Followers

Sunday, April 01, 2012

Donut Lembut

Salam hari Ahad... Donut Lembut nii bukan buat hari ni tapi beberapa hari lepas. Mood nak menghapdet blog ke laut mati wooooo!

Resipi dicedok dari blog Kak Ct Delima sayang. Resipi asal dari Hasue. Terima kasih kedua2nya. Minta izin Kak Ct utk kite mgcopy paste resipi di sini. Toping tu sebenarnya buat 2 versi. Satu versi bergula & satu lagi toping coklat. Versi gula sengaje tak tangkap gambo. Kan dah kate tadek mood. Hikhikkkk


Bahan-bahan:

500 gm Tepung gandum berprotein tinggi (guna tepung biasa pun ok)

1 Peket yis segera -11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama) kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..

50 gm Marjerin

1 Sudu makan (penuh)

Shortening (lelemak adunan) - Letak lebih sikit pun takpe

2 Sudu makan (penuh) gula pasir

2 Sudu makan susu pekat / 2 sudu makan susu tepung (ikut citarasa) - Letak kedua2 lagi sedap

1 Biji telur - dipukul sekejap

1/2 Sudu teh garam

Gula halus atau topping kegemaran anda

190 ml - 200 ml air suam2 kuku (bergantung pada kualiti tepung)

Cara-cara:

1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi 2.

6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je) Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

7. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sebab adunan mengandungi telur).

8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

SELAMAT MENCUBA.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Fiza
salam kenal ye
mengancam tgk donut ada topping coklat ni, sedappp
akak nk tanya betul adunan ni tak payah tunggu mengembang ke? teringin kalu camtu nk try terutama waktu pagi sempat la nak buat utk bawa ke taska
tq ye Fiza

Amie said...

Assalamualaikum Fiza,
kalau donut rupa begini, sekejap je hilang dari pinggan! Anak-anak suka....

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)