Followers

Thursday, May 13, 2010

Pertandingan Mewarna Anjuran Kelab Nuri, Bank Rakyat


Salam semua...

Kisah dan peristiwa yang berlaku pada hari Sabtu - 8.5.2010 yang lalu di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Acara bermula pukul 7 pagi katenya dalam surat kepada ibu bapa. Jadinya seawal pukul 6 pagilah aku dah bangun dan siap2kan anak2...


Pada awal tahun persekolahan Baby @ Assunta 2, cikgu kelas dia ada bagi borang untuk mendaftarkan anak membuka akaun bank Kelab Nuri @ Bank Rakyat. Baby ni beria2lah nak buka akaun. Padahal sebelum ni kami dah buka akaun anak2 di CIMB. Kenapa CIMB? Sebab masa tu kami tinggal di Desaria, bank paling dekat adalah CIMB. Jadinya, kami buka akaun yang dekat dengan rumahlah. Supaya memudahkan urusan sama ada nak masukkan duit mahu pun mengeluarkan duit! Hehehe...

Sebab Baby dah beria2 nak buka akaun & since kita pun tahu... kalau buka akaun melalui sekolah ni, adelah keistimewaan2nya yang tersendiri. Salah satunya, pendahuluan yang minumum iaitu RM50 sahaja. Kalau ada lebih, bagilah lebih. Tapi kami buka dengan RM50 saje...
Dan antara lainnya, Baby dilayakkan untuk menyertai pertandingan mewarna yang di adakan hari Sabtu lepas. Menang dan kalah tolak ke tepi. Yang penting ambil bahagian dan biarkan dia berseronok dengan apa yang patut dia dapatlah, kan...

kaunter pendaftaran

Masa mendaftarkan diri tu, dapat sebuah beg berlogo Bank Rakyat. Kat dalam beg tu ada sehelai t-shirt yang Baby pakai tu. Dapat pensel kaler papermate, majalah Kelab Nuri, voucher ayamas dan adelah 2/3 bende lain. Aku pun dah tak ingat. Kat situpun ade diberikan percuma, koko krunch makan dengan fresh milk. Ambillah seberapa mangkuk kome nak... makan sampai muntah! Coklat dengan susu, wallah sedapnya pada yang suka. Jangankan anak2 aku, dengan aku2 sekali sebat bermangkuk2! Kahhhh teruk tul aku! Selain koko krunch, ade demo masakan daripada Adabi. Buat cekodok. Tapi siap goreng aje terus kena serbu. Tak sempat nak tunggu sejuk. Ayamas pun ada sediakan nasi siap pack dalam bekas container jernih tu. Mula2 yg jaga nasi tu skema ya amat... hanya kanak2 bert-shirt kelab Nuri aje yang boleh ambil nasi tu. Tapi bila dah tengahari sikit, nasi dia pun masih berplastik2 kat belakang, sudahnya langsung tak berjaga. Ambik ajelah sesape nak pun... heheheee

Baby & Izzati, rakan sekelas dia. Dr Assunta 2, untuk tahun 1, deme 2 orang ni aje yang mewakilkan diri.

Yang masuk pertandingan mewarna ni pun bukannya sikit2 budak. Ramai loooo... kome tengok ajelah gambo tu... tu pun baru 1/3 dewan. Hakikatnya sampai nak penuh dewan tu dengan peserta pertandingan yang terdiri daripada budak2 sekolah rendah. Kalau tak silap ada dekat 10 buah sekolah yang mengambil bahagian. Atenye tak ramey....?


Di situ juga Bank Rakyat mengambil kesempatan membuka peluang kepada ibu bapa yang nak buka akaun bank Kelab Nuri untuk anak2 yang lain. Minimum RM30 saja. Aku pun tak lepaskan peluang. Tapi sayangnya, aku tak bawa surat beranak Boy. Ye la... adeke ke kome nak bawak surat beranak anak p jenjalan? No surat beranak pun tak ingat. Boy takde My kid mcm Baby dan Mierza sebab tahun kelahirannya masa tu, My Kid belum dilancarkan lagi. My Kid Baby dan Mierza memanglah aku bawak sebab memang ade je dalam beg duit aku. Jadinya aku bukalah akaun untuk Mierza saje. Dapatlah tabung Nuri yang comel. Cuma yang tak beshnye, senang dibuka. Udah jadi bahan mainan pula. Masuk duit, pehtu tonggeng duit tu keluo balik. Berulang2 kali. Sebelum jahanam, terpaksalah mamanya sorokkan...

Majlis2 macam ni kalau takde artis yang turut serta, tak meriahlahkan... jadinya antara artis yang ada hari tu adalah Ropie Cecupak, Rina dan RIni AF?? Tak hingat aku erh..... aksi Ropi Cecupak ni dapat le aku tengok. Tapi Rina dan Rini tu tak nyempat nak tengok. Pukul 11 aku dah balik. Penat dah nak menunggu dengan melayan Mierza yang aktif...

Ropie Cecupak

Menyanyi dan berjoget dengan maskot Nuri dan Ayamas...


Miss my Mierza so much...

3 comments:

Watierman said...

Salam Fiza.....menabung tu bagus..tapi semua jenis tabung ada kat rumah ni...dah jadi macam koleksi tabung pulak!!!Ada duit tak tentu lagi..kat dalam tabung2 free tu...hehehe...Akak pun cam Mierza jugak masuk tonggeng balik hehehe!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam fiza..bdk2 klu dpt g tpt camgini,mmg sonok sakan...ada lak moskot tue...lgggg trnganga negok!heeeheee....rajen maknya nganto yek!menang/kalah tk kisah...adat la tp yg penting penyertaan tue.mkn pon kenyang..udah yer brmangkuk2 mkn crunch tue....

hana said...

kejap jerk mierza dh beso erk za! tingat lagik aritu masih duk celup2 ayam lam sirap! hihihihi......

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)