Assalam,
Perkongsian cerita, pengalaman dan memori semasa mendaki Gunung Nuang. Actually pendakian sy utk kali kedua. Kali pertama, masa zaman sekolah. Kalau tak silap masa tu sy di tingkatan 4. Takde 1 gambar pun sebagai kenangan. Hanya ada memori dalam ingatan saja untuk pendakian pertama tu :)
Sy kongsikan serba sedikit info tentang Gunung Nuang. Ia terletak di Hulu Langat. Dikatakan, melalui Pangsoon adalah trail paling 'menyeksakan'. 2x sy naik, kedua2nya melalui Pangsoon 0.o Dan dikatakan, mendaki Gunung Nuang adalah 5x lebih susah dr mendaki Gunung Kinabalu. Wallhualam. Tapi pada sy setiap sesuatu itu pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing la kan....
Gunung Nuang
1498 m
Dikatakan Puncak Tertinggi di Negeri Selangor.
7.2.2015 - Sabtu
Sy n Boy keluar rumah jam 5.30pg. Dah janji dengan Dya dr malamnya nak carpool. Tapi kata Dya sy dan Boy kena pecah. Boy naik 1 kereta dengan Dya sementara sy naik kereta Abang Nua. Oklah, mana2 aje. Boy pun bukan budak kecik. Tak boleh berenggang dengan mama ;p
Sebab tak pernah pergi rumah Dya, menggagau gaklah mencari rumahnya walaupun rumah Dya bukannya jauh. Seri Kembangan je. Memula terlajak sampai depan Pasar Borong Selangor. U-turn balik. Nasib baik jugalah sy agak familiar dengan area Seri Kembangan ni.
Sampai2 umah Dya, Abang Nuar tak sampai lagi. Lega hati. Memula tu risau juga. Adat nak menumpang orang, janganlah orang menunggu kita, ye tak. Sy tak kisah menunggu. Sabarrrr hihiiii
Abang Nuar sampai dengan Eja, Syikin dan Yani dah sedia ada dalam kereta. Masuk sy seorang. Okeh, cukup2lah 1 kereta. Selesa.
Boy pula naik kereta dengan Dya, asben (Saiful) adik perempuan dan sepupu perempuan Dya. Berempatlah juga 1 kereta.
Actually janji dengan yang lain2 berkumpul di carpark Pangsoon pukul 8pg camtu tp dekat2 pukul 8pg kami baru gerak dr rumah Dya. Hahahaaa jenuhlah sesiapa2 yang dah sampai tu menunggu. Ampunnnn! Sampai2 sana tengok Haz n Tirah tidur dengan nyenyaknya di pondok, Katanya pukul 6pg dah sampai. Semangat atau takut kena tinggal? Hihiii Abby (geng Scouts), Wani n Syu juga dah sampai. Ada juga beberapa orang yang lain. Guide kami juga opcoz la dah sampai hohohooo
Tanpa berlengah, guide Ayie bagi penerangan serba sedikit. Apa yang kita bawa naik, itulah yang kita akan bawa turun. Jangan adab dan mulut. N bla bla bla. Kita buat sedikit streching. Yang ringan2. Hati dah membuak. Semangat dah membakar kuat. Guide ada 3 orang - Ayie, Isma dan Iema.
Boy dangan gaya handstand nya. Di mana-mana!
Perjalanan naik sebelum sampai ke tapak perkhemahan - kem lolo - dengan membawa beg dan barangan adalah sangat menyeksakan. Apatah lg sy ditugaskan membawa cerek, kuali dan offer diri bawa dapur dengan syarat ada orang yg tolong bawakan. Mujurlah suami Dya bawakan dapur tu. Cerek gantung kat belakang beg Boy. Kuali bawak peluk dan beberapa gaya bebas lain. Mana-mana gaya selesa la...
Nak menyampaikan ke kem lolo sejauh jarak 5km dengan jalan kejap naik dan kejap turun bukit itu sangatlah hazabnya. Sebahagian permulaan perjalanan, Permukaan jalannya dah diturap simen konkrit. Selebihnya masih tanah merah keras. Mujurlah tak kering jd taklah berdebu. Rimbunan pokok kiri dan kanan, damailah juga rasa hati walaupun mengah dan tengkuk dan mula rasa sakit. Namun perjalanan tetap diteruskan. Tidak terlintas langsung tak berpatah balik. Alhamdulillah, itu 1 sikap sy yg sy rasa bangga dgn diri sendiri. Bak kata encik asben "... u klu dah nak yg tu, yg tulah juga u akan cuba dapatkan." Yes, thats me! Dan kerana berpegang pd itulah, en asben jarang2 sangat membantah bila sy kata nak itu, nak ke sana, ke sini. Belilah, pergilah.... asal pandai2 jaga diri. Tq abang!
Orite, sudah2 mengenang encik suami hahahaaa
Tak set masa pula berapa jam perjalanan hingga sampai Kem Lolo. Tapi rasanya dalam 2 jam ++ juga. Saya bukan orang pertama yang sampai. Bukan juga orang kedua dan ketiga hahaha. Yang pasti masa sy sampai, Tirah dan Haz dah ada. Set up tent. Mulanya nak kongsi tent dengan Tirah, Haz dan Eja. Berempat 1 khemah. Boy nak biarkan tidur 1 khemah dengan Abang Nuar. Tapi dah petang2 gtu Abang Nuar kate dia tidur di buai yg Aidil pasang kat pondok solat. Tak percaya pulak nak biarkan Boy tidur sorang 1 khemah. Akhirnya sy tidur 1 khemah dengan Boy. Dahlah tak bawa sebarang lapik. Walaupun tapak kami tu tak banyak batu tapi tetap jugalah terasa tidur bagai atas tanah aje. Keras, sakit badan weih..... tak boleh tidur dibuatnya. Ditambah dengan cuaca yang sejuk. Pakai jaket n stoking pun tak membantu. Terkebil2lah mata. Ada sekejap terlelap tp bunyi sepicing je dah terjaga n terkebil2 semula.
Okeh itu cerita malamnya. Berbalik lepas dah set up tent, perut masing-masing dah lapar. Aktiviti masak memasak dimulakan. Di rumah memasak, di dalam hutan pun sy memasak juga. Takde sesiapa yang melantik pun, lantik diri sendiri je. Hihiii sy suka! sy suka! Tapi bukanlah buat seorang semua. Dibantu kawan2 yang lain. Gotong-royong. Makan pun sama2kan.... sorang potong bawang, sorang basuh beras dan lain-lain.
Menu kami, nasi putih makan dengan telur dadar n sambal sardin. Heaven!
Lepas makan, konon2 nak tidur tp xboleh. Siang2 hari pun sejuk. Dingin je rasa walaun matahari tegak atas kepala. Owh apekah???
Sedang menggoreng cucur ikan bilis utk minum petang.
Masalah kami, air bersih. Kalau ikutkan setiap seorang kena menyumbang 500ml untuk xtvt masak2. Tapi still tak cukup. Sudahnya ambil air sungai dan masak. Yang buat confident tu sebab tengokkan guide kami pun guna air sungai. Sy pada mulanya mmg keberatan. Tapi sudahnya redha ajelah....
Dah nak tidur tp tak boleh... ada yang ajak pergi mandi sungai. Tapak perkhemahan ni betul2 sebelah sungai je. Khemah sy dah Boy lagilah... betul2 sebelah sungai. Malam2 tu memang jelas amatlah bunyi deru air. Mandi2... sejuk Ya Rabbi... tp syiok. Pada mulanya nak tengok2 saja. Hah, tak teriman pulak. Sudahnya pergilah tukar seluar n join sekali.
Lepas mandi, salin2 baju. Golek2 dalam khemah. Kot2la mau tidur. Badan dah letih. Dapatkan lelap sekejap. Terjaga, pusing kiri. Lelap.... Terjaga lagi pusing kanan, lelap lagi. Sakit badan weih.... Sudahnya bangun. Tak bleyh tahanlah n rasa oklah. Dapat juga caj 'bateri' sikit. Dalam agenda memang nak buat cucur untuk minum petang. Jadinya bangun tidur, sy dan Syikin godek2la. Bahan sume lengkap. Kecuali minyak untuk menggoreng. Sepatutnya 2 org ditugaskan bawa minyak tp salah seorangnya last minit kensel. Jadi dah short minyak d situ. Ohhoooo. Tetap jugalah goreng dgn minyak dgn bjimat cermat hihiii
Petang sampai ke malam, xtvt santai2 gtu aje. xde ape2 pun. Payah pulak nak bergerak sbb tak bawa selipar. Bukan tak ingat tp entahlah. Boleh plak rase mcm tak perlu. Padahal sangatlah perlu. Boy ada bawak selipar tp seliparnya putus pulak. Alaaaahai!
Disebabkan xde xtvt, makanya cepat ajelah masing2 masuk khemah. Tidur ke hape tak taulah.
Ok, nak share tempat melepas hajat. Mujurlah Aidil, salah seorang yg join ni ada bawa kanvas. Dia gotong-royong dengan Abang Nuar buatkan tandas tepi lurah. Kenalah hati2 sikit takut terjerlus ke bawah plak. Siang2 oklah.... klu malam, gelap... kena xtra carefull. Sy yang paling risau adalah jika nak buang hajat besar. Aduhai, parah!
Dya dengan cucur bilis d mulut n sos cili d tangan. hihiii
Abby dudu mencangkung tunggu air masak.
Haz (tudung purple) n Tirah - belakang Dya.
Ok, malam tu masing2 dah masuk khemah, mata terkebil2. Pusing kiri, pusing kanan. Adalah terlelap sekejap. Sekejap sangat rasa. Lepas tu terjaga dah langsung tak boleh tidur. Dengan sejuk tak tau nak cakaplah. Dengan bunyi air yg dekat sangat. Dari dalam tent, sy perhatikan aje guide kami Isma yg bz semedang. Masak itulah, inilah. Bancuh air. Rajin beno mamat guide sorang. Hahahaaa
8.2.2015 - Ahad
2am
Sampailah pukul 2pg. Ayie kejutkan suruh bangun. Sebab memang tak tidur pun, jadi dengan pantasnya la keluar dr tent. Ambil berus gigi n terus ke tepi sungai. Gosok gigi n basuh muka bagi segar sikit. Perghhhh sojukkkkk! Siap2 dengan jaket, head lamp, terus pakai. Air, raincoat n letak dalam beg pack. Bawa 1 beg je. Pakaian lain tinggal dalam khemah. Adik dan sepupu Dya tak naik ke Nuang. Jadi adalah orang yang tengok2kan khemah.
Almost pukul 3pg kami mula bergerak. Dalam suasana gulap gulita. Hanya bertemankan cahaya dr head lamp masing-masing. Masa ni perut dah rasa lain macam. Ohhooo nak membuang! Rasa tak selesa sangat. Nak membuang angin je. Tapi tak mau lepas. Parah, parah, parah! Cakap dengan guide Isma yg lead d hadapan. Dia ni laju sikit. Guide Ayie n Eima jaga kelompok yang agak slow sikit di belakang. Guide Isma kata tekan ibu jari n pusing kat pusat. Sepanjang jalan tu lah sy cuba buat. Memang ada perubahan. Perut rasa lega sikit. Alhamdulillah! Tapi masalah lain plak timbul. Nak kentut... camne nak kentut dengan kawan2 lain ada sekali tu hahahahaaa
So masa kami berhenti kat kem pacat, sy duduk jauh dr orang untuk melepas angin. Melegakan perut puas-puas setelah menahan tadi. Tak lama pastu alhamdulillah, ok! Berterima kasih sangat2 kat guide Isma :) Barulah perut rasa selesa. Rasa nak membuang hajat pun hilang.
Perjalanan yang baru hendak bermula...
Berhenti berehat di Kem Pacat.
Sambil2 menanti grup belakang sampai.
Perjalanan diteruskan. Sesekali berhenti juga utk menunggu grup belakang. Jaket dah ikat d pinggang. Mulanya tadi pakai sebab sejuk. Lama2 dah rasa hangat pijau. Peluh dan mula terbit. Nak minum air takut kang rasa nak terkencing. Jadi minum sekadar basah tekak je. Kiri kanan gelap. Perhati bawah je. Risau terlanggar tunggul atau akar. Takut klu injured.
Sampai di Kem Pacat, Syikin surrender. Nasiblah kawan Ayie ada berkhemah di Kem Pacat tu dengan budak2 U mane tah, tak ingat. Syikin di tinggalkan di situ atas persetujuan. Nanti dah terang, Syikin akan turun kembali ke Kem Lolo. Kalau takde kawan Ayie kat situ, Ayie terpaksa temankan Syikin turun kembali ke Kem Lolo. Arghhh
Sampai di Pengasih, hujan. Sejuknya takyah cakapla. Boy pulak tak bawak dia punye glove. Geram betul. Padahal dah diingatkan berulang2 kali. Keluarkan raincoat. Sangatlah tidak selesanya berjalan dengan memakai raincoat yg free saiz tu. Kami berhenti dulu di pengasih menunggu yg lain2 sampai. Duduk berteleku dalam hujan. Mata mau aje pulak mengantuk. Merasa juga tidur ayam sepicing hihihiii. Masa ni hari dah terang.
Kami meneruskan perjalanan. Dr sini perjalanannya lebih mencabar pada sy. Pertama sebab dah terang, nampak trek yg kita nak lalu. Kedua, hujan, lecak... habislah kasut baru I! Hahahaaa Kasut baru beli semalam n memang dibeli khas utk xpdc ni. Lecak bukan main2 punye lecak, Hitam beram. Mana yg terpijak n kaki tenggelam tu redha ajelah, kan. Fikir positif, balik nnt sentallah. Tapi dalam pada tu berhati2lah juga. Perjalanan kadang2 meredah celah2 batu yg berlumut. Kenalah pegang. Glove yg digunakan tak water prove, habislah basah menyerab ke dalam. Makin sejuk plak rasanya pakai glove basah. Ohohoooo
Nak dekat2 sampai puncak, sy berdua dengan Abang Nua. Makin semangat dengar suara2 mereka yang dah sampai di atas sana. Tapi sempat jugak berhenti bila angin bersama wap air bertiup. Nyaman sangat sebab masa tu badan tengah berpeluh. Haiiii tak dapat nak gambarkan rasa masa tu. Mengucap syukur dalam hati.
Yeayyyy kami dah sampai!!!
Boy yg dengan bangganya mempamerkan logo sekolah pd baju.
Orang sejuk, dia boleh buka baju duduk atas tu.
Haishhh
Kalau tak silap, di tunggu belakang tulah sy pernah abadikan sekeping gambar masa kali pertama naik dulu. Sy panjat atasnya. Tapi sy tak pasti....
Me, Tirah, Lina, Eja n Dya - organizer
Mama n Boy
Kami tak lama di atas. Serius.... tak sabar nak turun sebab SEJUK!!!
Hujan dah berhenti tp kabus masih menyelubungi. Permandangan langsung tak kelihatan. Kabus je merata-rata. Masa kami sampai dah ada grup luar sampai. Dan ketika kami bergambar, ada juga grup lain yang baru sampai.
Perjalanan turun lebih mencabar. Bila tengok balik trek yg kita nak turun tu, mulakan terfikir n bertanya, "ini ke yg aku panjat tadi?" Perghhh mencanak giler! Macam tak caya. Nak turun kena penuh hati-hati. Licin sebab baru lepas hujan. Licin.
Tengah berhati2 turun, terdengar suara Abby menjerit di bawah. Tak jauh sangatla kate ade orang jatuh. Masa tu ramai yang tak turun ke bawah. Sy, Eja, Ayie dan Haz antara orang2 terakhir. Sy gtau Ayie. Rupa2nya Awin yang jatuh. Kepala dia terantuk kat batu tp xdelah berdarah. Cuma dia rasa macam pening2 sikit. N kaki dia ada rasa sakit. Ayie suruh sy teruskan perjalanan.
Mula-mula tu bersabar tunggu Eja dan Haz tp lama2 sy teruskan perjalanan sendiri. Lalu d celah2 batu tu sengsorang, sekali ada rasa takut juga. Risau silap trek. Tapi tawakal ajelah n mulut serta hati tak lekang beristighfar. Sesekali ada rasa meremang. Fikir positif aje masa tu, meremang sebab sejuk walaupun hakikatnya masa tu berpeluh kot. Tak boleh nak layan sangatla perasaan camtu dlm hutan kan...
Dan lepas pengasih, jumpa Yani n Kak Dila. Kami jalan bertiga hingga Kem Pacat. Lepas tu sy gerak solo semula. Berlari menuruni trek. Tak pandang kiri kanan sbb nak fokus kat jalan kan.... sampailah sy terlepas tempat Boy bergambar ni. Alaaahai! Kata orang, inilah tempat trademark klu ke Nuang - akar bersimpul aka Repunzel. Tak apelah, takde rezeki. Mane tau nnt nak repeat lg... erk, sungguhka???
Sampai2 bawah, tengok Boy dan Tirah tengah berendam dalam sungai. Argh seronoknya. Sy rehat2 sekejap dan sama2 mandi. Seorang demi seorang sampai. Dan kami diarahkan kemas2 apa yang patut utk persiapan balik.
Perjalanan dr Kem Lolo nak ke tempat paking kereta kena berjalan lagi. Tapi kali ni lebih laju sikitlah sbb beg pun dah ringan sikit. Sekaligus rasa nak sampai umah cepat. Rindu tilam dan bantal hahahaa Dalam perjalanan tu selisih dengan orang yang berlari naik dan berlari turun. Perghhh klu sy entahlah. Tp boleh try jugalah 1 hari nnt. Cuba juga hari tu berlari tapi adala 2x langkah. Kemudian berhenti bila beg di belakang rasa sangat mengganggu menghentak2 tulang belakang. Berlari kosong tanpa menyandang beban mesti lebih mudah :) So sy simpan niat tu kemudian hari, insya Allah dengan izin NYA.
Alhamdulillah, selamat sampai tempat paking. Kemudian bergerak balik. Masih tumpang abang Nuar. Dalam kereta, mengantuk giler. Tak sedar dah.... tidur dalam kereta. Tau2 dah dekat2 sampai Bukit Jalil, rumah Eja. Sampai rumah Dya, Boy dah ada di sana. Barulah kami balik ke rumah sbb sy tinggalkan kereta d rumah Dya.
Insya Allah... 4.4.2015 ke Gunung Irau kita. Day hiking saja.
21.5.2015 (thurs) - 26.5.2015 (Tues) ke Rinjani
Lepas Aidil Fitri - plan ke Gunung Kinabalu
Semua dengan izin NYA...
6 comments:
masyallah akar pokok tu..cantik :)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
TEBING TINGGI BAKCPACKER
Mount Guide Service (Licenced)TG
Will Arrange:
-forestry permit
-police report
-nature guider
-emergency kit(basic)
-walkie talkie
-via Janda Baik/Pangsoon
Aslo do the “package for student trip”
ANDY
017-9997790
whataps/call/sms
Mencabar juga kalau mendaki masa hujan.
ALhamdulillah masa Pisyek naik Nuang dulu tak hujan.
Hehehe.
Baca sini: Misi Menawan Gunung Nuang
canada goose jacket
yeezy boost 350 v2
bape
yeezy
yeezy 700
yeezy boost 500
kobe basketball shoes
yeezy
nike shox
giannis antetokounmpo shoes
check over hereContinue Check This Outindex click siteWebsite
Post a Comment