Followers

Friday, August 07, 2015

Rinjani - Senaru - Indonesia - Day 5 (part 1)

Bergambar kenangan di Air Terjun Sendeng Giler

Alhamdulillah, semalamnya tidur boleh tahan lena dan selesa. Dah mandi, bersih2kan badan. Seronok sungguh dapat air. Kami dapat sebilik 4 orang. Ada 2 katil queen size. Lagi 2 orang, Kak Jijah dan Niza tinggal 1 bilik berdua. Kat sini hanya penginapan kami termasuk dalam pakej. Makan sendiri2 bayar. Cottage ni ada sediakan makanan juga. Jadi tak payahlah susah2 payah nak keluar mencari.

Pagi2nya jam 8 sudah berkumpul. Sarapan dan sembang2. Kemudian kami di bawa oleh salah seorang pekerja Cottage Sinar Rinjani ni ke Air Terjun Sendeng Giler. Boleh layan gambar2 di bawah. Berjalan kaki lebih 15 minit juga. Kami tak mandi di sini. Hanya ambil2 gambar saja. Kemudian lajak lagi ke dalam. Ke Tiub Kelep pula. Di sini kami mandi. Airnya nauzubillah sejuk. Adalah 2 3 lagi benamkan kepala, sudah di ajak naik. Ish... rasa2 sejuk baru nak hilang udah diajak pulang, hahahahaa

Bukan apa... masa suntuk. Jam 10pg sudah berjanji dengan Bapak Firman. Kami akan berangkat keluar dari Sinar Rinjani ke destinasi seterusnya - Gili Trawangan.

 

 


Perjalanan pulang, kami - Wan, Abg Nua, Niza, Dib, Izzie, Eja dan aku berjalan dalam terowong air. Kata budak yang bawa kami tu memang terowong itu boleh berjalan dalamnya. Gelap sikit tapi fun. Airnya deras menolak kaki tapi masih boleh dikawal. 

Masa tu yang teringat dalam kepala aku tak berani nak pegang tebing2 tepi tu. Geli dengan tikus. Seskali teringat juga kot ada ular. Tawakal aje... Dalam gelak2 tu baca2 jugak ape yang patut. Niza ada ambil video semasa berjalan dalam terowong tu tp gelap. Dengar suara je la...


Bergambar kenangan di luar cottage kami. Gambar dalam tak boleh... selerak!


Sarapan pagi.... sebelum ke air terjun Senaru.
Ruang makan berada di dalam kawasan Cottage Sinar Rinjani.


 

Permandangan indah sebelum memasuki kawasan hutan menuju ke air terjun. Agaknya inilah padi bukit. Hijau, kawasan desa.... tenang sangat...







Bawah ni gambar2 di Tiub Kelep. Tak tahulah pulak ape makna Tiub Kelep. Tapi permandangannya memang indah. Air terjunnya tinggi. Memang dah diingatkan oleh Uncle Rashid dari Malaysia lagi, masa pergi air terjun ni jangan berani2 pergi di bawah pancuran air terjun tu. Bahaya. Bawahnya kita tak tahu macam mana. Silap2 macam washing machine. 

  

Amboi... masa kami sampai, geng2 lelaki ni dah tiruk lentok dah. Bukan main lagi. Tu pasal masa kami baru nak berseronok2, badan baru nak hadam kesejukkan tu, udah dipanggilnya naik. Ish3... xpatut betoi hahahaa


 




 

Pergi ke air terjun ni betul2 sehelai sepinggang. Tuala pun tak dibawa bersama. Sebab memang ingat balik nanti pun basah2 juga. Sampai2 ke cottage, baju dah separuh kering. Seluar tight aku memang kering sungguh dah.... Pakai sandle macam dalam gambar jadi memang takde masalahlah....

Sampai di Homestay, van yang akan membawa kami sudah menunggu. Bapak Firman juga sudah ada. Disuruh kami segera ke bilik dan keluarkan beg2 semua untuk disusun ke dalam van. Destinasi seterusnya... Gili Trawangan :)





















No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)