Followers

Wednesday, May 12, 2010

Miss Him So Much!!!


Salam...

Ape kes???

Alkisahnya... tengahari semalam kakak aku yg sulong - Kak Yong (tinggal kat Sepang) call. Katanya dia kat Putrajaya. Agak dekat jugaklah Putrajaya tu dengan rumah aku ni... dan dia kate lepas selesai urusan dia, dia nak datang rumah aku. Okey, silekanlah...

Dan... dia kate nak 'pinjam' EJ (panggilan untuk Mierza) . Reaksi aku??? "Ha, datanglah ambil...!" Dalam kepale hotak aku ni dah merencana dan merancang dah... nak ke sane, nak ke mari... senangnya nak bergerak tanpa diekori anak kecilkan...? Kakakahhhhh

Lepas minum dan makan dijamukan oleh aku, Kak Yong ni pun bersiap2 nak balik. Pakaian, susu dan pampers EJ memang aku siapkan masuk dalam beg. Memang bersungguhlah nak bawak anak bongsu aku tu. Si Mierza ni pun, biler tengok ibu dia (panggilan anak2 aku pada Kak Yong) dah siap2, menangis sakanlah. Menangis bukan sebab takut kakak aku hangkut dia, okey.... tapi menangis sebab nak ikut ibu dia balik.

Ha, pergilah!!! Masa dah masuk dalam kereta dan kereta bergerak, si Mierza siap babai2 aku lagi. Amboi kauuuu...!

Actually ini bukanlah kali pertama Kak Yong ambil dan jaga Mierza. Tapi merupakan kali kedua. Disebabkan kali pertama tu okey sesaje... sampaikan bile aku dah ambil balik Mierza, Kak Yong, Abang Mat (abang ipo aku) dan anak2nya - Fatin, Eja dan Ima rasa umah dia orang sunyi sesangat. Kak Yong aku ni beranak ceaser ketiga2 anaknya. Semuanya perempuan. Yang bongsu (Ima) pun dah tingkatan 1. Memang dah beso sangat le... Nak beranak lagi, tak boleh la pulak sbb yg last aritu dia dah ikat peranakan atas saranan doktor.

Abang ipo aku ni pun, kalau bab anak lelaki, memang laju ajelah. Maklum le anak sendiri semuanya femfuan... ekekeee... masa nak bawak Mierza tu pun siap pujuk2... "Nanti EJ tido dengan ayah ye..." cewahhhh... tak payah le nak pujuk dan umpan anak aku tu... memang dia nak ngikut pun...

Si Boy dan Baby... balik2 dari sekolah terus cek dari satu bilik ke satu bilik sambil panggil2... "adik, adik..." Bila tahu Mierza dah ikut ibunya, muncunglah masing2. Memang dia orang terasa2 sangat ketiadaan Mierza.

Aku sendiri pun, semalam sebelum nak tidur tu... dok teringat2lah anak bongsu aku tu. Terfikirlah aku, macam manalah orang yang hilang anak tu...? Tiba-tiba terasa insaf sangat...

Anak sulong Kak Yong - Fafa wif Mierza.

Baru lepas SPM tahun lepas. Keputusan? Cukup2 makan. Alhamdulillah dah dapat tawaran kemasukkan ke Politeknik, Bayan Lepas pertengahan Jun ni. I' Allah kalau ada rezeki, kami akan ikut menghantarnya ke politek tu nanti...

Sekali nganto dia, sekalilah menjenguk Nyah Tun (akak aku-lain ayah) yang memang rapat dengan kami. So, orang Penang... i'Allah nak mai la ni noooo...

4 comments:

Mr Lonely said...

nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

Watierman, rmanbkr said...

Salam Hari Ibu Dik Fiza...mak aiii...berapa hari tu tahan dengan ketiadaan Mierza..kalau akak dah meraung dah....mesti sunyi giler!!!
Fiza....nanti datang Penang jangan lupa calling2 tau...ada rezeki kita berjumpa....!!

Noorma Ismail said...

sama la ngan aku, cepat jer rindu kat anak2 walaupun anak2 aku tu cuma pegi sekolah jer.. wah..Miza ni lagi manja lah yer, ada mak sedara dan sepupu sepapat yang dok melayan dia.. untung ko Miza...si Kakak dan Abang jangan jeles yer..

CatlinaFly said...

kak fiza pekabar? :) selamat belated hari ibu!!btw, sy tgh buat lucky draw + free review of food bloggers..senang je just tinggal kan komen & tampal badge kat sidebar...minta kak fiza join kalau ada kesempatan..macih..

http://makanmakanbycatlina.blogspot.com/2010/05/food-blog-review.html

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)