Assalamualaikum....
Masih belum terlambat utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2015 kepada semua. Maaf Zahir dan Batin. Moga mendapat keberkatan. Semoga dipanjangkan usia bertemu Ramadhan dan Syawal lagi di tahun hadapan.... Amin!
Sama seperti tahun2 yang lepas, kami sekeluarga akan pulang beraya di kampong encik asben di Kg. Rasau, Slim River, Perak. Petang +- jam 4++ kami bergerak pada hari Rabu. Redah saja. Hanya doa dan tawakkal tidak bertembung dengan kesesakkan jalan raya. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Jam 6++ kami sudah selamat sampai ke kampong.
Sebelumnya sempat juga singgah di bazaar ramadhan Pekan Slim membeli juadah sebagai juadah utk dibawa pulang ke kampong.
Actually, kami (saya dan en asben) sama2 yatim piatu. Tiada lagi orang tua. Di kampong tu pun hanya tinggal abang ipar sy (abang en asben) dan isterinya serta seorang anak perempuannya - Tasya. Hanya meraikan kemeriahan beraya di kampong saja yang masih menguatkan semangat kami nak pulang. Kalau ikut2kan malas2 juga. Hari Raya bagaikan sudah tiada makna. Fikirkan anak2 sajalah :(
Kebiasaan, kerja2 memasak utk juadah Hari Raya adalah kerja saya. Dibantu oleh biras2. Tahun ini permintaan en asben mahukan ayam masak merah dan rendang daging. Rebus ketupat mini. Ingatkan nak beli lemang tapi entah terlupa nak order. Dan sememangnya setiap tahun, sy adalah chef di dapur. Sy juga senang sekali dapat menyediakan juadah utama di pagi Aidil Fitri :)
Gambar Kiri: sy bersama biras (adik ipar en asben)
Gambar Kanan: anak dara sy (baby- auni) bersama sepupunya - Tasya.
Keluarga abang ipar.
Yang baju kurung biru, kawan Tasya.
Budak Johor. Kasihan... lambat ambil tiket bas.
Tak dapat pulang ke kampong beraya.
Ya Allah, moga tahun depan kemeriahan ini masih kekal seperti ini.
Malah jika dengan izinMu, tambahkanlah kemeriahannya...
amin!
Dan seperti kebiasaannya juga, sy akan terlupa nak snap gambar masakan. Sebenarnya bila pulang ke kampong, sy dan telefon bimbit jd musuh ketat di sebabkan tiada talian di sana. Jangankan internet, talian telefon pun tak dapat. Sebab kawasan yang agak jauh pendalaman. Dek kerana tiada coverage, maka apabila sampai di kampong, telefon sy siap2 offkan dan letak dlm hand bag. Jd aktivit ambil2 secara spontan2 gambar juga akan sekaligus terhenti.
Layan beberapa keping gambar yang sempat diabadikan. Tahun ini kami 1 family sedondon berwarna ungu. Alhamdulillah, terlaksa juga kehendak hati. Puas ke sana ke mari mencari baju kurung sedondon dengan anak dara. Akhirnya ketemu juga.Dapat pun harganya agak berpatutan. Masih dalam bajet. Syukur sangat.
Wefie Raya :)
Kami balik ke Puchong pada hari Isnin. Bertolak lebih kurang 10++ pg.
Alhamdulillah lagi... perjalanan lancar.
No comments:
Post a Comment