Followers

Wednesday, August 05, 2015

Rinjani - Lombok - Day 4


Merenung keluar jendela
Embun pagi bertiup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama  menerangi gelapku

Ececewahhh...

Gambar di atas ni abadikan pada waktu pagi. Dah siap2kan diri. Sekejap lagi nak bergerak menuruni Bukit Penyesalan. Kembali ke rumah Bapak Wahid dan meneruskan trip yang sudah direncanakan. Kalau diikut2kan pagi ini kami sudah berada di depan Tasik menghadap Gunung Segara Anak. Tapi apakan daya. Rezekinya sampai di sini saja. #redha

Layan gambar2 yang diabadikan. Bersama2 team yang alhamdulillah, 1 kepala. Syukur sangat. Tiada seorang pun dalam team kami ni yang buat kepala sendiri. Kami sama2 bersatu hati. Tiada kata mengata belakang. Tiada yang tak puas hati. Walaupun ada tu yang kami baru je jumpa semasa nak berlepas naik flight.




Sarapan pagi yang disediakan oleh porter2. Terima kasih. Pagi ni makan nasi putih dengan rendang daging. Kalau tak silap kata uncle Rashid, rendang ni diterbangkan dari Malaysia. Wahhhh... sejauh mana pun mengembara ke negara orang, makanan kebiasaan jugalah yang tetap di hati. Cehhhh macamlah bertahun. Baru beberapa hari tinggalkan Malaysia kot aku ni hahahaa!

Gambar di atas aku dan Izzie. Teman sekhemah yang diam2 ubi. Sekali buat kelako, menjadi sangat!

 


Gambar atas ni khemah kecil penuh cerita hahahaa
Tempat releks melepas hajat. Habis selesa.
Korek2 kambus. Penuh kalu, kite kalih tempat lain.


Candid aku, Izzi dan Pian yang memang kelako. 
Betapa rindunya dengan geng2 Rinjani ni. Havox giler. Kepala masing-masing best n selamba. Happy sangat.

 

Gambar atas ni... cubaan untuk menampakkan hujung jari telunjuk mendarat di atas puncak gunung.

 

 

 

 


Gambar atas ni uncle Rashid yg snapkan. Terbaik!!!

 

Muka terbakar. Wohoo!



   


Sebab kasut dah beri pada Bapak Mahdar, jadinya perjalanan turun saya hanya dengan sandle ni. Selesa amat! Sedikit tidak menyesal. Tapi berdebunya tak usah cakap. Sampaikan celah2 jari kaki terasa. Namun itu tidak mengganggu. Asal kaki tidak sakit.... ok saja ku redah!

  

 





Dib, Izzie n me :)
Eja menghilang ke mana masa ni tak tau...



Bergambar kenangan bersama uncle Robert yang usianya hampir 60 tahun kalau tak silap. Perlahan2 saja menuruni Bukit Penyesalan. Peramah orangnya. Cakap Melayu boleh tahan fasih juga.



Dalam gambar, rasa mcam xde ape2 je... tapi situasi depan mata masa melihat sebatang pokok ni rasa macam dramatik sangat permandangannya. Tak tahulah kenapa. Beria2 kami seorang demi seorang mengabadikan kenangan di sampingnya.





Aku dan Dib.
Berhenti makan di Post berapa tak ingat. 
Porter sediakan spageti dan telur rebus. Tapi maaflah, takleh terima tekak. Makan telur rebus saja. Penat barangkali. Selera makan pun tumpul secara otomatik.


Mereka2 yang dirindu...

 



Perjalanan turun, kami berempat bersama Bapak Firman dan seorang porter bersama-sama kami. Perjalanan kami banyak berhenti kerana bergambar dan berehat. Kami pun memang tak mahu rushing sangat. Fun2 saja.


Wan dan Asrul memberikan saguhati kepada ketua porter - Bapak Mahdar. Kepada Bapak Mahdar inilah aku berikan kasut aku. Sebelum aku berangkat naik mobil ke penginapan seterusnya, seorang budak perempuan lebih kurang seusia Baby mendapatkan aku dan mengucapkan terima kasih sbb beri kasut. Tahulah aku, itu anak Bapak Mahdar :)

 



Atas mobil. Perjalanan ke tempat penginapan di Senaru - Sinar Rinjani Homestay.
Ada 2 mobil. Yg lelaki2 1 mobil dan kami2 yg perempuan 1 mobil. Selesa sikit. Boleh bersila2 dan Eja siap baring mcm dalam gambar. 

Perjalanan dari rumah Bapak Wahid ke Senaru boleh tahan jauh juga. Rasa2nya ada 1 jam perjalanan. Sampai nak pening pulak aku. Sudahlah mobilnya jenis terbukak je gitu hah. Jalannya pun boleh tahan kona2.

  

Beberapa shot gambar oleh Kak Jijah. Aku tak teringat pulak nak ambil gambar rumah2 di sekitar kawasan perumahan Bapak Wahid. 



Alhamdulillah sampai di homestay. Malam ni tidur selesa sikit. Ada tilam. Boleh mandi, bersihkan diri. Boleh makan di bawah cahaya lampu.  hahahaaa

2 comments:

tun_telani said...

Subhanallah... mantap lah kak.. tun naik tangga 4tingkat nk smp lab pon semput.. hehe

A.I said...

Cantiknya pemandangan...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)