Followers

Saturday, September 03, 2011

Salam Lebaran....

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



As salam semua...

Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua... ampun maaf zahir dan batin dipohon pada kesempatan ini andai selama berblogging di alam maya ini, ada kata2, ayat2 dan teks kite secara sengaja atau tidak telah menyinggung perasaan sesiapa. Maafkan kite ye...

Terlambat kite poskan kad ucapan untuk semua... sejak dari hari Jumaat dah kebizian melampau sampai tak sempat nak on9 pun... ke sane sini, begitu begini... haishhhh macam2lah! Hari Sabtu tu sibuk pula buat persiapan terakhir untuk diri sendiri dan keluarga. Memang macam tahun2 lalu, mencari baju raya last2 minit. Cadang2 nak balik kampung hari Sabtu langsung tak jadi. Sudahnya hari Ahad barulah balik. Mujurlah jalan tak jem. Lebih kurang pukul 11pg bertolak dan sampai di kampung dengan selamat (alhamdulillah...) sebelum azan Zuhur.

Tahun ini untuk pertama kalinya berhari raya tanpa orang tua. Awal tahun lalu, kami kehilangan abah (mertua). Tapi Allah S.W.T. 'pulangkan' pula seseorang yang sebelum2 ni 'serasa dekat tapi jauh' - adik ipar kite yang baru berpisah dengan isterinya. Kalau sebelum ni asyik beraya di sebelah isterinya, tapi tahun ini beraya di sebelah kamilah. Gembiralah en hubby sebab tahun ini dapat mengulang kembali saat gembira berkumpul adik-beradik seperti tahun2 yang lalu. Kalau tak, asyiklah tak cukup korum. Sudahlah adik beradik pun tak ramai - 3 orang saja...

Hari Raya pertama menghabiskan masa ke rumah emak2 saudara, sepupu sepapat sekitar kampung. Mierza ikut kite sementara Boy dan Baby bersama dengan kakak saudaranya (anak abang ipar) beraya dari satu rumah ke satu rumah seluruh kampung. Memang suka sangatlah anak2 dapat beraya begitu. Memang bebas sungguhlah dia orang. Dah tengahari baru nampak batang hidung. Itu pun ada hati nak keluar lagi, tapi dilarang en hubby. Hehehe... kalau tak dilarang, maulah terus beraya sampai ke petang.

Hari Raya kedua kami berhari raya ke Tanjung Malim, rumah kawan2 bekas sekolah en hubby. Anak2 tak ikut. Membujang saja kami berjalan. Anak2 sibuk nak ikut kakak ipar. Taknaknye ikut mama papanye. Hemp... ikutkan sajelah... kakak ipar kite pun jenis suka nak melayan budak2. Dia sendiri pun takde anak. Yang ada tu anak angkat dan dah besar pun (tingkatan 1).

Hari Raya ketiga, pukul 11pg bertolak ke Bota, Perak. Dah berjanji dengan kakak2 kita akan berkumpul di Changkat Chermin - rumah Achik Ya (adik arwah apak). Kakak tiri kita yang tinggal di Penang pun akan turun dan berkumpul di sana. Perjalanan yang agak jauh juga tu. Pukul 2++ barulah sampai. Kakak2 kita (mak Ina & kak yong) dah sampai masa tu. Dah petang sikit, bergerak ke rumah Kak Pozi (kakak tiri) di Gelung Pepuyu. Then ke rumah mak we (kakak arwah apak) di Bota Kiri. Dah malam sangat... Kakak kite yg dari Penang balik ke rumah Achik Ya untuk menumpang tidur. Kak Yong dan Mak Ina masing2 balik ke rumah mertua. Kite...? Memang tak berhajat nak terus balik ke KL, penat!!! Sudahnya kembali ke rumah Kak Pozi di Gelung Pepuyu untuk tumpang tidur.

Hari Raya Keempat, lebih kurang pukul 10pg bertolak balik. Ikut jalan lama sampai ke Behrang, barulah keluar highway. Kereta tak banyak sangat. Perjalanan smooth aje.... berhenti makan di R&R Ulu Bernam. En hubby suka makan Zul Mee Kari which is owner itu adalah bekas kawan sekolahnya dulu. Dan 1 kedai di situ - Ali Kopitiam itu juga adalah kawan sekolahnya. Masa raya kedua, kami beraya ke rumah Ali di Tanjung Malim. :D Rumah baru yang besar (banglo... tentulah besar, kan...). Design rumah yang kite impikan juga tu. Suka yang ada step2 gitu... owh..... :))

Saat entry ini ditaip, kain baju pun dah settle basuh dan jemur... cuma nak kemas rumah serba sedikit dan lepas itu bolehlah terima kunjungan tetamu (kalau ada yang sudi bertandang) dengan senang hati...

Salam lebaran untuk semua :D


8 comments:

Ayu said...

Salam Aidilfitri buat Fiza & family..
Maaf zahir batin sekira ada silap bicara & gurau senda sepanjang perkenalan kita ya ..

tun_telani said...

wahh.. mmg penuh tentatif beraya =) Selamat Hari Raya kak Fiza.

Ummi said...

Assalamualaikum Fiza....akak nak datang beraya nih....kuih dah hidang ke blm...pi buat air, biar akak selongkar kukis sendiri2 eh, nak pilih yg sedap2 jek...hehe... Salam kemaafan dari akak buat Fiza n family... :)

Rosmaniza @ Ogy said...

oitt..udah sampai bota ngape x calling2 aku..

Fiza Nordin said...

k ayu,
selamat hari raya juga utk akak sekeluarga...pohon maaf juga dari saya :D

Fiza Nordin said...

tun telani,
hehehee alhamdulillah selamat pergi dan selamat juga pulangnya...

Fiza Nordin said...

k ummi,
nak air ribena atau oren? hahahaa
selamat hari raya kak :D terima kasih kerana sudi singgah teratak burukku...

Fiza Nordin said...

ogy,
ate kamu di mane??? klu aku tau...mmg sah sohih aku call kamoo....x ngape le...tadek rezeki nak jumpe di sane...kite jumpe di sini aje udah..

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)