Followers

Wednesday, February 22, 2012

Talam Roti Paun

As salam... Lame tak meng 'n3' masak2 kat sini. Bukan tak masak, tp masak simple dimple je... Ahad kelmarin ade jugak buat nasi lemak ijau... Mase nasi nak kering tu, perghhhh semerbak 1 rumah berbau pandan. Best! Tapi tak berkesempatan nak update. Dan selebihnye malas. Huhuuu teruk betul!

Kite tau dan sedar, dah banyak kite ketinggalan dalam adegan baking membaking. Orang lain dan cuba macam2 resipi tapi kite hanya pakat tengok aje. Asyik2 berhajat nak buat tapi tak kesampaian pun. Impian hanya tinggal impian.

Talam roti paun ni pun kite tak tau camne boleh sampai hajat plak. Alhamdulillah... Menjadi jugak walaupun lapisan atasnye tu tak cantik. Menggerutu je rupenye. Silapnya masa kite masak atas api perlahan tu, sudah terlebih kacau dan pekat. Padahal dalam berjaga2 jugak tu...gitulah kalau mende nak jadi,kan... Yg lapisan hijau tu mmg class cantik. Tapi kecantikkannye tak dapek diunjukkan sbb dah ditimpa dgn lapisan kunen. Hehehee

Ok, yok2 kite tgk resipinya. Ramai yang dah buat talam roti paun ni tp sejak semalam kite asyik mengulang page Kak Ita - Azlita Masam Manis. Menurut pembacaan di blognya, resipi asal dari  Chef Asma yg mana Academy Bakingnya di Putra Perdana ni saja :D. Kemudian dibuat oleh kak Yatie - Yatiememories. Kita dah singgah page Kak Yatie juga. Tapi tak ingat ade tinggal jejak ke tidak. Sorry kak... Then barulah Kak Ita buat dan beberapa blogger lain. Maaf ye, tak tersebut nama.

Kite buat 1/2 adunan je ni macam kak Ita. Dan kita gunakan roti choco raisin, juga macam Kak Ita. Tapi kite tak campurkan dgn roti butterscotch. Sepenuhnya guna choco raisin.

Thanks akak2 semua! Resipi yang best ni.... Kak Ita, mohon kite copy paste resipi dan tepek kat sini ye... Terima kasih sekali lagi!


Lapisan Bawah

4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih

3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih

1 biji telur

1/4 cwn gula halus

Secubit garam

100 ml santan pekat - fiza guna santan kotak

125 ml air

1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan. Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc. Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik. Oleskan juga minyak pada plastik. Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan.

Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hingga sebati. Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti. Tuangkan adunan dalam loyang.

Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih)

Kukus adunan selama 25 minit.

Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah.


Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum

1/4 cwn gula halus

Secubit garam

1 biji telur

100 ml santan pekat - fiza guna susu full cream

100 ml air

sedikit pewarna hijau - fiza guna 1 sk emulco pandan 

sedikit perisa pandan


Satukan semua bahan-bahan. Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati. Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil. Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap

~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja.

Tutup api Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih. Cakar permukaan kuih dengan garfu.Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.

Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.


Lapisan atas

1/4 cwn tepung kastard

1/4 cwn gula halus

Secubit garam

1/8 sk vanilla essence

2 biji telur

100 ml santan pekat - fiza guna susu full cream

100 ml air

sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe. Fiza letak pewarna kuning.


Satukan semua bahan-bahan. Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati. Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil. Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap

~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja.

Tutup api Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih. Cakar permukaan kuih dengan garfu Kemudian tuangkan adunan lapisan atasTutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata. Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang.


Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik


Selamat mencuba!


Published with Blogger-droid v2.0.4

6 comments:

HomeKreation said...

Salam Fiza cayang. Along pun dok usya respi ni tapi tak kesampaian. Roti tu xda kat sini, yg ada roti putih jer.

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

sALAM fIZA..BUKAN AJE aLONG..AKAK PUN DOK TEROPONG JUGA..NAK TUNGGU ANAK2 BALIK HUJUNG MINGGU NI NAK TRY BUAT

Kakcik Seroja said...

Kalau rajin semua boleh jadi kan? :)

Fiza Nordin said...

Along,
Resipi asal guna roti putih je...hihii

Fiza Nordin said...

K paty,
Nampak ke teropong2 tu...hihiii
Selalu kite tunggu anak2 buah dtang baru nak baking beria...tp selalu jugak asal dorang dtg,time tu la virus M melanda huhuuu sadis tul!

Fiza Nordin said...

Kakcik,
Statement yg sgt2 boleh digunapakai!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)