Followers

Thursday, April 26, 2012

Restock - CHEEZY POWDER, TEPUNG RANGUP UNCLE BOB & PEANUT CANDY

Setelah hampir 2 minggu putus stok dan akhirnya... Alhamdulillah!!!

Kepada yang menunggu2 tu, sekarang dan boleh dapatkan ye...


Sila call/sms Fiza Nordin - 017-3113 226. Disebabkan rumah sy ni kawasan baru, line hp selalu x dapat. Jadi bolehlah call rumah di talian 03-8322 1708

alternatif lain, boleh add sy di facebook dan pm inbox. Email pun boleh juga - sofie2_za@yahoo.com


Jom!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

Chicken Puff & Pie

As salam... Sane sini blogger2 sedang memperkatakan hal hangat - gambar digunapakai tanpa izin. Kite tak nak komen banyak akan hal ini cuma berharap, pihak berkenaan segera sedar dan diberikan hidayah olehNYA. Dan bukan hanya pada dia tapi juga kepada pengikut2nya. Sebelum menaip perkataan "saya setuju!", "saya sokong!", "dorang dengki!" dan sebagainya yg berkaitan... Silelah anda selidik terlebih dahulu. Ape isu sebenarnya yang membuatkan tuan gambar itu melenting.


Ok, berbalik cerita pada gambar. Kelmarin2 sudah sy buat chicken puff dan pie. Act buat pie tu, itulah aje seketui. Hakhakkk utk diri sendiri je tu. Chicken puff tu memang sy buat banyak. Tapi banyak tak banyak - 20 ketui je kot (perkataan org sekarang hikhikk). Pastry tu seperti yang anda tahu (tahu ke...?) adalah handmade uli2-an sendiri. Boleh skroll bawah utk tgk cara buat pastrynya ye... So sy kongsikan utk buat inti sajalah ye...

Utk intinya ni, sy tak describe exact amountlah tau. You all pepandai le nak adjust bahan2 tu. Sebab sy sendiri main agak2 je. Semuanya ikut tekak sendiri.


Bahan2

Bawang besar - buang kulit dan dipotong racik

Bawang putih - ketuk dan cincang

Kentang - buang kulit dan potong dadu

Ayam kisar - sy guna jenama RAMLY

Sayur 3 beradik - carrot, jagung dan kacang pea

1 paket bancuhan sos cendawan ayam (dibancuh dgn secawan air panas)

1 sb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air) - utk pekatkan inti

Sedikit serbuk lada hitam

Sedikit garam

Sedikit minyak utk menumis


Cara2

1) Panaskan kuali dan minyak. Masukkan kentang dan digoreng hingga sedikit empuk.

2) Masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng hingga bawang agak layu. 

3) Masukkan ayam. Kacau sebati.

4) Renjiskan dengan serbuk lada hitam. Goreng hingga nampak agak2 air ayam kering.

4) Masukkan sayur 3 beradik.

5) Masukkan bancuhan sos cendawan ayam bancuhan tepung gandum. Perlahankan api dan ratakan inti.

6) Biarkan seketika. Rasa terlebih dahulu. Kalau perlu barulah diletak garam.


Inti ni boleh dipelbagaikan mengikut kreaviti anda. Bukan hanya utk pie dan puff saja. I'Allah akan share resipi lain menggunakan inti ini juga nanti...


Selamat mencuba :D


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 23, 2012

Nutella Coklat Cheese Cake

Resipi asal dari Kek Coklat Kukus (Roha). Sumber dari Salina AbKamal (fb). Terima kasih kepada kedua2nya kerana sudi berkongsi resipi dan minta izin untuk sharekan resipinya di blog sy ok...


Bahan2

2 cwn tepung gandum

2 cwn gula - guna gula biasa dan blender halus (saya guna gula pasir halus)

1 cwn serbuk coklat (boleh kurangkan kalau tak suka pahit)

1 cwn minyak masak

1 cwn air mendidih

5 biji telur

1 tin kecil susu pekat atau 1 tin besar susu krimer

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara2

Panaskan pengukus.

Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonat. Masukkan dalam bekas dan buat lubang di tengah2nya.

Masukkan telur, gula, susu dan minyak. Kacau rata  tapi jangan terlalu lama dikacau.

Masukkan air mendidih. Kacau rata.


Inti Cream Cheese

250g krim cheese

60g gula

1 biji telur

25ml air


*campurkan semua bahan dan putar hingga sebati.


- jangan buka penutup pengukus terlalu kerap.

- sebahagian lapisan kek coklat yg pertama dikukus 10 minit. Kemudian curahkan adunan cheese. Kukus lagi 15 minit. Kemudian kukus lagi sebahagian adunan kek coklat selama 1 jam.

- pastikan air/wap pengukus tidak menitik dalam adunan kek dengan membalut penutup pengukus dgn kain atau boleh tutup bekas/loyang kek dgn aluminium foil (ini kekdah sy).


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 20, 2012

Doh Puff Pastry & Sardine Puff

Semalam entah rajin datang dari mane pun tak tau le... Ringan je tangan dan kaki ke sane ke mari dalam ruang dapur tu mengeluarkan segala keperluan dan kelengkapan nak buat puff passtry sendiri. Beli pastry marjerin ni dah lame juga rasanya. Dari tinggal kat rumah Blok N lagi. Mujurlah semalam masa terasa nak buat tu, tengok date masih available. Tapi pun dan nak xpired ujung bulan ni.

Godek2 resipi dan tumpah hati resipi yang di blog CMG. Actually memang dah berkali2 dok ulang ke blog en sifoo tu. Baca ulang2 kali. Nak salin2 malas.huhuu ok operasi dimulakan. Alhamdulillah dan syukur kepadaNYA sebab dipermudahkan segala urusan. Semuanyya berjalan dengan lancar. Renyah tu idak sangatlah. Cuma sekejap2 kena rehhatkan doh selama 15 minit. Dan 15 minit tu kite boleh amik Mierza dari sekolah, bagi dia makan dan gurau2 senda dgn dia. Oklah tu kan....

Dan pagi ni kita rasmikan puff pasry hasil titik peluh (takde menitik peluh pun, hat basah ketiak je kakakakak) sendiri. Kite buat Sardine Puff. Kebbetulan (kebetulanlah sangat!!!) semalam buat masak 'ikan kurung'. Sedang elok le tu amik 2/3 potong dan buatkan intinya. Hihiii jom tengok resipinya. Cik Mat, minta izin ye tepek resipinya kat sini :D


Bahan2

400g tepung gandum

1/8 camca teh garam

50g mentega

220ml air

300g pastry marjerin (yg ni boleh beli kat kedai jual bahan bakeri)

Sedikit tepung untuk ditabur


Cara2

1) Dalam satu mangkuk, campurkan tepung gandum, garam dan mentega. Gaul sebati. Masukkan air dan aduk adunan hingga menjadi doh yang tidak melekit di mangkuk/tangan. Kalau air habis dan adunan melekit, tambah tepung sikit demi sikit hingga dapat doh seperti yg dikehendaki. Rehatkan doh 15 minit.

2) ambil doh dan letak atas meja kerja yang telah ditabur dengan tepung. Dengan menggunakan penggelek, canai doh menjadi bentuk seolah bentuk T.

3) letak pastry marjerin di tengah2. Lipat doh kiri dan kanan. Kemudian atas dan bawah. Kemudian terbalikan doh.

4) Canai doh agak2 ketebalan 0.5mm. Jangan tekan kuat sangat, takut pastry marjerin terkeluar.

5) lipat lagi seperti bentuk buku. Kemaskan dan rehatkan 15 minit.

6) lipat lipatan 90 darjah. canai lagi perlahan-lahan hingga ketebalan 0.5mm. Rehatkan lagi 15 minit. Ulang lipat dan canai sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit.

7) canai ketebalan 0.5mm dan kemaskan. Potong2 pastry klu panjang sangat. Lapis plastik atas bawah dan gulung. Simpan dalam peti sejuk (atas). Bila nak gunakan, keluarkan dan biarkan defrost.


Untuk gambar langkah demi langkah yang lebih details, sile klik url di bawah... Minta izin ye Cik Mat :D Tq

http://www.tiffinbiru.com/2010/04/vol-au-vent-home-made-puff-pastry.html


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

Jeruk Rozel

ampun dan mahap yek...klu ade kawan2 fb yg berkunjung ke sini,tentu (agaknye) dah tau pasal jeruk rozel ni. Sbb dah lame betul aku publish kat wall tu. Tapi baru la ni la aku terasa nak meng'n3' kat blog. Erkkkkk ade sape2 kesah ke punnnn? Huhuhuuuu

Ok, alkisahnye beberapa minggu lalu (sebulan lebih dah kottt) jiran kite ni bg buah/bunga rozel seplastik. Sebelum2 ni memanglah kite tau buah/bunga rozel ni boleh buat apa. Tapi yg paling lekat dlm otakk kite buat jus. Bila tepek kat wall dan tanye kawan2 mcm idea pula yg dikeluarkan. Arghhh terima kasih sangat. Bila dah banyak idea, tiba2 seplastik rozel terasa begitu sikit pulakkan. Hahahaa tamak haloba ko pizah!!!

Akhirnya dari seplastik tu dapatlah kite realisasikan menjadi 3 produk iaitu jus, jem dan jeruk - 3J!

Bahan lain selain rozel itu sendiri hanyalah gula dan air. Jangan tanya kita sukatannya kerana kite pun main campak saja. Agak2 sendiri aje...

Untuk buat jusnya, kita masak satu jag air bersama gula. Bila gula dan larut dan air dah menggelegak, tutup api dan masukkan kelopak2 buah/bunga rozel. Sebelumnya kita basuh kelopak2 rozel dgn air panas. Ada terbaca masa menggogle, tujuannya untuk mematikan serangga2 yg berkemungkinan ade melekat kat kelopak2 tu. Biarkan seketika sambil dikacau2. Bila air gula dah bertukar warna merah dan dah suam2 siikit, tapis.

Ok, hampas kelopak buah/bunga rozel ni kite perah2kan sikit. Letak dalam loyang, sebak2kan supaya tak bertindih antara satu sama lain dan kite jemur sehariian. Dah petang tu kite amik dan terjadilah seperti di atas ini.

Benda siikit tapi sedap.... Jiran, bagi lagi 3 plastik, boleh????


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

Karipap Kentang Ayam & Karipap Sosej

As salam, tu dia.... Berkaripap tak sudah2. Udah itu permintaan paling tinggi, kan... Buatlah. Suke tengok en suami dan anak2 makan penuh selera. Alhamdulillah. Cuba en suami tu suke kalau pedas2. Kite buat tak berape pedaslah sbb nak makan sekali dgn anak,kan....

Resipi masih menggunakan resipi yang sebelumnya. Dan hakikatnya kite taklah ikut bulat2 gitu. Memang suke derhaka. Ikut asal jadi aje... Bila tak jadi, melopong, padan muke aku!!! Hikhikhiii

Inti tu anak2 suke beno meratah. Sudahnya berbaki 6 ketui doh karipap. Ape nak disumbat? Takkan nak buang pulakkan. Nak simpan takde yenye cuma 6 ketui. Jadi kite kuarkan sosej dan balut dgn doh tu. Boleh tahan sedap juga. Hahahaa


Layan ajelah ek!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 06, 2012

In Stock - Jalapeno Cheezy Powder & Tepung Goreng Rangup

Yuhuuuuuu, stok baru sampai... Mari, mari, mari!!!


-Jalapeno Cheezy Powder

Rasa sebijik mcm sos Cheezy Wedges kat Kepci tu

Tak susah nak sediakan. Hanya campur air dan kacau sebati. Ready!!!


- Tepung Goreng Rangup Uncle Bob

Rangup giler, tahan lama!

Goreng ayam, cendawan, udang, sotong dan lain2

Golek2kan dengan tepung, terus goreng dlm minyak yang panas & banyak.

Pasti tidak menghampakan!


PM inbox Fb - rafizah nordin (fiza nordin)

Call/sms 017-3113 226 / 03-8322 1708 (r)

Email sofie2_za@yahoo.com


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 04, 2012

Sotong Goreng Tepung

As salam pagi Rabu yg sejuk dingin. Alhamdulillah, hujan rahmat di pagi hari....

Sotong Goreng Tepung yang best. Selalu sebelum2 ni klu buat goreng tepungm habis 'terlanjang' udang & sotong kite. Memang kureng pandai sungguhla nak buat kekdah goreng2 tepung ni. Kali ni kite bereksperimen dengan TEPUNG GORENG RANGUP UNCLE BOB. Alhamdulillah... Elok je dia bersalut. Rangup pulak. Best!

Pada yg belum dapatkan TEPUNG GORENG RANGUP ni dan ingin mendapatkannya, boleh dapatkan dari kite. Hanya RM15/set yg mengandungi 300g tepung goreng rangup dan 40g setiap satu seasoning dan serbuk cili. 

Cara penggunaan yang sangat simple. Lepas basuh bersih ayam/sotong/udang/cendawan, toskan airnya, panaskan minyak dan salutkan ayam/udang/sotong/cendawan dengan tepung dan terus goreng. Pastikan minyak banyak (seelok2nya goreng dlm periuk) dan minyak itu betul2 panas. Barulah dapat hasil yang memberansangkan. 

Ok, call/sms Fiza 017-3113 226?/03-8322 1708 (r) 

Tak rugi punye!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 02, 2012

Biz Baru - Felt Craft

As salam untuk semua....

Dengan rendah diri sy mengumumkan, sy buka UNTUK TEMPAHAN bagi felt craft ini. Anda boleh menempah keychain, fridge magnet, frame gambar dll. Contoh2 felt hasil tangan sy akan sy upload dari semasa ke semasa, InsyaAllah....


Boleh emel : sofie2_za@yahoo.com atau sms 017-3113 226 atau PM inbox @ fb.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 01, 2012

Donut Lembut

Salam hari Ahad... Donut Lembut nii bukan buat hari ni tapi beberapa hari lepas. Mood nak menghapdet blog ke laut mati wooooo!

Resipi dicedok dari blog Kak Ct Delima sayang. Resipi asal dari Hasue. Terima kasih kedua2nya. Minta izin Kak Ct utk kite mgcopy paste resipi di sini. Toping tu sebenarnya buat 2 versi. Satu versi bergula & satu lagi toping coklat. Versi gula sengaje tak tangkap gambo. Kan dah kate tadek mood. Hikhikkkk


Bahan-bahan:

500 gm Tepung gandum berprotein tinggi (guna tepung biasa pun ok)

1 Peket yis segera -11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama) kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..

50 gm Marjerin

1 Sudu makan (penuh)

Shortening (lelemak adunan) - Letak lebih sikit pun takpe

2 Sudu makan (penuh) gula pasir

2 Sudu makan susu pekat / 2 sudu makan susu tepung (ikut citarasa) - Letak kedua2 lagi sedap

1 Biji telur - dipukul sekejap

1/2 Sudu teh garam

Gula halus atau topping kegemaran anda

190 ml - 200 ml air suam2 kuku (bergantung pada kualiti tepung)

Cara-cara:

1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi 2.

6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je) Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

7. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sebab adunan mengandungi telur).

8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

SELAMAT MENCUBA.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)