Followers

Thursday, March 05, 2015

ATV Kemensah - 6.12.2014

Aktiviti pd: 6.12.2015
Tempat: Kemensah (Belakang Zoo Negara)


Sejak join Jom Kurus #3 dan kemudiannya sambung program fitness Scouts, sy banyak menyertai aktiviti-aktiviti lasak. Cecewah lasak la sangat, kan.... Yela, boleh dipanggil lasak jugalah sebab sejak meninggalkan zaman sekolah kemudian kerja, berboyfriend, bercinta, bertunang, berkahwin, beranak.... aishhhh sume2 aktiviti yg sy suka ni sy tinggalkan sepi. Kalau nak ikutkan sy ni lasak juga orangnya. Saya memang suka aktiviti luar ni....

Ingat lagi, masa sekolah menengah sy join panjat Gunung Nuang. Tapi dedulu manelah ade internet2 ni sume. Gambar tangkap guna kodak. Hilang gambar, xde negatif, alamatnya tinggal memori je la... Kalau tak silap masa tu sy di tingkatan 4. Kalau tak silap la.... Dan kalau x silap lagi, program tu kerjasama dengan Program Rakan Muda. Yang tahun2 sy mesti masih ingat dengan program anjuran kerajaan tu :)



Untuk Program ATV ni telah Dya adalah mastermind nya. Dya dah berulang-ulang kali la datang sini bawak kawan-kawan. Kami ambil yg bayar RM150 - dr base ke Air Terjun Sofia Jane. Tempoh aktiviti dalam 3 jam. Semasa di air terjun, kita diberi masa dalam 1/2 jam utk relax n berkelah.

Seronok jugalah... setiap orang bawa sebuah atv tu. Tapi klu tak confident, boleh duduk belakang. Atv tu dipandu crew.

Sebelum dilepaskan keluar ke track hutan Kemensah tu, crew akan arahkan kite pandu atv tu dalam base 3 round. Biasakan diri dan praktikkan apa yang telah diajar dan diterangkan sebelum itu - bagaimana nak mengendali/memandu atv tu. 

 Abang Nua, Dya, Eja, Ariana, Tirah n me :)



Tak susahlah... menggedik lagi adelah sy ni hihiii 
Pengalaman baru untuk sy. Memori yang bakal dikenang hingga hujung nyawa, insya Allah.

Adalah sekali, sy tak lepas. Cemas dibuatkan bila rasa ATV tu nak terbalik - sebab sy angkat kaki. Kalau ikutkan ajarannya jangan angkat kaki n jangan berhenti press minyak, atv akan terus bergerak. Tapi bila dah cemas, habis semua hilang apa yg dah diajar hahahaaa


Kalau ada rezeki nak juga repeat lagi :)

Insya Allah, semuanya dengan izin Nya....


1 comment:

kehidupan sihat said...

seronok ye..nana memang berminat nih..tak pergi2..padahal dekat je dengan rumah babah kat au3.hihi

Niat nak pergi sekali ajak babah dan adik beradik yang lain..insyallah :)

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)