Followers

Wednesday, July 02, 2014

Puding Karamel


Assalamualaikum n selamat sejahtera,
Alhamdulillah selesai sudah iftar kita yg ke 3 semalam... moga segala amalan kita semua diterima olehNya.

Kelmarin sy menunaikan hajat anak dara... nak makan Puding Karamel katanya. Dia memang suka makan puding karamel ni.... 

Tak perlu nak celoteh panjang lebar. Banyak kerja menanti. Saya kongsikan di sini resepinya. Untuk sy rujuk di masa depan dan mungkin untuk anda mencuba :)

Puding Karamel

Bahan A (karamel)
100g gula pasir
2sb air
* masak gula hingga cair dan bertukar warna sedikit coklat. masukkan air. hati2 ye merecik. tutup api dan tuang dalam loyang.

Bahan B (puding)
5 biji telur - gred A
75g gula pasir
1 tin susu cair
1/2 sk esen vanila
* campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk. gaul rata. tuang sambil di tapis ke dalam loyang yg ada karamel tadi.
* kukus 30 minit. 

#Pengukus tu dah dipanaskan terlebih dulu ye..

Dah masak, tunggu sejuk sikit n telangkupkan atas pinggan lebar.

Selamat mencuba :) 

4 comments:

Rizziela said...

sedapnya...blh try balik ni

Wani said...

salam singgah ..selamat berpuasa .sedap puding karamel .. 2 hari lepas ade buat puding karamel tapi letak coffe mate .. lagi sedapp.. :))

Anonymous said...

Nice post. I used to be checking constantly this blog and
I'm inspired! Very useful information specially the remaining section :) I take care of such info
much. I used to be looking for this certain info for a long time.
Thank you and best of luck.

Feel free to surf to my web blog: largest private jet charter

Anonymous said...

Fastidious replies in return of this issue with solid arguments and describing everything on the topic of that.


my web page: private charter plane price

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)