Followers

Monday, August 03, 2015

Mendaki Rinjani - PART 3


Assalamualaikum...
Part 3 utk hari yg ke 3, alhamdulillah!

Pendakian bermula jam 3pg. Malam tu sebelum tidur, Uncle Rashid dah bagi sedikit info. Air dalam water bag dah siap2 isi. Coklat2 yang nak dibawa bersama dah siap letak dalam bag. Tidur malam tu dah siap berpakaian utk mendaki. Bangun tu basuh muka dan berus gigi aje... Jam 2 pg uncle Rashid dah kejutkan bangun. Head lamp dah siap tukar bateri.

Porter juga dah sediakan makanan utk alas perut dan tenaga untuk mendaki. Mee sedap indomie. Tapi tekak tak boleh nak menerima pula pagi2 subuh sepieee tu. Makan jugaklah 4 5 suap. Tolak2 masuk tekak.

Feel aku klu dah mengantuk, 1 sen tak guna. Yang paling aku takut terjadi. Mengantuk! 2 3x terjatuh sebab berjalan sambil terlelap! wakakaaa akhirnya ada seorang porter pangkat bapa jugalah. Dah berusia. Dia paut tangan aku. Sepanjang perjalanan naik tu dia pegang tangan aku. Bila aku nak terjatuh cepat2 dia tarik. Dalam gelap dan samar2 cahaya dr head lamp masing2 tu... kami dah terpisah2 dari kawan2. 

Eja, Dib dan Izzi ambil porter persendirian dengan bayaran rp750,000. aku tak ambil. Sayang duit #kedekut??? hahahaa!! Makanya diorg memang ada sentiasalah porter disisi memegang. Tp okla kot... aku tak bayo dpt juga khidmat porter sendiri. Rasa terhutang budi sungguh pulak dengan Bapak Mahdar tu. Turun dan naik dia bersama aku.





 



 

Bila dah sampai kat part yang pasir berbatu halus tu memang hazab lah! Dari gelap gelita tak nampak apa sampai dah terang... masih lagi mendaki. Sekali melangkah 2 3 tapak meluncur balik ke belakang sebab pasir tu melurut ke belakang. Memang teruji mental aku. Mana dengan sejuknya lagi.

Bapak Mahdar suruh aku duduk di sebalik batu sebab masa tu angin kuat. Sejuk dan dingin. Batu tu selindunglah dr angin. Dalam gelap tu manalah aku nampak orang. Rupanya uncle Rashid ada kat belakang aku. Dia bagi aku air hangat. Sempatlah sembang. Aku cakap aku mengantuk. Entah kenapa mengantuk sangat dan letih lesu rasa badan. Padahal bukan tak training. Ke mana saja tak pergi. Rehat sekejap, lepas tu uncle bangun. Beg dia bg pada Bapak Mahdar. Uncle Rashid hulur tangan ajak aku bergerak. Masa tu xtau nak tolak ke nak sambut. Malu weiii!! Sudahnya sambutlah juga.

Dengan bantuan uncle Rashid, dia tarik tangan aku. Kuat betul tenaga. Aku ni rasa macam kena heret kahkahkahhh!!! Rasa macam merayu dah... "uncle, berenti, berenti..." Uncle Rashid ajar cara pernafasan yang betul. Hemp... mula2 je aku bernafas betul pastu baliklah bernafas salah... sudahnya mengah! hahahaa


Berkali-kali jugalah berhenti. Sabo je la uncle melayan si lengit ni :(
Tapi masa tu semangat yang dah makin hilang tadi dah sikit2 kembali. Aku nak sampai ke puncak! Mesti sampai! Mesti!!

Alhamdulillah, dengan IzinNYA... dengan pertolongan kudrat bapak Mahdar... dengan bantuan tenaga Uncle Rashid... aku sampai ke puncak. Masa tu Dib dan Niza dah sampai. Dib dah nak turun sbb nak buang hajat tapi terpaksa bertahan sbb nak tangkap gambar semua.


bergambar kenangan bersama porter-porter :)







Gunung Baru Jadi... berasapppp je :/



Menurut Uncle Rashid, ni satu2nya pokok di sepanjang permatang naik ke puncak. Mereka gelarkannya 'Cemara Tunggal'.



Perjalanan turun tu aku memang slow habis. Sebab banyak berhenti untuk ambil gambar. Bertiga dengan abg Nua dan Pyan. Bestnya dapatlah aku bergambar dekat tebing mcm 2 gambar dan beberapa keping gambar di atas n bawah ni. Hihii seronok! Rare sangat.

Aku n abg Nua










Matahari tu konon je panas terik... tapi sebab ada angin dingin, peluh pun tak terasa sangat. 










Hazab sekali lagi untuk aku utk adab turun tu. Batu2 halus dah mula masuk dalam kasut. Gaiter yg aku pakai dah macam takde fungsi. 2 3 x bukak kasut dan stoking utk keluarkan batu. Dah lah kasut aku tu saiz muat2 je. Silapnya... sepatutnya aku beli 1 size bigger. Tapi masa beli tu tak tahu lg info tu. Sampaikan nak mendaratkan kaki pun tak boleh. Sudahnya aku nekad je la bukak kasut. pakai stoking je. Mujurlah stoking yg aku guna bukan stoking biasa2 tu. Stoking tebal, memang khas utk hiking. Tapi debu2 tu masuk dr benang2 tu tetap jugaklah rasa tak selesa celah2 jari. Ishhh serba tak kena pulak...

Ikutkan hati aku nak aje aku campak kasut tu dalam danau sebelah tu. Tapi fikir2 lebih baik bg pada porter tu. Akhirnya aku decide bg pada Bapak Mahdar. Dia pun cakap berkias2 je nakkan kasut aku tu. hihiii

Aku dan Pyan adalah antara orang2 terakhir yang sampai ke khemah. Kawan2 lain dah siap tidur berdengkur melepas lelah. Aku baru terkedek2 sampai... hahahaaa!

Sepatutnya kami kena berkemas masa itu kerana harus meneruskan perjalanan ke Danau Segara Anak. Camping di situ pula utk 1 malam. Kemudian nnt keluar melalui Pintu Senaru. Tetapi atas perbincangan dan keputusan semua, kami memutuskan untuk menginap 1 malam lg di Plawangan Camp Site itu. Dan esoknya akan kembali menuruni Bukit Penyesalan dan kembali ke point permulaan.

Ralat juga rasa di hati. Bagaikan misi tidak kesampaian walaupun antara misi utk menjejakkan kaki di Gunung Rinjani telah terlaksana. Hakikatnya misi lain adalah utk menatap keindahan malam di Danau Segara Anak. Melihat gambar2 google yang diabadikan oleh orang2 lain, indahnya Danau Segara Anak!

Allahuakbar, moga dimurahkan rezeki, dapatlah kembali menjejakkan kaki di sana :)







1 comment:

asmahan said...

salam..

bestnya...saya teruja!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)