Assalamualaikum...
Alhamdulillah, akhirnya sampai ke entri yang terakhir. DIA mengizinkan perkongsian ini. Segalanya sudah tercurah. Untuk kenangan di kemudian hari. Insya Allah :)
Dari semalamnya semasa baru sampai, bot baru berhenti kat depan plaque 'TRAWANGAN' ni, aku dah aimed... aku mesti bergambar dekat sini. Kalau xde gambar kat sini, sama macam aku xpegi sinilah... hahahaa
Hari terakhir di Lombok, Indonesia.
Destinasi makan angin terakhir - Gili Trawangan.
Sebelum bertolak, sarapan pagi, siap... jalan2 sebentar. Tangkap2 gambar. untuk kenangan.
Bapak Firman pagi2 sudah muncul. Begitu sabarnya menanti kami2 ini.
2 gambar di atas yang sy whatsapp pada en suami... sy nampak kurus katanya.
Hahahaa sungguh aku tak percaya. Kerja2nya makan, makan dan makan saja!
Sungguh, saya tidak banyak bawa tudung. Selendang inilah sehelai. Sehelai inilah yang saya pakai dari Malaysia. Ape punya kalut xtaulah. Padahal kalau bawak sehelai dua lagi x jejas ruang dalam beg pun.
Pagi tu semasa berjalan2 ambil gambar, mata memang dah melilau nak beli jagung. Tapi tak nampak. Mungkin masih terlalu awal pagi. Memang dah nak hampa rasanya. Elok2 sampai tempat naik bot, nampak ada pulak. Aku tak peduli, bot dah menunggu, aku order jugak. Biarkan orang bot dan kawan2 menunggu. Lepas tu Niza pula order sama. Hahahaaa
Kami di bawa ke sebuah gedung menjual baju dan cenderahati - Lombok Exotic. Aku belikan t-shirt utk en asben dan anak2. Habis dekat rp300.000 jugalah. Owh semalam masa di Gili Trawangan, ada juga temankan Dib jalan2. Dia nak beli baju2 utk sourvenir. Takde pulak yang aku berkenan. Rata2 baju tshirt di sana dijual dengan harga rp75,000. sehelai.
Antara sebab aku berjimat ni juga adalah kerana aku nak beli pisang cheese. Ada kawan cakap, dia beli. Aku memang suka pisang cheese tu. Tapi ketika kami singgah di satu toko menjual barang makanan tradisi Lombok, pisang cheese tu kehabisan stok. Haiiiilah! Memang takde rezeki nampaknya.
Kata Bapak Firman, ini adalah sebuah masjid yang menjadi kebanggaan Lombok.
Kemudian itu Bapak Firman bawa kami ke Mataram Mall. Tak dapat nak lepas bebas berjalan sangat kerana masa yang diberikan terlalu suntuk. Bapak Firman risau kalau jalan macet dan kami terlewat sampai ke airport.
Di Mataram Mall, kami di bawa ke sebuah kedai menjual hiking gear. Huishhh murah giler!!! Seluar, beg, topi, kasut... semuanya boleh dikatakan murah2 juga. Adalah aku terbekenan kasut. Nak belikan untuk en asben. rp300.000. (rm60++) whatsaap en asben gambar tp dia x online. Kang beli tak berkenan pulak. Kalau 1 size bolehlah aku pakai. Aku dah dalam van baru dia balas. Dia nak... emppp memang takdelah jawabnya.
Dapat aku beli sehelai snow cap utk Boy. Nak beli juga seluar hiking kononnya since murah benar... tapi size xde. Tak terfikir nak beli kasut utk diri sendiri. Kan kasut dah bagi pada anak Bapak Mahdar???
Kat Mataram Mall ni juga aku beli sehelai tudung. Hihihii Tudung bawal je pun. Kat situ juga aku tukar tudung. Siap suruh dia gosokkan sekali. rp30.000 (rm7+). Oklah tu.... nak beli tudung lain macam fesyen orang2 tua je semua. Tak berkenan pulak.
Kami rindukan nasi yang kami makan semasa hari pertama menjejakkan kaki di Lombok. Makanya kami request utk makan di Restoran Bulap Puyuh itu kembali. Restoran itu pun berdekatan dengan airport. Sedang eloklah sangat.
Makan ini lagi... rasa macam nak tapaw hahahaa!
Kami sampai awal di airport. Berlegar2 di airport yang takde ape2 ni. Menghabiskan duit yang masih ada dalam simpanan. Eja pinjam rp3000.000 kemudian bayar semua dengan duit Malaysia :)
Sebab aku tak ambil kg utk flight, aku tumpang Wan dan Kak Jijah. Sebab rp aku masih banyak, aku bayar kat Wan dengan rp. hihiii. Thanks Wan :)
Dah masuk balai berlepas, jumpa kedai jual mutiara Lombok. Adalah beli cincin 2 bentuk dan seutas rantai tangan. Demi nak menghabiskan duit rp ni, aku beli ashtray dan sehelai seluar batik. Sedap sarung seluar tu :) Habis! Habis! Habis!
Jom balik!!
Muka masing2 semua terbakar.
Hahahahaaa
http://fizanordin.blogspot.com/2015/07/mendaki-rinjani-lombok-indonesia-part-1.html
http://fizanordin.blogspot.com/2015/07/mendaki-rinjani-part-2.html
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5724259374225326620#editor/target=post;postID=2806074511365447661;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=4;src=postname
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5724259374225326620#editor/target=post;postID=2007927796508380359;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=3;src=postname
https://www.blogger.com/blogger.g?
blogID=5724259374225326620#editor/target=post;postID=5365703653662263334;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=2;src=postname
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5724259374225326620#editor/target=post;postID=328826316300177731;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=1;src=postname
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5724259374225326620#editor/target=post;postID=1875249753386962777;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=0;src=postname
No comments:
Post a Comment