Followers

Monday, September 13, 2010

Kenangan Pagi Syawal 2010






Salam Syawal untuk semua...

Alhamdulillah seperti yang dirancangkan, kami akan menyambut lebaran di kampung hb @ Kg Rasau, Slim River. Memang setiap tahun pun akan pulang ke sana. Anak2 pun memang suka. Aku pun suka juga. Al-maklumlah sejak zaman kecik2 sampai anak dara memang berada di taman. Dapat suami yang ada kampung dan kampungnya memang betul2 bersuasana kampung, memang rasa seronok sangatlah.

Pagi Khamis, lepas bersahur, kemas2 apa yang patut. Pukul 7 pg kami bertolak melalui Lebuhraya Guhtrie. Sampai di kampung singgah di market. Beli ayam, daging dan sedikit keperluan dapur untuk buat persiapan menyambut raya. Sampai saja di rumah fil, terus bersilat di dapur.

Biras - Kak Lang, memang bahagian siang-meyiang, potong memotong. Aku ni bahagian masak-memasak aja... Sementara dia potong2 ayam dan daging, aku siapkan bawang, serai dan segala bagai tu. Menu kami untuk pagi raya tu ialah rendag kerisik daging, ayam masak kicap, kuah kacang dan dimakan dengan ketupat nasi. Kami beli yang saiz mini. Senang dan mudah rasanya nak menghidang.

Pagi raya bangun seawal subuh. Mandi sunat Aidil Fitri, aku, hubby dan bil - abang hb (Alang) bersiap-siap ke pusara mil. Pergi berjalan kaki je. Taklah jauh sangat. Tapi perjalanan turun naik bukit buat penat jugek le.... hahaha!!! manja, manja...

Elok2 tengah baca yassin, hujan rintik2... hujan rahmat di pagi syawal gitu... Aku teruskan juga bacaan... elok2 habis baca, hujan pun turun dengan lebatnya. Aku baca doa pun ala kadar ajelah. Moga roh arwah mil aman dan tenang di sisiNYA.

Sedikit gambar yang diabadikan di pagi Syawal. Bil dan biras segan nak bergambar. Jadinya bergambar dengan anaknya ajelah, Tasya. Insya'Allah Tasya akan menduduki peperiksaan UPSR tak lama lagi. Moga sukses!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua :D

5 comments:

Cendana Kasih said...

sini pun ujan lebat gak, tp dalam pukul 7.15 tu dh reda. Tahun ni pegi ke kubur macam pegi ke pasar sehari. Macam2 ada. Bukan setakat orang jual batu, bunga dan hirisan daun pandan jer, tp orang jual air,ABC, aiskrim, rojak, jagung, nugget, fishball dll. Meriah sungguh. Jalan nk masuk ke kubur pun dh jem sepanjang 5km.

Quiyah said...

comelnye anak-anak akak ni..

Mama Herda said...

eh eh..ko dh slim kak..hehehe..

A.I said...

WOW!! vougenya rambut menantu aku (^_^) mama likeeeeee...

SUHAIDA said...

blog yg menarik!
jemput join http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/09/peraduan-memori-di-pagi-raya.html

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)