Followers

Monday, April 23, 2012

Nutella Coklat Cheese Cake

Resipi asal dari Kek Coklat Kukus (Roha). Sumber dari Salina AbKamal (fb). Terima kasih kepada kedua2nya kerana sudi berkongsi resipi dan minta izin untuk sharekan resipinya di blog sy ok...


Bahan2

2 cwn tepung gandum

2 cwn gula - guna gula biasa dan blender halus (saya guna gula pasir halus)

1 cwn serbuk coklat (boleh kurangkan kalau tak suka pahit)

1 cwn minyak masak

1 cwn air mendidih

5 biji telur

1 tin kecil susu pekat atau 1 tin besar susu krimer

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara2

Panaskan pengukus.

Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonat. Masukkan dalam bekas dan buat lubang di tengah2nya.

Masukkan telur, gula, susu dan minyak. Kacau rata  tapi jangan terlalu lama dikacau.

Masukkan air mendidih. Kacau rata.


Inti Cream Cheese

250g krim cheese

60g gula

1 biji telur

25ml air


*campurkan semua bahan dan putar hingga sebati.


- jangan buka penutup pengukus terlalu kerap.

- sebahagian lapisan kek coklat yg pertama dikukus 10 minit. Kemudian curahkan adunan cheese. Kukus lagi 15 minit. Kemudian kukus lagi sebahagian adunan kek coklat selama 1 jam.

- pastikan air/wap pengukus tidak menitik dalam adunan kek dengan membalut penutup pengukus dgn kain atau boleh tutup bekas/loyang kek dgn aluminium foil (ini kekdah sy).


Published with Blogger-droid v2.0.4

7 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam fiza..mengodanya pepagi nih!htr la 1 bekas tu ke sini :D

Qasey Honey said...

mesti sedap cheese cake ni sbb letak nutella tu...tliur la pulak tgk lelama...blurppp

Cendana Kasih said...

uish...menggoda jiwa raga nengok kek ko ni...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kecoh tengok meleleh coklat tu, huhu

Anonymous said...

salam..
tumpang tanya..

Nutella tu letak masa bila..???
sorry..saya budak baru belajar..

Liza said...

perggghhh, terliur pulak akk nengok kek dlm cawan tu....hihihihi

Fiza Nordin said...

as salam semua... Terima kasih sudi singgah sini. Pada yang hendak mencuba, dipersilakan. Yang belum mencuba,carilah masa utk mencuba. Pada yang malas nak mencuba, BOLEH ORDER DARI SAYA hahahaha call/sms 017-3113 226 atau emel sofie2_za@yahoo.com atau add sy di fb-rafizah nordin (tag fb ade tuuuuuu,klik saje!) :))

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)