Followers

Monday, August 10, 2015

Rinjani - Gili Trawangan - Indonesia - Day 5 (Part 2)

Menunggu bot sampai... untuk ke Gili Trawangan.

Tak perasan jam berapa kami sampai di Gili Trawangan. Untuk sampai ke pulau Gili Air ni, kami naik sebuah bot lebih kurang 15 minit. Macam tulah... xlama sangat. Tambang bot sudah termasuk pakej. Begitu juga dengan penginapan di Pulau Gili. Sudah termasuk dalam pakej. Hanya makan minum dan shopping atau hendak beraktiviti kena guna duit sendiri. 

Oh ya, lupa nak maklum, Aku tukar duit sebanyak Rp2j untuk trip ni. Kayo mak cik kalau dengarkan perkataan juta tu kan... hakikatnya duit Malaysia baru (BARU???) ada rm560 (rm280/rp1j). Tapi as always, aku ni yang sering berfikir seribu kali untuk membeli segala sesuatu, jadinya duit aku tak banyak berganjak. Sometimes aku setuju dgn statement arwah mak : "Pizah ni kedekut..." Adoilah haiii Jimatla.... jimatla.... jimatla.... bukan kedekut!


Teringin jugak nak naik, tapi xde geng :)

Di Gili kami ditempatkan 2 orang utk 1 bilik penginapan. Aku berdua dengan Eja sebilik. Dib dengan Izzi dan Niza bersama Kak Jijah. Lepas letak beg, kami keluar makan. Bapak Firman bawa kami makan di salah satu gerai makan berdekatan dengan pasar basah. Owh maaf, aku tak boleh nak terima makanan mereka. Tapi demi untuk kelansungan hidup (cecewahhh), aku telan juga. Kata Bapak Firman, gerai itu selalu dikunjungi oleh Uncle Rashid. 

Asrul, Haikal dan Eja beria2 nak snorkeling. Aku ni follow aja. Teringin juga sebenarnya. 1st time lah katekan... jadinya terujalah juga. Bayaran yang dikenakan rp75.000. Dibekalkan dengan peralatan dan sebuah bot akan membawa kami ke 1 kawasan. Aku dan Dib orang baru. Terketo2 masa nak lompat masuk air dari dalam bot. Sebab ade pakai safety jacket timbullah. Kalau tak... lenyaplah dlm air tu hahahaa


Seorang lelaki attendant tu bawa aku dan Dib. Dia pegang tangan dan bawa jalan2 tengok dasar laut. Mula2 oklah... lama2 aku naik pening. Teroleng2 je... terus naik atas bot. Pastu mulalah... nak muntah xboleh nak muntah. Rasa goyang sangat. Masa tu rasa nak suruh dorang semua naiklah atas. Nak ajak balik aje dah. Kalau muntah mungkin boleh lega. Tapi masalahnya tak mahu muntah. Rasa tak selesa sangat. Spoil!

elok turun bot, pening2 beransur hilang...
hahahaa nakai sungguh!

Eja, Izzie, Niza, Abg Nua, Asrul dan Haiqal bukan mainlah seronoknya dalam air tu. Lepas gian beno nampaknya hahahaa.... tapi dekat2 nak balik tu Eja naik atas... pening juga. Muntah dalam laut. Laju2 ikan datang hihiiiii Yang lain2 tak follow. Macam Kak Jijah, katenya nak cari tempat mengurut. Bila dah pening gitu, mulalah rasa nyesal. Lebih baik takyah follow. Tapi xapelah... mungkin sebab pertama kali dan x biase... memang camtulah kan....


 
Naya... naya...
pecah tembelang, rupanya Izzie tak reti bawak basikal. Jadi seseorang kena relakan diri untuk tumpangkan dia. Terima kasih, Wan :)



Sampai ke bilik dari snorkeling tu, mandi2... terus lena masing2. Sedar2 dah petang dalam pukul 5 klu tak silap. Itupun Wan ketuk pintu bilik kejutkan. Kalau tidak agaknya mahu jugak tergolek2 atas katil. Aktivit petang itu, berbasikal sekeliling pulau. Bapak Firman sudah sedia menunggu. Bayaran yang dikenakan rp75,000. juga. Kalau orang lain katanya rp75,000 tu utk 1 hari saja. Untuk kami sebab di bawah uncle Rasyid, petang ini pulangkan basikal, jika esok pagi mahu guna lagi pun masih boleh gunakan. Tiada bayaran dikenakan. Tapi esoknya tu mana ada masa nak berbasikal lagipun. Ish!!!

Masa berbasikal tu, aku dan Eja nampak orang jual jagung bakar di tepi jalan. Berhenti. Eja saja yang beli. Aku tak teringinlah pula walaupun aromanya wallah sedap juga. Aishhh sedap pula. Jagung bakarnya tak sama mcm yg jual di pasar2 malam sini. Kalau kat sini hanya sapu dgn marjerin dan tabur garam saja. Di sana, ada pilihan nak yang pedas, yang manis pedas. Sedap.... 

 Senja di Pantai Gili Trawangan...

Malamnya kami pakat2 untuk makan di salah sebuah kedai seafood di Gili tu. Boleh tahan murah juga. Masing2 donate rp100,000. Kami ajak Bapak Firman untuk makan bersama. Since esok merupakan hari terakhir kami bersama beliau.

Makanan yang dimasak boleh tahan sedap juga. Alhamdulillah, kali ini tekak aku boleh terima. Mulanya nak meratah saja tapi kemudiannya ambil juga nasi. Mujur tak bertambah ngeeeee


Aku dan Eja... moga persahabatan kekal abadi, amin!!
Baju yang aku pakai tu aku beli semasa di Cottage Sinar Rinjani - rp75,000.00 (rm21.00).
Seluar tu pulak Dib bagi. Buah tangan semasa dia ke Pulau Pinang kalau tak silap. Berjanji kononnya nak pakai sama2... sekali Dib sendiri yang tak bawak. Caitt!



Kuih muih dan kek2 berbagai2. Boleh tahan murah juga.... aku tak ingat dah harganya. Tapi masa tu kami beli juga nak merasa dan sebab murah....


No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)