Followers

Tuesday, December 23, 2008

Tauhu Sumbat & Sos Istimewa


Hari ini tak masak nasi sbb malam nanti hb nak g main badminton. Selalu kalau buat tauhu sumbat ni mmg laku sangat. Sbb hb tu mmg la suka makan yg pedas2. Tauhu buat macam biase jela. Rendam dengan air yg diletakkan beberapa titik pewarna kuning telur (atau leh digantikan dgn serbuk kunyit). Pastu goreng. Lepas tu barulah dipotong dua dan disumbatkan dengan hirisan lobak merah, sengkuang atau timun. Sumbat jangan tak sumbat kauuuuuuu!

Tang kuahnya pulak aku amik resepi dari lizacomel @ MyR Kuah ni dah 3/4 kali aku buat. Memanglah sedap sangat kat tekak ni & family...

Hadiah dr Zam & K Zana


Ni buah tangan dr Zam. Terima kasih diucapkan. Almaklumlah kite ni dah semakin hampir pada perubahan tahun kan...

Yang ni pulak dr Kak Zana. Terima kasih jugak ye kak...

Sunday, December 21, 2008

TAG dari K G dan K Zana


Kali ni tak dak n3 masak2 la eh... kelmarin menjawab soklan2 ttunggak. Hari ni pulak melunaskan utang tag dari K G & K zana. Terima kasih pada K G yang sanggup menunggu daku melunaskan utang ni. Tahniahlah pada k Zana sbb tak yah tunggu lelame hehehe...
Ish3x tuan umah ni melebih2 la pulak. Since kite tayang gambo kawin2 ni, nak jugak le tayang gambo2 yg sewaktu dengannya. Moh kite layan....



Ni gambo masa malam berinai. Aku amatlah suka dengan pakaian ni. Dan suka tgk gambo2 yg terhasil dari memakai pakaian ni...
Malam tu aku naik pelamin sorang je... Ada sesetengah orang naik berdua dengan pasangannya. Tapi aku naik sorang je sbb hb malas nak ulang alik dari Tg Malim ke sini. Kalau nak crite sbb kemalasan tu rase mcm tak puas ati le. Jadi lebih baik usah cerite la ek. Anak pun dah tiga & kami pun idup aman bahagia skrg ni. Lebih baik buang jauh2 perasaan tak puas ati tu, kan...


Ni pulak gambo yg diabadikan selepas selamat dinikahkan - gamba membatalkan air sembahyang. Hb bagi rantai tangan...

Ni gambo masa bertunang. Wah bukan main muda belia aku. Tengok pinggangku.... rampingkan??? Hahahaha! Masa ni umur muda you... baru 20 tahun. Hb plak 30. Kami beza 10 tahun...

Yang ni plak gambo masa anak dua. Masa ni umo Boy 3 tahun sementara Baby 1 tahun. Masa ni badan ku dlm proses nak naik...

Latest... tapi siaran ulangan sbb gambo ni penah aku tepek untuk n3 gambo2 ketika hari raya haji yg lepas... lihat badankuuuuu mcm tongkan???? Kehkehkeh!!!!

Okey ye k G & K Zana... Rasanya ni dah lebih dari puas hati kan..... Layanlah sampai lebam ye...kahhhhhhhhhhh

Saturday, December 20, 2008

Sosej Roll


Resipi ringkas... sonang... asalkan puff pastry & sosej ada dlm peti besi di rumah anda, hehehe... pakai sosej AYAMAS yg ber'cheese' tu... esok kene pergi supermarket le nampaknya. peti sejukku udah kosong le...

Cheese Cake Lagik!!!


Huhuhu...manelah tuan umah ni tak badan setambunkan? Selera pun leh tahan, hehehe...tapi sebenarnya bukanlah tuan umah ni makan sume kek ni. Aku buat ni untuk bawak g spital sebenarnya. Macam biasalah... g spital kene bawak sumting. Sambil duduk kat bilik rehat tu, adalah satu2 bende nak dikunyah.

Macam biasalah jugak... kalau buat cheese kek aku akan guna resipi Biduri dari MyR. Memang dah serasi dengan resipi ni. Setakat ni belum jumpa lagi resipi lain yg memuaskan hatiku ini. Cume kali ni bahagian basenye aku tak pecah2kan biskut - aku buat kek span. Resipi kek span leh tgk kan bawah. Resipi cheese kek tu leh klik kat atas le ye...

Bahan-bahan
1 bj telur
3 sb tepung gandum
1 sb ovallette
1/2 sb gula kastor

Cara-cara
Campur semua bahan dan putar dgn mixer hingga sebati & kembang. Tuang dalam acuan & bakar 20 minit - 160 c.

Friday, December 19, 2008

Menjawab Soalan2 Tertunggak @ Shoutbox

Minta maaflah pada kawan2 semua. Nampak aku masuk n3 memacam kan... tapi ucapan, soalan & pertanyaan kawan2 aku tak jawab pulakkan... Jadi biarlah aku bikin 1 n3 khusus untuk menjawab soalan & mengucapkan terima kasih kepada mereka2 yg telah berkunjung ke blog aku ni...

* mama alia adam "doa ira, mak akk cepat smbh"
2008-12-18 1:28 PM
* mama alia adam "kak fiza...tabahnya akk yer, kuat semangt...x pe lah semuanya dah berakhir"
2008-12-18 1:27 PM
Ira, terima kasih atas doa tu. kalau kami tak kuat semangat tentu mak akan lebih bersedih...

* Zam "malam fiza...buang terpaksa buang.....walaupun tak rela...hehehehehehehe..."
2008-12-18 1:13 PM
tulah zam. sayangnyekan... tapi kalau untuk kesihatan kena buang jugaklah...thanks 4 the info.

* Kak Amal "Moga Allah kuatkan semangan ibu fiza dan fiza sekeluarga."
2008-12-18 7:47 AM
Terima kasih kak Amal... itulah yg kami harapkan...

* halen "uhh.. tsentak sy ingatkan saper la yg nk dikebumikan tu. alhamdulillah la semua dh selamat. k.fiza byk2 la bdoa yer.."
2008-12-18 4:39 AM
hehehe halen... maaflah buat halen terkejut. just nak erkongsi kisah je... yg bak kite jadikan tauladan, yg buruk kite jadikan sempadan.

* ummi "Salam fiza..tumpang sedih baca artikel fiza ni..moga fiza dan fmly tabah lalui saat2 camni, ada rahmat di sebaliknya..insyaAllah..:)"
2008-12-18 4:09 AM
salam k ummi... terima kasih & insyaAllah...

* Zam "morning...semoa ari khamis nie membawa sinar baru untuk anda sekeluarga...amin"
2008-12-18 12:50 AM
terima kasih, zam... amin

* ct.delima "salam fiza..sihat pagi ni..fiza pun kena jaga kesihatan gak yer.."
2008-12-19 1:27 AM
salam k ct.alhamdullillah... sy sihat.terima kasih kerana ambil berat.

* Zam "morning...morning..."
2008-12-19 1:18 AM
morning zam. hah, mencari sarapan ke ni? hehehe

* kak ina kl "ya allah...sedihnya bila baca kaki mak kena potong...yelah.semuga mak dan keluarga kamu tabah menghadapi cabaran ni.."
2008-12-18 11:24 PM
kak ina, kami ni lebih lagilah sedihnya.tapi nak buat macam mana.kami terima dgn redha ujian dariNya.harap mak pun redha same dan boleh terima kenyataan ini...

* hana "alhamdulillah dh btmbh sihat... btol tuh fiza! sape nk tau rasa roti tu kene buat sendrik erk! hihihi... cun ar licin jerk yg bolat2 tuh!"
2008-12-18 10:51 PM
dah buat barulah tahu sedap ke idakkan.mmglah kalau roti ni dpt cicah dgn air kopi, wallah!cun ek? terima kasih hana... kombang ati den hehehe...ni yg semangat nak buat lagi nih...

* kak G "alhamdulillah Fiza..."
2008-12-18 4:22 PM
Alhamdullillah juga k G...

* Hazila "Sorang lagi kena deman roti nasi ni. anyway sorry for your mom. Dugaan dariNya."
2008-12-18 2:41 PM
Hehehe kak Zila...memang tak leh tahan le.sane sini tgk org dok buat roti nasi nih.maunye tak demam, kikikik

* zana "smga tabah mghadapi dugaan.."
2008-12-18 2:21 PM
terima kasih, k zana...

* hunny "kalau la kite yg ada kt tmpt fiza,x th la cmne..mau jd akak fiza,asik b'derai air mata...moga mak&fmly fiza tabah"
2008-12-18 2:11 PM
Alhamdulillah hunny... Allah SWT kuatkan semangat saya. Memang sy menangis tapi sy sematkan dlm hati kesabaran dan selalu ingat, akan ada rahmat di sebalik semua ini...

* zana "wah.. demam roti nama nye ni.. smpi bertocang.."
2008-12-18 2:10 PM
ni kes terlebih rajin, hehehe...

* nOOrsha "salamz kak fiza...maaf baru tau pasal mak akak sbb da lame x online....smoga mak akak cepat sembuh n Allah kuatkan hati k fiza skluarge trima ujian ni"
salam nOOrsha...tak apa...sibuk dgn kerje baru ye... terima kasih atas ucapan & doa tu. ALhamdullillah mak pn nampaknya sudah ada perubahan positif & terima kenyataan...

* zana "masuk list Choc Egg Puding tuh...nmpk sedapp"
2008-12-19 10:27 AM
bolehlah try k zana.klu ditekak saya sendiri kureng le...tp selera kite tak same kan...?buat ni bawak ke spital tadi buat makan2 anak buah & kakak2. buat 2 adunan terus.habis jugak...

* Fieza "salam perkenalan kak..suke blog akk ni...papepon saya doakan agar mak akak cepat sembuh..terharu saya baca tadi..saya link akak erkk."
2008-12-19 9:44 AM
salam perkenalan juga Fieza. alamak name kite same la.same sebutan je tp ejaan tak...terima kasih ye...slllah jenguk ke sini.kite same2 linklah.

* Noorma "Fiza, apasal tak kukus kek tu..bako pun ok ker?"
2008-12-19 7:32 AM
Noorma, gas dah nak habis, tu yg bako tu. agaknye klu kukus dia lembap le.tp bako ni dia cam kering sikit.tp ni tadi bwk g spital sekali ngan choc egg puding.makan ramai2 tu, hemppp abih juga noorma.balik bawak bekas kosong je...

* Hazila "Ha kan dah kata, mesti berjangkit punya. Fiza buat berapa adunan choc egg pudding tu?"
2008-12-19 5:57 AM
Kak Zila, penyakit berjangkit yg sangatlah aktifnye kan... buat 2 adunan terus kak...

* 14sept "a'kum kak fiza. takziah wat mak akak yg dah kehilangan sblh kaki. doakan semoga mak akak tabah :)"
2008-12-19 4:29 AM
jiya, terima kasih banyak2...

* Kak Amal "Dalam sibuk2 jaga mak...sempat lagi masak macam2..bertenaga sungguh. Alhamdulillah tgk mak fiza semakin sembuh."
2008-12-19 3:29 AM
Alhamdullillah lah kak Amal. Allah SWT kurniakan kekuatan. Siang di hospital, balik rumah baking & masak pulak. Tapi ape2pun ikut mood jugaklah kak. Kalau dah kene penyakit malas, takleh nakc cakap apelah...

* vimmiyasmin "fiza~rajinnya laaahh awak memasak yer!! nampak sedap2 plak tuh! iskk iskkk....nak kena carik kat kedai nih! he he he ! Salam buat MAK"
2008-12-19 2:41 AM
kak vimmi, rajin ikut mood gak tu. hehehe...

* hana "haaaaaa... kan btul dh kene penyakit berjangkit! baru td sembang kat umah k.hazila..hehehe"
2008-12-19 1:52 AM
uiks sembang ape tu? hehehe

* ct.delima "ok..sok nk heret CM gi sana keh3 tq fiza cygggg.."
2008-12-19 1:43 AM
heret k ct... jgn tak heret ye... cayang kak ct jugak!

* ct.delima "k.ct ni bila nk cuba wat roti lak yer..kat ner nk cari tpg roti ni erk fiza.."
p BAGUS atau BWY... atau kedai menjual barangan kek. murah je...buat kak ct, kite same2 demam ye... hehehe

Kek Kukus (Bakar)


Sebenarnya adunan kek ni aku amik dari KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES dr kak fida di MyR. Tapi semalam balik dari hospital terlupala pulak nak singgah kedai beli keping asam ni. Dek kerana keterujaan nak membuat kek ni, aku buat jugaklah. Ginilah hasilnya, kosong jek... Tapi aku buat corak dam & kaler ijau tu aku letak mint flavour. Udah tlebih, pedo lidah le pulak. Mcm baru lepas gosok gigi pulak. Tgklah komeng dr kakak2, abg ipo & anak buah kang. Sure gelak beso depa. Ni 1st time melapis. Sambil2 ngadap laptop...

Takleh nak celoteh panjang lebar. Hari ni aku bujang. Anak2 sume tido umah ibu dorang (kak yong. Dengan Mierza sekali sebab pagi ni nak g spital cepat sikit kononnya. Tapi ni pun dah pukul 10 pagi. Aku masih lagi kat umah. Kang menjerit tpon - anak buah aku yang jaga mak tu panggil.
So, meh le layan resepi ni. Copy paste lagi dr MyR. Sory ye k Fida.

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

* 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
* 225 g gula halus
* 220 g tepung gandum*
* 1 sk rata baking powder*
* 1 sb ovalette
* 150 ml susu cair
* 1/2 sk garam
* 100 ml minyak jagung/masak
* 1 sk esen vanilla
* pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
* secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

# Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
# Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
#
Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
#
Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
#
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
#
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Choc Egg Puding


Ohhooooo... pepagi dah berperang kat dapo. Semangat sungguh haku ek! Kehkehkeh...Semalam aku terdemam kek lapis hawflakes tp tak letak hawflakes. Pagi ni aku kemaruk Choc Egg Puding la pulak. Memang vit RAJIN melampau tgh tsengat kat haku nih. Ah, layan jelah!

Bahan-bahan

* 250 ml susu segar
* 2 sb serbuk koko
* 3 sb gula halus
* 2 biji telur
* mangkuk puding yg kecil2 atau ramekin

Cara-cara

1. Panaskan kukusan.
2. Satukan susu,koko,gula dan telur di dalam sebuah mangkuk dan dikacau hingga gula larut.
3. Tuang adunan ke dalam mangkuk puding yang kecil 3/4 penuh.
4. Tutup mangkuk berisi puding dengan aluminium foil.
5. Kukus selama 20 min atau hingga masak.
6. Puding siap untuk disajikan.Sedap juga dihidangkan dgn ice-cream vanilla jika suka.
7. ***Dalam cara2 step 4,klau tk tutup dgn alum foil pun boleh jugak tapi penutup kukusan hendaklah dibalut dgn kain.Puding ini jenis yang lembut,tak sesuai dibubuh dlm bekas yg besar kerana tk boleh dipotong.

Ampun Hana, kite copy paste dr umah awak nih.Minta halal ye...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)