Followers

Friday, April 15, 2011

Bubur Nasi Sup


Bubur nasi sup atau sup bubur nasi??? Mana2lah ek.... :D Fevret anak2 ni. Suka sangat bila aku buat camni... Macam tak puas makan bubur nasi masa kecik2 dulu hahahaa!!!

Supnya aku tak buat. Semalamnya, aku malas masak. Badan terasa penat sangat, mata mengantuk. Tapi hari dah petang sangat. Nak tidur, tak kena waktu pulak. Bila dah begitu, mulalah badan terasa lesu. Terus sms en hubby kata tak masak lauk. Minta en hubby belikan sup ayam je & aku tanak nasik. Sup ayam di gerai yang satu ni memang fevret en hubby (sytt, aku pun!). Supnya begitu terasa herba2nya. Kuahnya pun banyak. Ayamnya, dia letak ayam goreng nasi ayam tu aje... suka yg macam tu.

Ada lebihan kuah tu, aku simpan dalam peti ais. Dalam kepala memang dah terbayang keesokkannya nak rebus nasi buat bubur nasi. Dan inilah hasilnya.... :D



Thursday, April 14, 2011

Berjaya Stand Mixer...


As salam & selamat sejahtera...
Salam pagi Khamis nan indah :D

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Syukur kepada Allah S.W.T. kerana memurahkan rezeki. Dapatlah menambah 'keluarga baru' dalam rumahku yang berserba sederhana ini. Insya Allah, selepas ini, kerja2 membaking akan lebih laju dan mudah.

Hari Sabtu yang lalu, aku bersama en hubby ke kedai menjual pelbagai appliance begini di Puchong, Selangor. Kami ikut jalan belakang (dr Medan Maju Jaya) tembus ke Kesas Highway. Sebelum2 ni memang perasan ada signboard menghalan ke Kinrara. Dari kejauhan pun ada nampak tangki air kawasan perumahan tulis (Sunway Kinrara) tapi kami tak pernah lalu ke sana. Selalunya belok ke kanan dan turun Kesas Highway kalau hendak ke Puchong. Sabtu hari tu barulah mencuba jalan itu.

Ya Rabbi, punyelah terkejut. Rupa2nya, jalan tu terus tembus ke Jalan Puchong yang mana sampai ke penghujung jalannya yang ada trafik light, terus nampak kedai yang hendak dituju. Berbaloi sungguh cuba2 kami :D


Ok, berbalik pada stand mixer jenama Berjaya ni, aku beli dengan harga RM780. Dia buka dengan harga itu, dah itulah harga yang aku beli. Dalam bab tawar menawar, aku memang dungu. Sungguh! Kalau 2/3 x minta orang tu tak kasi, dan kalau aku memang dah berkehendak sangat, maka aku go on je.... kena pula, bajet sebenar adalah lebih dari harga yang ditawarkan. Memang laju aje aku ok. Hehehee.... Tak kuasa nak merayu2 dan buat muka kesian. Hah, itulah aku! Nak wat camno, kan??? Same goes dengan en hubby tu....

B4 (hujung tahun 2010) memang Berjaya ni ada buat Sale dan masa tu jugalah aku ada usha2 ke sana. Tapi masa tu stok untuk model ni takde. Dan masa tu harganya RM680 (klu tak silap) Salesgirl tu kate, boleh booking & letak deposit tapi dia tak sure bila barang ada. Tak naklah aku kalau camtu, kan....? Lainlah kalau dia bagi 1 date, barang sampai, bolehlah aku letak deposit. Ish3....

...aksesoris, yang hujung sekali bercangkuk tu, anak2 kate 'tangan lanun' Hahahaa...

Apa2 pun alhamdulillah, syukur kepada Dia kerana sekarang dah memiliki 1 barang yang insya Allah akan mempercepat & memudahkan kerja2 aku dalam menyiapkan tempahan pelanggan. Setakat ni belum rasmi lagi. Mungkin hujung minggu ni rasmi a.k.a. 'pecahlah dara'nya. Hehehee...

Tempahan kecil2an aku guna stand mixer Cornell aku yg telah banyak berjasa tu. Ada 3 biji sekarang ni.... 2 dah rosak tapi masih under warranty lagi. Nanti2lah ada masa nak ke Pensonic kat Jalan 223 tu. Sebab masih under warranty, percuma aje Pensonic repair. Pernah juga sekali, mixer sebelum ni, motornya terbakar. Clerk Pensonic call aku, tanye camne... nak ganti motor atau tak nak repair. Kalau ganti motor, charge RM90. Uiks... kalau aku beli baru harga lebih kurang itu juga. So decided not to repairlah.... :(

Tuesday, April 12, 2011

Red Velvet utk Birthday Surprised!

Red Velvet wif Fresh Strawberries ....
buka untuk tempahan

Kejadian 2.4.2011 yang lalu... Dah lama teringin nak bake Red Velvet Cake. Tapi fikir2 siapelah yang nak telan. Anak2 kureng dah nak makan kek. En hubby apetah lagi la... pandang aje, makan nehi! Aku je yang telan, habislah!!!

Bila BFF Ogy kate nak buat surprise utk sambut birthday BFF Ros & Aishah, red velvet cake terus menari2 dalam kepala. Aku pernah bake red velvet ni dulu. Kalau tak silap 2 tahun yang lepas. Menggunakan resipi yang sama juga. Tapi masa tu aku buat 1/2 adunan je... sbb baru nak merasa. Memang sedaplah di tekak aku ni. Kena pula diselimutkan dengan krim cheese yang lemak2 itu... walla!!


Berbalik pada cerita surprise birthday ni, sambutan adalah untuk 2 orang BFF iaitu BFF Ros aka sedara dan BFF Aishah Ghafar. Kebetulan tarikh mereka berdua ni sama. Jadinya sambutlah sekali, kan...


Malas nak jauh2, kami ke Bangi Kopitiam @ PJCC. Dlm kawasan Taman Medan ni aje, senang. Terima kasih kepada BFF Ogy yang sponser makan2 kami hari tu. Murahlah rezeki lagi... Terima kasih juga pada BFF yang sudi luang2kan masa bersama2 hari tu. Pada yang tak dapat bersama2, harap kemudian2 hari nanti, kite dapat kumpul2, sembang2 dan bergumbira ok....



Last sekali, happy birthday utk Ros & Aishah... moga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dilimpahkan kasih sayang dan cinta di dunia jua di akhirat kelak, amin...

Wednesday, April 06, 2011

Hasil Felt....


Setelah hampir seminggu, barulah berkesempatan nak menebeng kain felt tu... dan hasilnya, tada!!! Puas hati walaupun hasilnya masih selekeh dan tak rapi. Al maklum, amatur... hahahaa!!! 1st batch ni buat baju anak2 dulu. Kemudian2 nnt barulah buat yang lain2 macam key chain, bantal comel, headband dan sebagainya. Ada jugak terlintas di kepala hotak nak buat beg, tapi takut kain cepat habis la pulak... kahhhhhh!!! Nanti2lah...


"Baju adik besh!" kata Mierza. Seronok bukan main dia... tgk ade aiskrim pulak. Mulanya nak cuba2 pakaikan aje. Pose utk tangkap gambo. Tapi sudahnya takmo bukak. Ha, lantakkan pakai baju tebal di tengahari rembang. Hehehee...


Si Baby pula memang pada mulanya beria nak jadi model jugak, tapi dek kesuntukan masa sebab dah nak p sekolah agama, tangkap gambar baju aje. Biaselah budak femfuan, kan... tangkap gambo nak berbedak dululah bagai. Mamanya tak sabo! Hisk....


Boy pula, masa aku sibuk2 tangkap gambo dia dah siap dengan baju Melayu sekolah agamanya. Malas dah dia nak tukar2 baju lagi. "Tak apalah, petang nnt Boy pakai." kata dia bila aku tanya dia tak nak try ke baju tu & bergambar. Besar dah anak mama... cakap lembut aje. Aku tau dia nak jaga hati aku. Mama sayang Boy!!!

Tuesday, April 05, 2011

Sardin Puff


Merajinkan diri membuat puff ni sbb nak menghabiskan pastri dalam esbox. Dah menjerit2 minta digunakan, boleh gitu??? Hahaha melawok jah....

Masa pastri takde dalam esbox, susah payah g beli... dah ada, pemalas pulak. Gitulah dianye.... tapi kurang puas hati dengan hasilnya. Terlebih garing. Aku lebih suka pastry yang lembut & basah2 gitu. Baru heavan... tapi ada juga yang suka garing2 gini, kan.... ikut tekak masing2lah ye dak...

Layan!

Friday, April 01, 2011

Minat Baru.... Sekadar Hobi....


Selamat pagi Jumaat, As salam untuk semua...

Aku gumbira!!! Sudah menemui 1 minat baru - felt crafters... cute, comel dan cantik. Kelmarin beberapa hari lalu aku dah order kain melalui online di Cda Craft dan dah selamat terima. Alhamdulillah, perkhidmatan yang sungguh cepat. Terima kasih!

Punyelah teruja, aku beli terus Felt Paket yang mana di dalam felt paket ni mengandungi 62 warna, saiz 1/16 (25cm x 22cm) dengan harga RM60. Tambah kos delivery RM8. So total RM68.00. Pada aku dah murah le ni.... kalau ada orang lain jual/beli lebih murah dari ini, rezeki masing2lah. Tapi yg aku jumpa inilah dia. Alhamdulillah....



Jadinya sejak beberapa hari ni kerja aku bila mengadap pc adalah google contoh2 felt craft. Nak carik idea selain nak tampal2 kat baju & seluar anak2... hehehee Insya Allah akan aku kongsikan hasilnya di sini nnt. Cantik ke tak cantik mcm orang lain punye, tolak tepi.

Hobi menjahit ni bukan baru muncul sebenarnya. Bukan ikut2an. Tapi aku ni memang suka menjahit sejak dulu. Cuma masa selalu terbatas, minat itu tidak dikembangkan dan kemahiran itu tidak dipraktikkan. Ada juga berhajat nak ambil kursus menjahit pakaian & langsir. Malah aku pernah buat baju kurung kedah (tunjuk ajar arwah mak), pernah beberapa kali jahit langsir. Bahkan masa baru2 berchenta dengan en hubby dulu, akulah tukang jahit langsir kat umah kampung. Hehehee....

Dan yang sadisnya bila duit dah terlebih (sikit je lebihnye pun....), suka beno beli langsir ready made, hahahaa!!! Teruxsss!!!

Ok, baju anak2 mana2 yang bakal jadi 'mangsa' jahit, aku dah pun aku keluarkan dari lemari. Sekarang sedang mencari2 patern yang bersesuaian. Hajat hati tu of coz nak buat yg lain dr yg lain. Tak nyedo awok tu baru je nak berkecimpung dalam dunia felt ni... hahahaa!!!


Suko ati den!

*lepas ni mesti ado lagi bende lain yg aku akan beli on9...tengok ajolah!*

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)