Followers

Wednesday, July 25, 2012

Karipap Kentang Ayam - Iftar 4

As salam... alhamdulillah, hari ni dah memasuki hari ke 5 berpuasa. Semoga dipermudahkan olehNya.

Takziah diucapkan kepada suami dan keluarga Allahyarhaman Rohani Akil atas pemergiannya kembali ke rahmatullah jam 12.45 tgh malam semalam. Arwah yang biasa saya panggil Kak Ani, adalah salah seorang jiran saya semasa tinggal di Flat Desaria, Taman Medan. Arwah seorang yg ramah dan senang gelak itu meninggal dunia kerana kanser rahim, penyakit yg telah lama ditanggungnya. Arwah meninggalkan suami yang setia dan selalu berada di sisinya juga anak2 yang masih kecil, Amira (10 thn), Arissa (9 tahun) & Alif (7 tahun). Semoga suami, anak2 dan keluarga redha dgn pemergian arwah dan di doakan semoga roh arwah di tempatkan bersama orang2 yg soleh... amin!

Untuk berbuka kelmarin, aku gentel karipap request en suami. Sebenarnya dia dah request dari hari ke 2 puasa, tapi baru semalam aku buatkan. Waktu amat terbatas, maafkan isterimu ini ye bang, hihiii Seperti dalam n3 sebelumnya, klu buat karipap, memang tak payah nak terasa penat sgt. Sebab tgk suami dan anak2 makan, memang puas hati. Suke je dorang... tapi kenalah tengok resipinya. Mereka suka kulit karipap yang liat selepas sejuk. Ada sekali haritu, aku buat ikut resipi yang kulitnye tetap rangup walaupun dah sejuk, sambutannya adalah tidak begitu menggalakkan. En suami dan anak2 tak suke plak. Aishhhh macam2 kan... tapi xpe, at least dah cuba dan dah taulah macam mane penerimaan tekak si tukang makan. Yang tukang buat ni, memang dari zaman budak2 tak berapa berkenana makan keripap hihihiiii
Jom, moh tengok resipi!

Bahan2 - doh
300g tepung gandum
3 sb marjerin yg dipanaskan
air + garam secukupnya

Cara2 - doh
Dalam mangkuk, gaul tepung dengan marjerin cair. Biarkan 10 minit.
Tuang air sikit2 sambil digaul. Uli hingga tepung menjadi doh yang tak melekit di tangan.
Gentel doh kecil dan biarkan seketika sebelum digelek.

Bahan - inti
Kentang - potong dadu
Bawang besar - mayang
Bawang putih - mayang
Halia - mayang
Isi ayam
Cili kisar
Serbuk pati ayam
Serbuk kari
Air secukupnya
Garam

Cara 2 - inti
Panaskan minyak. Goreng isi ayam hingga agak garing. Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
Masukkan ubi kentang. Goreng hingga ubi kentang empuk.
Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Selalu dikacau supaya kentang tak melekat di kuali.
Masukkan serbuk kari. Gaulkan sebati dan goreng terus.
Tabur serbuk lada hitam, serbuk pati ayam dan garam. Gaul. Masukkan air untuk,lembutkan kentang.
Dengan api sederhana, biar air sejat sambil sesekali dikacau.
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum digunakan.

Selamat mencuba :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.

Takziah dan semoga redho buat keluarga Allahyarham.

Fiza Nordin said...

terima kasih kak chik...
selamat bpuasa...

Rosliza Osman said...

Memang favourite ni karipap. Kena cuba! :)

Jom kita saling add blog!

cikmanggis said...

Takziah.DariNya kita datang KepadaNya kita Kembali.

Salam Fiza..nampak sungguh sedap karipap tu.Nanti nak cuba resepi Fiza ni.

Eh nak tanya,camana Fiza selalu makan kat kedai Pak aji ayam Penyet Cyberjaya tu..kan jauh rumah Fiza?ke dah pindah ke Cyberjaya?maaf lah jika aka ketinggalan bas hehe.

Itu lah satu satunya kedai ayam penyet yang best dan murah setakat ini.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)