Followers

Friday, April 20, 2012

Doh Puff Pastry & Sardine Puff

Semalam entah rajin datang dari mane pun tak tau le... Ringan je tangan dan kaki ke sane ke mari dalam ruang dapur tu mengeluarkan segala keperluan dan kelengkapan nak buat puff passtry sendiri. Beli pastry marjerin ni dah lame juga rasanya. Dari tinggal kat rumah Blok N lagi. Mujurlah semalam masa terasa nak buat tu, tengok date masih available. Tapi pun dan nak xpired ujung bulan ni.

Godek2 resipi dan tumpah hati resipi yang di blog CMG. Actually memang dah berkali2 dok ulang ke blog en sifoo tu. Baca ulang2 kali. Nak salin2 malas.huhuu ok operasi dimulakan. Alhamdulillah dan syukur kepadaNYA sebab dipermudahkan segala urusan. Semuanyya berjalan dengan lancar. Renyah tu idak sangatlah. Cuma sekejap2 kena rehhatkan doh selama 15 minit. Dan 15 minit tu kite boleh amik Mierza dari sekolah, bagi dia makan dan gurau2 senda dgn dia. Oklah tu kan....

Dan pagi ni kita rasmikan puff pasry hasil titik peluh (takde menitik peluh pun, hat basah ketiak je kakakakak) sendiri. Kite buat Sardine Puff. Kebbetulan (kebetulanlah sangat!!!) semalam buat masak 'ikan kurung'. Sedang elok le tu amik 2/3 potong dan buatkan intinya. Hihiii jom tengok resipinya. Cik Mat, minta izin ye tepek resipinya kat sini :D


Bahan2

400g tepung gandum

1/8 camca teh garam

50g mentega

220ml air

300g pastry marjerin (yg ni boleh beli kat kedai jual bahan bakeri)

Sedikit tepung untuk ditabur


Cara2

1) Dalam satu mangkuk, campurkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul sebati. Masukkan air dan aduk adunan hingga menjadi doh yang tidak melekit di mangkuk/tangan. Kalau air habis dan adunan melekit, tambah tepung sikit demi sikit hingga dapat doh seperti yg dikehendaki. Rehatkan doh 15 minit.

2) ambil doh dan letak atas meja kerja yang telah ditabur dengan tepung. Dengan menggunakan penggelek, canai doh menjadi bentuk seolah bentuk T.

3) letak pastry marjerin di tengah2. Lipat doh kiri dan kanan. Kemudian atas dan bawah. Kemudian terbalikan doh.

4) Canai doh agak2 ketebalan 0.5mm. Jangan tekan kuat sangat, takut pastry marjerin terkeluar.

5) lipat lagi seperti bentuk buku. Kemaskan dan rehatkan 15 minit.

6) lipat lipatan 90 darjah. canai lagi perlahan-lahan hingga ketebalan 0.5mm. Rehatkan lagi 15 minit. Ulang lipat dan canai sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit.

7) canai ketebalan 0.5mm dan kemaskan. Potong2 pastry klu panjang sangat. Lapis plastik atas bawah dan gulung. Simpan dalam peti sejuk (atas). Bila nak gunakan, keluarkan dan biarkan defrost.


Untuk gambar langkah demi langkah yang lebih details, sile klik url di bawah... Minta izin ye Cik Mat :D Tq

http://www.tiffinbiru.com/2010/04/vol-au-vent-home-made-puff-pastry.html


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun dah lama beli marjerin pastry tu... tak tau bila angin rajin nak berhembus ke sini pulakkk.. adeeiii!! nampaknya nak kena godek2 jugalah tu sebelum ianya kena campak masuk tong.. hehehe....

resepi tu pun akak dah pernah print dulu.. tp ni kalau nak carik balik alamat 3 hari 3 malam belum tentu berjumpa... nak kena salin baliklah resepi tu... hehe.. harap2 rajin ler membuatnya nnt...

Watierman said...

Assalam Dik Fiza...wah cantik kejadian puff pastry tu Dik..rajinnya...Akak tak pernah buat puff ni lagi selalu beli yg ready made jer!nanti kalau nak buat kena datang godek kat dapur Adik ataupun dapur CMG lah kot!!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)