Followers

Thursday, September 03, 2015

Talam Suji


Assalam, ello jumpa lagi :)

Minggu2 kelmarin buat Talam Suji ni untuk beri pada jiran depan rumah yang buat kenduri arwah untuk isterinya. Begitulah ajal... dalam usia muda (28 tahun) dan meninggalkan suami, anak2 yang masih kecil dan dunia. Segalanya aturan dariNYA jua. Siapalah kita hendak menolak ketentuan Ilahi.

Kalau tengokkan gambar, perasan tak bahagian atas talam ni nampak macam lembik? Berkilat lain macam, kan.... tapi kata orang yang makan, tak lembik. Masa dia makan,elok saja. Wallahualam.... mungkin masa beliau makan, kuih ini sudah sejuk betul dan terangin. Sedangkan semasa sy tangkap gambar, kuih ini masih ada sedikit suamnya.

Kalau ikutkan resipi di bawah, tepung semolina perlu direndam selama 1/2 jam. Tapi dek kerana kesuntukan masa, sy terus campurkan air dan kukus. Dan barangkali kerana itu, setelah dikukus selama 30 minit, sebelum sy nak curahkan bahagian atasnya, permukaan lapisan bawah seperti berair atau lebih tepat lagi nak cakap, terdapat takungan air bancuhan di atas bancuhan adunan yg dah membeku tu. Terpaksalah sy cedok menggunakan sudu hingga air takungan itu habis. Kemudiannya barulah sy curahkan adunan atas (coklat) dan kukus lagi 30 minit.

Sy memang jarang2 sekali membuat talam suji. Kalau tak silap, ini merupakan kali kedua membuatnya. Kali pertama dulu semasa kami tinggal di Aprtm Angsana, Bukit Puchong. Itupun bukan buat utk makan sendiri. Berani2nya menerima tempahan daripada seorang pelanggan. Masa tu pun permukaan atasnya mcm lembik sedikit. Hempppp

Nampaknya kena try n error lagi.........
Jom kita tengok resipi. Sumber dari blog Kak Yatie @Yatiememories. Resepi asal dr Chef Asma.
Terima kasih kepada keduanya. Izinkan sy kongsikan resipinya di sini ye :)

 BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH

Bahan (A)
  • 180gm tepung suji @ semolina
  • 450gm air
Bahan (B)
  • 220gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 200ml santan (saya guna santan kotak Kara)
  • 250ml air
  • pewarna kuning
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk.
  2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)
  4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.
BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

Bahan (A)
  • 300gm gula merah
  • 50gm gula castor
  • 500ml air
Bahan (B)
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 250ml santan (saya guna santan kotal Kara)
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata
  3. Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis.
  4. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. jangan pekat dan jangan cair sangat. Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan.
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
*** selamat mencuba ***

3 comments:

adda syuhada said...

nak buatlah resepi ni...

Mommy Alma said...

AsSalam

Yummm...terliur la plak, udah le puasa iskkk....
Fav saya ni tp kt rumah, mommy-nya je yang makan, yg lain tidak.

Yanieyusuf.com said...

sedapnya Tamam suji... teringin nak buat sendiri. tq sharekan resepi..

Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)