Followers

Monday, July 27, 2015

Mendaki Rinjani - Lombok, Indonesia - PART 1


Assalamualaikum... alhamdulillah, diberi kesempatan dan masa terluang utk menulis coretan perjalanan trip ke Lombok, Indonesia untuk mendaki Gunung Rinjani. Coretan ini akan sy pecahkan kepada beberapa part. Harap masa tidak cemburu. Moga saya juga boleh memerah keringat ingatan utk diluahkan di sini memandangkan ketika mencoret ini, sudah lebih sebulan berlalu.

Sebenarnya, sy dan kawan2 (Eja, Abg Nuar dan Dya) berhajat hendak mendaki Gunung Kinabalu. Niat dan kehendak itu datang secara tiba2 ketika kami sama2 memanjat Broga suatu hari sebelum itu. Melalui seorang rakan Eja, kami diperkenalkan dengan Wan yg mana kenal dengan malim2 Gunung Kinabalu. Utk mencari Gunung Kinabalu, kena booking dulu. Tak boleh main terjah saja. Jd pada dialah kami harapkan utk uruskan trip mendaki Kinabalu itu. Sedang sembang2, Wan beritahu yg dia dan kawan2nya akan mendaki Rinjani pd bulan 5. (Which is klu ikutkan dlm jadual sy, tarikh ke Rinjani ini seminggu selepas sy pulang holidays dengan Yatie JK1M n Kak D JK1M ke Koh Li Pe dan d pertengahan trip itu sy sudah mendaftar utk event Vyper). Semuanya kena burn!!! Sy lebih teruja utk ke Rinjani kerana sebelumnya sy ada juga google dan melihatan gambar2 keindahan Rinjani. Dan2 itu juga kami bertukar haluan. Dari mulanya trip dlm Malaysia, bertukar trip ke luar negara pula - Indonesia!

Dalam masa +3 bulan itu kami training naik perbagai Bukit dan Gunung setiap  minggu. Gunung Datuk di Negeri Sembilan, Gunung Buah Bunga d Genting Highland, Gunung Irau di Cameron Highland, Broga juga dan lain2. Setiap hujung minggu ada2 saja aktivit kami. Last trainning sy, sy dan Eja menyertai KLTowerthon. 

Dan dalam masa 3 bulan juga, dr kami berempat bertambah 2 orang lagi - Dib dan Izzi. Meriah dan kami jd sangat rapat dan akrab! Talian persahabatan tercipta. Total trip kami 12 orang yg terdiri dari 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Trip kami diuruskan oleh Karatz Adventure. Guide Uncle Rashid sendiri. Keterujaan semakin berganda! Dalam debar, kami rasa tidak sabar menawan puncak Rinjani....

Day 1
KLIA - Lombok International Airport, Indonesia



Flight kami pukul 8++ pg.
 Seawal jam 4 pagi Dib datang ambil d rumah sy dan Izzi. Kami tinggal 1 kawasan - Putra Perdana. Terus ke Putrajaya Sentral. Dib tinggalkan keretanya di sana dan kami akan menaiki train ke KLIA. Semasa di Putrajaya Sentral, Eja dan Abg Nua dah menunggu. Sampai d KLIA masih awal. Memang sengaja sampai awal utk standby. 

Jumpa kawan2 trip yg lain - Wan, Asrul, Ijat, Haikal, Pyan, Niza dan Kak Jijah. Berkenal-2an dan bergambar kenangan. Itu aktivit harus :)

Dalam penerbangan. Sempat wefie :)




Alhamdulillah... penerbangan mengambil masa hampir 3 jam. Kami selamat mendarat di Lombok International Airport. Uncle Rashid sama2 dlm penerbangan kami. Cuma tempat duduknya agak jauh dengan kami. Jadi kami berkumpul setelah turun pesawat. Cek bagasi, beli prepaid hp (rp750,000). Sy tak beli sebab Eja dah ada dapat dr kawannya. Eja on Hot spot saja. 

Sedang elok sampai waktu makan tengahari. Makanya uncle Rashid terus bawa ke kedai makan. Pengalaman makan tengahari yg menyeronokkkan. Hidangan enak. Sampai sekarang dah balik pon teringat2....



Sambal pedas nak !@#$%^& tapi nauzubillah sedap!!!
Habis keluar air hidung dan air mata. Tapi tetap tak henti makan sampai habis.
Adussss sodap! Air ni mcm biasa tp ada juga specialnya.
Air kelapa yg isinya diraut panjang2. Isi banyak. Klu kat sini guna air gula yg warna putih tp kat restoran ni letak air gula merah. Best!!!


Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Sembalun Homestay dengan menaiki sebuah van. Perjalanan yg agak jauh juga. Lebih 1 jam rasanya. Kami melalui seperti jalan kamponglah kalau di Malaysia ni. Rumah2 separuh batu dan papan. Rumah2 kampong. Ada yg cantik tu, memang cantiklah. Ada yg sederhana dan ada juga mcm pondok saja berdindingkan anyaman daun kering. Setiap kali berselisih atau hendak memotong, pemandu akan bunyikan hon. Which is for me, mcm sedikit annoying jugaklah hihiii. Kita di sini klu memandu semau boleh taknak bunyikan hon. 






Ada berhenti sekejap di sebuah masjid untuk kami tunaikan solat Zuhur, buang air atau rehat2 dan kami teruskan perjalanan lagi.




Sebelum sampai Sembalun Homestay, kami berhenti berehat sebentar. Ada 1 warung dan pondok di tepi jalan tu. Kalau nak minum air hangat 3 in 1 rp30,000. (murah juga. rp1j = rm28)  Tak tahu sy apa nama tempat ni. Cuacanya dingin. Permandangannya indah menghijau. Kami ambil kesempatan tangkap gambar mengabadikan kenangan. Entah bila akan dapat ulang kembali ke sini. Entah2 inilah sekali. 





Tak perasan jam berapa... kami sampai di Sembalun Homestay. Di sini pukul 6 petang, bunga2 senja dah mula menampakkan diri. 6++ dah mula gelap dan azan maghrib dah kedengaran di udara. Dan malamnya juga sejuk sekali. Sy tak lekang dengan sweather. Tidur malam pun pakai stoking tebal. Pukul 6++ lebih tu sentuh air pun 'berchenta' rasanya. Punyalah sejuk..........! Tapi mandi juga 3 cebok. Mungkin badan penat, sy tidur awal. Tengah2 malam adalah terjaga beberapa kali. Beralih tempat tidur barangkali, jadi walaupun penat, tidur tak berapa lena. 

pondok tempat makan kami :)

Uncle Rashid tinggalkan kami di Sembalun Homestay. Beliau akan tidur di rumah porter untuk sediakan khemah dan barang2 keperluan yang akan dibawa utk pendakian kami semua esok. Sepeninggalan uncle Rashid, hari masih terang. Setelah letak beg dan golek2 sekejap atas tilam melurus tulang, kami keluar. Nak ambil angin petang sambil tangkap gambar. Suasana kampong tu memang buat kami rasa teruja sangat.

Di homestay tu, kami tinggal 3 orang sebuah rumah. Aku, Eja dan K jijah = 1 rumah. Dib, Izi dan Niza = 1 bilik. Total 4 rumah.












Makan malam... nasi goreng, not bad :)
Penat, perut lapar pulak. Nasi tidak bersalah. Telan saja...

Indahnya malam di sini.... langit dipenuhi bintang! Subhanallah..... sy memang rasa takjub merenung langit. Perasaan ni semacam sangat. Tak tahu macam mana nak ungkapkan dengan kata2... Malam yang sunyi dan damai sekali....

Jumpa di PART 2....
Insya Allah :)

vvv
vvv
vvv
vvv
vvv

http://fizanordin.blogspot.com/2015/07/mendaki-rinjani-part-2.html

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Cantik juga tempatnya yang bernama Lombok ini... :)

Fiza Nordin said...

ye kak cik nur. malamnya merenung langit lebih takjub permandangannya. tak terluah dengan kata2.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)