Followers

Wednesday, February 15, 2012

Alhamdulillah, sy kembali....

As salam semua... Berhabuk bersawang blog ni dek kebizian tuan rumah.

Alhamdulillah, dapat juga kembali menaip di sini. Selama tak on9, memang tak terfikirlah nak biarkan aje blog ni sepi. Malah berkobar2 dlm hati nak berkongsi kisah kat sini. Ada tak ada yang sudi baca, pedulikan. Klu bukan utk org lain baca, coretan ini akan dijadikan kenangan untuk diri sendiri.

Hampir sebulan juga dah selamat berpindah ke rumah ni. Alhamdulillah, tika dan saat ini, rumah kami dah selesai kemas. Semua barang2 dalam kotak dah dipunggah masuk almari. Pakaian anak2, pakaian mama dan papa, buku2 dan satnika barangan semua dah selamat ke tempat2 yang sepatutnya.

Cerita nak beli perabut hari tu penyudahnya kami men'soping' kat kedai perabut di Putra Perdana ni aje... Hajat2 hati nak soping di Cavenci, Wescort dan seangkatan dengannya tidak kesampaian sebab masalah pengangkutan. Kebanyakkan kedai2 perabut ni hanya akan boleh hantar perabut2 yang diminta selepas 6hb Februari atas alasan, kilang dan stor tutup, pekerja cuti dan macam2 hal lain. Sorylah, tak boleh nak tunggu. Tak daya nak tidur atas toto je. Sakit badan, rasa macam tidur atas lantai huhuhuuu

1hb Feb, anak2 dah start sekolah kat SK Cyberjaya. Mujurlah hari tu, en hubby cuti sebab Hari Wilayah, kan... Jadi taklah gagau sangat. Dan nasib baik lagi bila, Mierza masih di rumah kakak kite kat Sepang. Hanya 2 hari selepasnya barulah Mierza balik ke rumah kami dihantar oleh Kak Yong.

Di rumah baru ni, Maxis bb adalah sangat2 lembap. Huhuu memang tak sanggup nak on9. Panas hati tunggu dan terus menunggu but then, no connection pula yg keluar. So, sepakat dengan en hubby pasang unifi. Mujurlah kat sekitar sini ade pancarannya. Masa p Mydin, USJ untuk beli barang dapur, singgah kat booth Unifi dan cek kawasan liputan. Rupanya budak Unifi tu pun tinggal berdekatan kawasan kite. Dan dia sendiri pun tentulah guna Unifi.

14 Feb, (semalam) installation. Setakat ini servis yang diterima tak menghampakan. Dapatlah lepas keinginan nak tonton drama korea. Pagi tadi lepas siap semua kerja rumah, tengok 90 days falling in love. Tapi episod 2 broken pulak. Hilang mood dibuatnya. Orang baru nak feeling2 hahahaa!

Pasal Mierza dan sekolah tadikanya... Kite masukkan Mierza ke Pasti Al-Husna kat Ruvena Villa. Tak jauh sangatlah dari rumah. Tapi sebab rumah kite jauh ke dalam, kena jugalah ada kenderaan. Mula2 hari tu ke hulu ke hilir jugaklah mencari sekolah. Sebab dia baru 5 tahun, kite ingat nak masukkan je dia sekolah Kemas tapi semua yang kite pergi, dah penuh. Tak apalah... Sebelum ni gila2 nak sekolah, bila dah sekolah, tak nak sekolah pulak mamat bongsu ni. Geram betul... Tapi mujurlah makan dipujuk. Siap umpan setiap kali balik sekolah, kite dah siap belikan dia keropok ke, sweet ke, atau air kotak. Kite kate tu hadiah sebab dia dah habiskan persekolahan untuk hari tu.

3 orang anak, yang inilah satu2nya anak yang menangis bila ke sekolah. Abang dan kakaknya haritu siap suruh mamanya balik lagi. Mamanya pulak yang tak reti2 nak balik sbb xcited tgk anaknya baru masuk sekolah kahhhhh!

I'Allah, perpindahan kali ini kekal sebelum perpindahan abadi bertemu denganNYA kelak. Walaupun belum ramai yang tinggal dan pindah masuk tapi kite rasa seronok. Anak2 lebih bebas bermain. Ada halaman, kereta boleh parking depan rumah, depan mata. Sebab belum ramai yang pindah, anak2 bebas bermain kat luar. Kadang2 petang2 bawa dorang ke taman permainan. Sekarang nak ajak en hubby keluar hujung2 minggu pun senang sikit. Takdelah nak fikir nnt susah nak paking kereta dan sebagainya seperti sebelum ni.

Seronok, seronok jugak... Tapi kite memang selalu alert. Pintu2 utama dan pintu dapur memang akan sentiasa bertutup. Tingkap2 yang dibuka pun ikut yang betul2 perlu saje. Sebab kite ni penakut dan geli geleman dengan binatang kecil yang berbulu dan bermuncung tirus tu. Apalagi, 'kak ti***' la... Kalau dah ade seekor, memang teruklah. Mau tak jejak dapur klu 'dia' ada di dapur. Tak masuk bilik klu 'dia' ada kat dalam bilik. Hahahaa

Ok, kite berhenti di sini dulu. Moga jumpa lagi kemudian nanti..

Wassalam :D


Published with Blogger-droid v2.0.4

16 comments:

ida said...

haaa...saya pun baru jugak install Unifi..memang samaaaaaa semua hehehe

kakcik said...

Alhamdulillah. Dah selamat berpindah dan semoga selamat semuanya. :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam fiza..slmt kembali.mmg penat klu bab pindah2 nie.
Snap la sikit gambo rumah baru..nak gak tgk :D

IdaShazana said...

mesti senyum tak lekang dari bibir...
tahniah

Sheila Shafeareen said...

As'salam alhamdullilah fiza dah selamat pindah dan kemas yeee,,sronok dgr dpt masuk rmh baru..ank2 bebas main...nnt satu hari ada jodoh nak juga kesana intai2 hehheh..dah jauh ni selalu2 lah singah petaling yeeee

el said...

kak za nti upload gambar rumah lagi nok..seronok dpt dok umah baru..nti leh la singgah..agak2 bila tu kan hahahaha...

hahah mierza kena umpan mcm2 baru x ngis nok sabau je lah..sok2 ni ok lah tu kak za

Fiza Nordin said...

Ida,
Puas hati berinternet.harap kekal beginilah ek...

Fiza Nordin said...

Kakchik,
Terima kasih & alhamdulillah :D

Fiza Nordin said...

K atie,
Huh mmg penat kak... Kaki rasa tak berpijak ke bumi huhuuu i'Allah akan diupload nnt :D

Fiza Nordin said...

Ida shazana,
Hihii sengeh sampai ke telinge.thanks!

Fiza Nordin said...

K sheila,
Wsalam... Jemput2 mai...

Fiza Nordin said...

L,
I'Allah nnt upload...harap2 dia ok nnt....

ida said...

aduh, comment saya seblum tu hilang...sebelum commnet kat atas tu ada satu saya tulis..

saya kata

dulu akak kat taman medan, saya kat kinrara, dekat jer, skang saya pindah BSP, akak pun duk la cottage, dekat jugak lalu hiway...
macam sama jerrr
sekali saya baru install unifi, akak pun sama...tu yang saya cakap asik sama..

yang tak samanya, masih lum beli perabot laaa kak...
tidur laa atas tilam jer.huhuhu

Anonymous said...

saya pun pengemar korean drama tegar. Nak suggest you tgk cerita2 yg best bebaru ni saya tgk.. jewel in the palace, brain, the greatest love. saya selalu tgk online kat maaduuu.com, dramacrazy.com or kimchidrama.net

sheila

Fiza Nordin said...

Ida,
Owh kisahnye hahahaa
Cepat2 beli perabut...tp tido atas tilam ok gakla... Akak aritu tido atas toto je.adoiii

Fiza Nordin said...

Sheila,
Thanks... Jewel in the palace sy dah tgk kat chanel al hijrah aritu.sll sy tgk kat mysoju.nnt sy try web2 yg u suggest tu.thanks ye :)

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)