Salam pagi Jumaat...
Alkisah tengahari semalam anakanda perempuan nan saurang telah bertanya dengan muka selamba berkenaan dengan perkataan "bersetubuh". Huhuhuuu merah padam muka mama nak jawab soalan cepu cemas tu. Nak diterangkan secara terang dan jelas rasanya tak pantas untuk anak seusia itu. Tapi kalau tak diterangkan, rasanya dia harus tahu juga.
Setelah berfikir sejenak, mamanya jawab dengan jawapan selamat rasanya... bersetubuh tu apabila lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin tidur bersama dalam sebuah bilik. "Ooo, macam mama dan papa? Jadi, papa dan mama ada bersetubuhlah?" Hahahaa "Tidur aje?" Soalan yang terus2an buat mama rasa nak sorok muka bawah bantal.
Gitulahkan kalau anak2 dah makin membesar. Dah hantar sekolah, dah belajar. Kite sendiri tak ingatlah, pernah ke kite tanye soklan camtu kat arwah mak dulu? Rasa2 macam takde. Tak taulah kalau tak ingat pulak...
Baby dapat perkataan tu dari dalam buku teks agama sekolah. Semalam kat sekolah dia ada belajar bab2 mandi hadas dan wajib. Haid tu dia tahu sbb anak2 buah kite yg rapat dgn dia dah besar2 panjang. Jadi bila dorang cerita2 dan cakap2 pasal tu, baby pun dengar dan secara tak langsung belajar secara lisan. Tapi perkataan 'bersetubuh' tu mungkin agak baru bagi dia, tu yg dia bertanya. Hihihiii
Lepas ni perkataan apa pulak dia nak tanya? Huhuuu
Followers
Friday, February 17, 2012
Bila anakanda bertanya... "... bersetubuh tu buat apa?"
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
My Cute Banner
16 comments:
Hahaha .. camna nak jawab tu ye?
Kakchik,
Kena jugak jawab dan jawapan haruslah semunasabah mungkin.klu tak jawab,selagi itulah dia bertanya.dan kalau jawapan tak memuaskan hati, lain2 soalan pulak yg keluar nnt huhuhuuu
He he he.. memang anak-anak ada naluri ingin tahu perkara-perkara yang asing pada pendengaran mereka, tapi... kitalah yang kena pandai macamana nak jawab supaya mereka faham dan puas hati, rasanya ustazah pun terangkan secara umum saja. Nanti anak kita tanya rakan sebaya... entah apa pula yang mereka bincangkan untuk dapat jawapannya ye...
Salam Fiza,
advance sungguh anak2 sekarang ni kan... soklan yg paling susah untuk diberikan jawapan kepada anak seusia ini... taboo!
Penggsannn >__<. Aku pernah gak kena, anak buah yang baru pandai baca paper, tanya.. "S.E.X" tu apaa...aku diam, dia pi eja sekuat2 tidak..hadoi rasa mcm kena hempab batu atas kepala....
K amie,
Ye la tu...ustazah tentu terangkan secara am je... Dia nak tanye takut.balik umah, mamanya jadi mangsa heheee
K rose,
Rase nak buat pekak je tp tak lalu leeee
Cmg,
Kalot oiiii soklan tak bley blah ekkkk
selalu jugak belakon bizi buat keje bila anak prmpuan tanya soklan macam ni...tapi , selagi tak jawab selagi tu la dia dok ngekor
Salam Kak Fiza,
Lama saya tak sempat bertandang. Harap2 akak dan famili sihat2 selalu.
Hehe, gerun juga bila anak2 dah mula bertanya macam ni kan. Bukan senang nak menjawab tu. hehe :)
hehehe...cerdik anak ni..tak paham tanya..bagus2...
akak pernah di soal oleh anak lelaki akak...liwat tu apa?...ckp terus terang je...sebab dia lelaki takut nanti ada pengaruh luar kan?...
Pertama kali singgah ..tertarik pula.
15th lepas anak bos dtg off, bawa novel. tetiba tanya "kak apa itu bersetubuh", jam tu kita muda lagi, tersipu2 nak jawab.
15th kemudian dia habis belajar, dtg off jumpa kita, dia pula yang tersipu2 malu...mungkin terkenang soalannya dulu.
Ida,
Tula,kan... Sudahnye jawab jugaklah asalkan jawapan tu munasabah dan diterima akal dia,boleh saje hihii
Ijan,
Alhamdulillah sihat.akak pun dah lame 'tak jenguk' mikael.ntah2 dah ade adik kot... Hihii
Kak Anymz,
Ade sesetengah bende kite memang kene bgtau terus terangkan.lg2 sekarang ni macam2 hal terjadi. Nauzubillah, minta dijauhkan segala musibah berkenaan...
K syimama,
Hahahaa cuba kak tanye dia balik.sure lepas tu tak mai off dah...
Post a Comment