Followers

Thursday, May 06, 2010

Biz Sticker & Kad...

Salam...

Saje nak berkongsi cerite kat sini...

Aku ade tempah design sticker daripada Jiya. Cantik di mata aku dan aku puas hati. Rasa tak sabar2lah jugak nak hanTapi hajat nak hantar p print out. Tapi sayangnya semua tu menjadi kenyataanlah agaknya. Sebab...???

Kos nak print tu agak mahal (40 sen sekeping) dengan kuantiti yang besar. Tak boleh nak print sikit2. Paling kurang pun 1000pcs. Haiya... aku ni bukan biznes besar2an yang nak print sticker bebanyak camtu. Apatah lagi punya modal yang besar sekadar untuk memprint sticker aje....

Tempah dari jiya. Tapi ada edit sikit kat gambo cc. Silap upload pic plak...

Kalau kawan2 ade tempat yang murah dan berbaloi untuk print sticker, tolong beritahu aku ye... aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.

One of the day beberapa minggu lepas, aku ke Tesco, Puchong. Sebenarnya aku memang dah lama perasan gerai kecil tingkat bawah dekat kaki lima Tesco tu memberikan khidmat printing sticker dan sebagainya. Dan sebenarnya aku dah 2x pergi gerai tu. Tapi orang yang menjaga kedai tu entah ke mana pun tak tau... aku ni tak bolehlah nak menunggu beria sbb mase aku ni sangat berharga. Heheheee... tak la... payahlah nak menunggu sebab bawak Mierza yang aktif tu...

Tapi hari tu aku pergi, elok je aku tengok amoi tu tgh meneleku ngadap lappy dia. Hehehe... ape lagi lor.... dan hasilnya... aku print 100pcs - RM15



Dan bercerita tentang kad biz pulak...


Design kad biz ni jugak aku order dari Jiya. Thanks Jiya... tapi pun ada masalah masa nak print out tu.

Aku print online di sini. Berurusan dengan Puan Malia Zainal. Nak pickup pun tak jauh sangat sebab Puan Malia ni kat area Subang Airport saja. Meet up point kami pun kat depan Subang Airport tu.

Masalahnya ialah bila Puan Malia kata ukuran kad aku tu tak standard dengan kad biz yang biasa - kecil. Aku kate, tak apa. Teruskan saja. Sebab masa tu tengah drive menghantar anak2 ke sekolah. Malasla nak beria sangat. Kang gedebum langgo bontot kete orang lagi. Tapi bila dah balik umah dan aku lukis ukuran kad yg dikatakan tak standard tu, aku nampak memanglah kecil. Comel memanglah comel... tapi kemudiannya aku terfikir... kalau kadnya dah kecil, apatah lagilah fontnya, kan... walaupun aku bukanlah nak bagi kad biz tu pada orang rabun. Tak puas hati, aku p lah amik kad2 biz orang lain, mmglah ukuran lebih kurang 9cm x 6 cm.

Eh, eh, eh... tak boleh jadi. Aku terus call Puan Malia. Katanya kalau dia tarik ukuran ikut ukuran standard, gambar kat design kad tu akan kabur. Tapi apa yang boleh dibuat adalah trace balik. Ikut design tu balik tapi ubah ukuran standard kad biz. Oklah... ape2lah asalkan jadi seperti yang sepatutnya.

Dikatakan kad ukuran 9cm x 6cm tu terlalu besar. Tapi kebanyakkan kad biz dalam simpanan aku lebih kurang bersaiz begitu. Dan dikatakan kad biz bersaiz 9cm x 6cm tu tak muat simpan dalam dompet duit. Tapi alhamdulillah, muat aja... malah masih ada ruang... tak perlu sampai nak gantung kat leher pun kalau tak muat!


:: Sekadar keluhan dan renungan ::

Kadang2... kita taip berulang kali... kita fikir banyak kali... kita olah ayat berkali-kali... sebab kita takut/segan/tak mau kalau ayat2 kita menyakitkan hati orang lain. Tapi kenapa orang tak buat begitu... dan tak fikir begitu?

Renung2kan dan selamat beramal...

6 comments:

leen hussain said...

fiza..tak puashtai kat sapa benonya ni...huhuu

faza said...

sepertinya enak...........

A.I said...

wahhh..besen aku ni pon dah ada biz kad. nnt aku nak simpan tau :)

MisZ DeAnNa said...

"Kadang2... kita taip berulang kali... kita fikir banyak kali... kita olah ayat berkali-kali... sebab kita takut/segan/tak mau kalau ayat2 kita menyakitkan hati orang lain. Tapi kenapa orang tak buat begitu... dan tak fikir begitu?"

suka ngan ayat ni..

mintak izin kopipes ye kak..

Anonymous said...

Salam, boleh email sy kembali tentang label di tesco puchong :-)
Krafaina@gmail.com

fiszah_pjo said...

SY PUN ADA jual sticker online..leh tgk page sticker saya

www.fissticker.com

semuanya online je

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)