Followers

Sunday, July 22, 2012

Serawa Mangga-Iftar 2

As salam... moga ibadat puasa hari ke 2 tadi diterima olehNya.
Serawa mangga, dessert kegemaran aku dan encik suami. Anak2 kureng. Mujur ade bancuhkan air teh, jadinye mereka minum air teh saje.
Teringatlah kat arwah mak dan apak bila ni sbb ini pun kegemaran mereka. Buat serawa bacang, serawa durian, serawa kuini.... aishhhh!
aku xdelah bersukat2 sgt nak buat serawa. Sume main tonggeng je dalam periuk. Bahan2 yang diperlukan ialah santan, gula, garam, daun pandan dan mangga. Masak santan dengan gula dan daun pandan hingga gelegak. Sentiasa dikacau dengan api perlahan. Elakkan dari santan pecah lemak. Boleh tambah air sikit kalau tak suke santan pekat sangat. Tutup air dan biarkan sejuk.
Mangga tu potong kiub letak dalam jug. Tuang santan masak yang dah sejuk. Enak dihidangkan sejuk. Bolehlah letak ais cube dalam tu. Emppp nikmat....

alhamdulillah, selamat mencuba!

Published with Blogger-droid v2.0.6

8 comments:

ibundo said...

Salam fiza. Sedapnya dapat berbuka dengan benda sejuk macam ni. Masak benda yang main lebur lebur tak bersukat tu yang selalu menjadi...

Fiza Nordin said...

wslm ibundo...mmg selalu masak main campak je... hihiii tp klu buat kek xbolehlah...risau bantat,frust woooo hihiii

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Fiza.. Oh, ni kalau orang Johor ada panggilannya, tak silap ada perkataan 'Laksamana Mengamuk' tapi lupa apa nama penuhnya..

ibh_sue said...

Asslmkum
Peh!..Serawa mangga . Memang lama betul tak makan. Minum sejuk2 memang sedap...

Fiza Nordin said...

k sari yusa,
ye ke...? gerun gak ek panggilan org johor tu hihiii

Fiza Nordin said...

ibh sue,
sesekali ok...selalu xbley....santan ooo santan...smalam pun lepas minum cepat2 teguk air putih.bpinau biji mate hahaha

inahar ali said...

salam ramadhan & selamat menjalani ibadah puasa wat fiza sekeluarga ye!

Fiza Nordin said...

k inahar,
teima kasih kak...selamat menjalani ibadah puasa juga utk akak dan keluarga ye....

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)