Followers

Wednesday, September 08, 2010

My Boy...


Salam dan selamat berpuasa...

Hanya nak berkongsi cerita dan kenangan di blog aku ni pasal anak sulong aku - Boy. Bulan 6 kelmarin aku daftarkan Boy ke kelas teakwando di sekolah dia. Itupun sebab Baby mula kelas Bahasa Cina di sekolahnya di sendiri. Jadinya hari Sabtu, kalau kami hantar Baby ke kelas Bahasa Cina, akan sekalilah hantar Boy ke kelas taekwando. Taklah rasa ralat jauh2 menghantar seorang anak je... heheheee... and actually, Boy minta dimasukkan ke kelas taekwando ni dari dia still darjah 1 lagi. Aku je yang buat dekkkkk... eheheee...


Alhamdulillah setelah 3 bulan, Master kata Boy boleh menghadiri test untuk tukar tali pinggang dari white yellow ke yellow. Master pun cakap dengan hubby, "he learn quit fast. Good!" Sebab minggu pertama masa kami hantar Boy, kami siap rekod pergerakkan tenaga pengajar tu. Di rumah, hb transferkan video tu ke pc. So, boleh tengok lebih jelas & skrin pun of coz lebih besar. Suruh Boy tengok dan praktis the step. So minggu depannya, Boy dah boleh buat step2 tu depan Master. Alhamdulillah sangat2...

Jom layan gambar yang sempat aku rakamkan. Masa test tak boleh duduk dekat2 sangat. Gambar yang aku ambil terpaksa zoom membuatkan gambar jadi blur....


Hb yg sedang melihat piala2 terkumpul di akademi taekwando milik Master C.W. Yeow.

Sessi warming up sebelum Master sampai...



Test sedang dijalankan. 5 orang sekali jalan... kecik aje anak aku... tapi sebenarnya masih ada yang kecik saiz badannya...

Boy & his friend, Thomas

Mierza pun nak selit jugak...

Budak ni baru darjah 1, sama sekolah dengan Boy. Dia pun ada jugak ajar2kan Boy step pergerakkan yang betul masa rehat kat sekolah. Thanks Imran, :D. Imran test untuk bertukar ke green belt.

I'allah tahun depan nak daftarkan Baby pulak... & nak tengok perkembangan Mierza. Dia nampak teruja tengok abangnya bertaekwando. Mungkin akan daftarkan Mierza juga. Ape2pun tengoklah keadaan camne nanti...

1 comment:

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi KakFiza...hru doing dearie??? Long time no see! hehehe..;)

Wahhh Boy dah pro taekwondo ye??? Very good! All the best to him!

Selamat Hari Raya buat akak sefamili ya! :D

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)