Followers

Friday, March 06, 2015

Trio Steamer - toys baru lagi!


Ok, tengok gambar pun terliur. Kalau namanya coklat, sy memang jarang-jarang sekali menolak. Tak banyak, sikit pun mesti nak merasa. 

Trio Steamer ni sy beli melalui Chef Asma - pakar kuih2 talam. Sya masih belum diberikan kesempatan untuk menuntut ilmu dengan beliau. Insya Allah dengan izin Nya, suatu hari nanti. 

Masa beli sy rembat sekali 2 biji. Amboi, bukan main tamak. Kengkonon macam nak tangkap projek besar. Dan pada masa tu ada duit lebih sikit. Jadi tak rasa sangat keluarkan duit gitu2 aje. 

Harga masa beli tu RM190 sebiji. Ada 2 tingkat (tray). Fully guna eletrik. Seronok juga guna steamer ni sebabnya rumah tak panas dan berhaba. Cepat pun cepat. Jimat masa. Steamer ni pun bukan hanya boleh digunakan utk bakar kuih-muih dan kek tapi juga boleh steam ikan dan ayam. Ikut sukalah. Ada ditulis berapa2 minit bila kite nak steam ikan, kuih dan lain2.

Saya kukus pulut kuning pun dengan steamer ni juga. Jimat setengah jam. Pulut masak elok, tak belantah. Suka betul hati :) Siapa2 yang masih belum memilik segeralah p rembat seketoi. Menyenangkan kerja korang.

Promot ikhlas dr hati ni. Xde lambung2, kipas2 hahahaa



3 comments:

cheq da said...

Menarik hati jea..

aji nugraha said...

Seru ni kemping bareng di gunung,,,...


















Jelly Gamat Gold G

Norra said...

Nak taye klu kukus kuih talam guna trio ni tak perlu bungkus penutup trio dgn kain ke seperti pengukus biasa tu?

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)