Followers

Monday, May 16, 2011

Oblong


Makan malam kami hari Sabtu yang lalu...
Malas nak keluar cari makan...
Malas nak masak beria2 sangat...

Roti burger dah siap beli dari siangnya... apalagi???

Daging oblong ni berbentuk 4 segi panjang dan saiznya sebenarnya lebih besar dr roti hotdog. Oleh sebab itu, daging oblong tu aku potong dua. Masak 2 keping saja dengan 4 ketul roti sosej.

Alhamdulillah, settle makan malam kami!


Wednesday, May 04, 2011

Red Velvet Cupcakes wif Fresh Strawberries


Mula2 cuba buat Red Velvet untuk meraikan birthday BFF Ros aka my sedara... lepas tu alhamdulillah... aku terima tempahan dari seorang ke seorang. Syukur!!!

Minggu lepas... dalam sibuk2 dengan tempahan lain yang diterima, aku selitlah buat cupcakes red velvet pulak. Dan ini merupakan new item di blog jualan aku. Alhamdulillah, setakat ini permintaan menggalakkan.

Namun, ada juga yang mengeluh, "huh, boleh tahan juga harganya ye...."

Ok, mehla aku bgtahu kepada yang mereka2 yang berkenaan itu ye...



Adunan red velvet tak sama dengan adunan kek biasa ok... Rasanya juga lain dengan kek biasa. Ianya ada rasanya yang tersendiri. Mungkin kerana ada campuran bahan lain berbanding dengan kek biasa2 tu. Dan bahan lain itu, bukan semua kedai bakery ada jual. Juga bahan itu tidak tahan lama. Jadi aku kena beli bahan itu sedikit2. Tak bolehlah berhajat nak beli sekali banyak2 dan simpan buat stok dalam peti ais. Kalau tak digunakan, rugi pulak jika sudah sampai pada xpired datenye yang sangat singkat walaupun kotaknya masih belum dibuka.

Red Velvet ini juga disalut dengan krim cheese. Bukan dengan butterkrim. Dihias sebiji buah strawberri di atasnya. Disebabkan buah strawberri selalunya masam (sesetengahnya saja manis), aku celupkan dalam strawberi fillin'. Selain dapat 'memaniskan' buah tu, boleh mencantikkan strawberi tu sbb dia kan nampak berkilat2 gitu... then aku taburkan dengan crumb kek dan aku parutkan dengan dark coklat di atasnya.

Wallah!!! Lihatlah sendiri...

kalau ada yang terliur dan nak order... silelah hubungi aku ye.. jangan segan2, jangan malu2.


Fiza Nordin
017-3113226

1 set - M size - RM65.00 - 16pcs

v
v
v

Sudi2 berkunjung...

fiza-on9booth

Ayoh, cuci2 mate...!!

Tuesday, May 03, 2011

Bengkel Fotografi Percuma - Teknik Potret




Kejadian beberapa minggu yang lalu... - 24hb April, 2011 (Ahad)

Aku bersama geng BFF senapang gajah sepakat join fotografi percuma anjuran Cikgu Adhadi Mohd. Masih bertempat di Taman Tasik Perdana. Cuma kali ini berkumpul di gerai makan berhadapan Ibu Pejabat Bukit Aman. Kemudian berjalan ke Panggung Anniverseri berdekatan.


try & error... snap sane sini...



baru beli baju. bukan wajib pun tapi sajelah aku beli untuk kenangan. alah, rm40 je.... je???? gulp! hahahahaa

Ramai yang join bengkel kali ni. Cikgu Adhadi pun begitu terharu dengan sambutan yang diberikan. Alhamdulillah... ramai yang berminat. Bagi yang masih baru2 nak belajar macam kami2 ni menyelitlah juga. Syiok2 sendiri snap sane sini. Namun sekurang2nya selain dapat kawan baru, dapatlah juga serba sedikit pelajaran baru mengenai fotografi ni....

us with Nandang Azryman, model group kami...

Ada seorang kawan aku bertanya... "Kenapa kau sibuk2 pergi kelas fotografi bagai? Dah nak tukar profession dari baking ke photographer ke?" Ish, tak terlintas pun dalam kepala hotak aku nak jadi photographer tapi kalau ada rezeki aku di situ, alhamdulillah, tak akan aku tolak. Tujuan utama aku join bengkel2 ni sebab pertama, PERCUMA! Sebab kedua kerana aku nak explore senapang gajah aku tu. Apalah guna aku dam duit ribu2 then aku just snap gitu2 aje... sedangkan org lain seangkatan dengan kamera aku, boleh menghasilkan gambar yang cantik menggunakan kamera sejenis itu. Dan yang ketiga, aku nak cari kawan. Bukan cari lawan ye.... heheheheeeee

Oklah... berbalik pada bengkel ni... ianya joint Talent Agency Anna Sha dan kumpulan kami yang semuanya terdiri daripada wanita di berikan seorang model - Nandang Azryman. Kami group pertama yang bergerak dahulu mencari lokasi mana yang kami nak untuk shoot. Cikgu Adhadi kata kemudian nanti, fasi akan menyusul dan berikan tunjuk ajar, pandangan dan berkongsi segala2lah...

modellah katekan... tonjen ko melangit dik oiii!!!

Tapi sampailah ke sudah, fasi tak muncul2... makin menginjak masa, semakin panaslah matahari menyimbah bumi. Arghhhh!!!! Fed up....! Sepatutnya kalau shoot potret, selain speed lite, kena ada reflector untuk mengelakkan cahaya berbalam di muka model. Tapi seorang dari kami pun tak ada reflector. Dah nama pun baru belajar, nak panggil amatur pun belum layak, manelah kami pandai nak cari ruang. Dan disebabkan itulah, kami amat memerlukan fasi mengiringi group kami ni. Tapi hampa.... :(

tembak saje... jangan kira!!

Sampai nak muntah aku snap gambo model tu... sudahnya kami semua balik ke panggung anniversari. Habis air mineral kena togak. Dahaga sungguh.... berpuas hati dan redha ajelah dengan apa2 yang dah disnap...

with BFF Aishah Usman... snap by BFF Ogy. Thanks!

Bengkel kali ni memang agak ralat rasanya. Sedangkan fasi yang datang hari tu kalau diikutkan semuanya yang terkenal2 atau yang ada nama dalam bidang fotografi ni.... kesian kami kumpulan wanita ni... terasa benar dipinggirkan! Huhuhuuu

Tapi tak apalah... kejadian ini tak akan mematahkan semangat aku nak join bengkel lagi lain kali kalau ada peluang dan ruang. Insya Allah kalau kena masa, tempat dan ketikanya, aku tetap akan join juga.... :D

V
V
V
V
V

silalah komen.... sebahagian shoot dr aku. Selebihnya boleh godek album di fb :D


Nampak model tu gelak???
Kalau ikutkan muka dia sepesen itu ajelah....dongak, pandang langit... eksen je ropernye. Tapi idak le aku salahkan dia. Memang udah memang resminye model gitulah gayanya kan.... maskulin!
Tang gelak tu, aku punye keje... "Senyum sikit!" Gelak dia kasik... good, i like dik!!!!

Macarons.... :D


Huh, bersawang!!!! Bukan takde cerite nak dikongsi, tapi pemaleh nak mampuih nak mengahapdet... ape kes???? Truxs!

Amacam, santek tak macs kite.... santek, kan....?

Of coz lah.... sebab tu hanyalah macs kite tp bukan macs air tangan kite. Kwang3! Lepas kali pertama mencuba dan tak berkaki, terus cuak hati (pemalas sebenarnya!) nak cuba buat macs pojaan ramai neh... bila nampak Kak Lea buat promotion, daku terus mengorder! Laju sungguh, selaju speed tenet aku yang selalunya lembap ala siput sedut. Tapi pada masa dan ketika daku nak mengorder macs dari Kak Lea, elok je peginye!!! Aje antoooo.... :P


Sedap? Usah ditanya... sedap ajelah ditekak aku yang memang penggemar tegar benda manis2 ni.... kenyataannya, akulah yang mengulang hingga habis. Ada juga bawa sebagai buah tangan untuk teman2 BFF pada petang penuh peristiwa kami2 ber stimboat di Flaming @ Sunway. Tapi BFF Ogy & Ros yang kengkonon teringin beno cuba makan 2 ketui aje seorang. Malu ke, segan ke, hidakle aku tahu!

Anak2, kurenglah pulak. Padahal masa aku buat tak keluar kaki tu, bukan main lagi deme makan. Ngup ngap, ngup ngap! Huhuhu.....



Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)