kerana serangan jantung.

Semasa terima berita pemergiannya, aku dan suami berada di Sogo, KL. Tengah shoping. Sungguh kami tidak percaya tapi takkanlah perkara macam itu nak buat gurauan, kan... Terus kami bergegas pulang.

Hari ini, 13 September, 2009 pukul 5.50 petang allahyarham telah selamat disemadikan di kampung halamannya, di Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor.

Aku dan keluarga serta beberapa jiran2 blok turut mengiringi jenazah ke kampung halamannya. Tetapi tidak dapat menunggu hingga jenazah dikebumikan kerana kami perlu menghantar anak buah (Fafa-anak Kak Yong) masuk ke asrama di Sekolah Teknik, Kuala Selangor.

Semoga Kak Ham dan anak2 - Amy, Ayu, Hakim (esok nak trial PMR), Dayah dan Ain (baru darjah 1 & sgt rapat dgn arwah...) tabah menghadapi ujian dariNYA...

ps:
pemergian Pak Dollah bagaikan mengingatkan kami semua (kite2 semua juga)... kalau Allah s.w.t. 'mahukannya' sekelip mata saja...yang sakit terlantar belum tentu akan terus pergi menghadapNYA, yang sihat walafiat pun belum tentu terlepas dariNYA...
sama2lah kita beringat...
waalahualam...

Friday, September 11, 2009

Al-Fatihah...


Salam... Ucapan takziah dan rendah hati kepada besanku, Aizah Kaman di atas kepergian ayahanda tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh... amin...

Al-Fatihah...

Ikan Bilis dan Kentang Berlado wif Udang Goreng Tepung


Salam...

Panjang betul tajuk... eheheee...

Tak tahu dah nak masak ape... hari2 kene masak. Nak ajak berbuka kat luar, en suami tu payah tul. Kenkadang geram pun ada... nak majuk pun ada... tapi bila fikir2 balik, macam malas lak nak merajuk. Kahkahkahhhhh... nak merajuk pun malas... bukan ape... pasal en suami tu bukan reti nak pujuk2 kalau merajuk pun. Ish, tak lomantik tul! Tapi itulah yang aku sayang pun,heheheee

Jadinya masaklah apa2 pun. Sedap aje di tekak en suami terchenta tu... gini pun sedap erk...? Ikan bilis dan kentang tu aku letak cili apinya banyak sangat. Aku tahu en suami tu mmg suker pedas2...sekaligus secara tak langsung, perli en suami betapalah aku geram sebab dia takmo berbuka kat luar. Tapi entahlah... dia paham ke idak...

hemp............. haram!!!!

Bandung Cincau


Salam...

Apalagi...request dari suami terchenta lagi. Sebenarnya dah 2 hari hb minta, tapi barulah semalam isterinya menunaikan hasrat tekak hb tu. Ampunkan daku, cayang... bukan sengaja tapi tak sengaja. Anak cuti sekolah... barang nak masak pun ada dalam peti es dan gobok. Jadi bininya tak keluar le ke kedai/pasar. Jadinya tak le beli cincau.

Semalam lepas amik baby balik dari sekolah terus ke kedai. Itupun sebab ingat nak tanye kat kedai runcit tu kalau2 depa ada botol plastik gula2 tu. Alaaa bukan nak minta. Nak beli...selalu depe jual sebotol RM0.50. Nak buat letak kuih raye leeee... pelagi...??? heheheee Tapi takdelah!!! Ish...

Wednesday, September 09, 2009

Popia Goreng


Salam...

Tengok orang buat, teringin pulak... nak je beli 2/3 ketul kat bazaar ramadhan tapi sengaja rajin2kan diri nak buat sendiri. Lagipun lebih puas hati. Lepas berbuka tu, anak2 buat kudap2 makan sambil tgk tv. Intinya letak lobak merah dan timun serta carikkan ayam lebihan buat nasi ayam haritu - n3 nasi ayam tak letak sebab lupa nak snap nasi ayam tu. Cuma snap gambo ayamnya aje... boleh gitu??? Ish!!!

Tengah masukkan inti dan menggulung kulit barulah teringat, aku ada beli sengkuang. Tujuan beli sengkuang tu pun sebab nak masukkan dalam inti popia ni. Adeh, malesnye... takpelah... simpan je sengkuang tu utk kegunaan masakan lain nanti...

Biskut Bangkit Nyonya

Salam...

Heheheee... jom kite tayang biskut raye plak... mase tgk Kak As buat biskut bangkit ni, punyelah aku teruja nak buat. Tapi disebabkan santan dah habis stok, terpaksalah aku sabo2kan diri. Then biler dah beli santan, mood malas nak buat biskut plak menempek. Tapi alhamdulillah akhirnya terlaksana jugak impian di hati, cheeewah... silelah jangan muntah. Heheheee...

Dan disebabkan perasaan teruja yang melampau dan tahap kerajinan yang melebihi segalanya, bangkit nyonya ada kelainan sikit. Aku taburkan kristal sanding kat atas tu. Dah lame sebenonya beli kristal sanding tu tapi tak guna2... Mujurlah tak xpired lagi...

Punyelah konfiden dan teruja tahap dewa, 1st time buat terus buat 2 adunan. Nasib baiklah menjadi dan sangat puas hati dengan penghasilannya.... Resipi ambil kat Myr (sama ngan Kak As) oleh Kak Lily. Pernah sekali jumpa kak Lily mase gathering ngan Kak Yani kat KLCC. Kak Lily belanja makan, tqsm!

Bahan-bahan ( 70 biji )

  • 350 gm tepung ubi
  • 150gm gula icing
  • 20 gm mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 130 gm santan pekat
  • 1/8 sudu teh baking powder

Cara-cara

  1. Sanggar tepung ubi di dalam oven
  2. Gaul sebati gula acing, mentega & kuning telur.
  3. Masukkan santan dan gaul sebati lagi
  4. Gaul sebati baking powder kedalam tepung ubi.
  5. Masukkan tepung kedalam adunan santan tadi & uli hingga menjadi doh.
  6. Canai doh dan terap mengikut bentuk yg disukai.
  7. Bakar pada suhu 150'C hingga masak.

Order - Lapis H/Flakes ke Batu Pahat & Kek Coklat untuk birthday...


Salam...

Pagi semalam hantarkan order kek lapis hawflakes ke Batu Pahat untuk Cikgu Syaimah. Cikgu lah agaknye sebab alamat yg dia bagi adalah alamat sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor. Alhamdulillah, tengahari tadi dapat sms dari Cikgu Syaimah yang mengatakan bungkusan kek tu dah sampai ke tangannya. Semoga Cikgu Syaimah puas hati. Kalau sedap, lain kali bolehlah order lagi ye cikgu... Terima kasih...

Yang ni pulak kek coklat order dari akak (ish, name jiran pun tak tahu...) ibu si Mawi yang name betulnya - Nazrul. Rumahnya hujung sekali dekat lif, sama tingkat - tingkat 2. Kami panggil dia Mawi sebab kepala dia botak macam Mawi. Heheheee... Mawi sebaya dengan Boy, 8 tahun dan bersekolah darjah dua. Mawi pesan kat ibu dia masa akak tu datang umah nak tempah kek, nak kek coklat. Deko simple jek... keliling kek tu aku letak 8 biji coklat bola tanda usia Mawi menginjak 8 tahun...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)