Followers

Thursday, September 11, 2014

Resipi Talam Durian


Yump yump.... sedap! Bau semerbak!

Assalamualaikum n selamat sejahtera pengunjung :)

Jom, takyah celoteh panjang lebaq. 
Saya kongsikan resepi Talam Durian resipi dr Chef Asma.
Resepi ni dimuatkan dlm majalah 'Nourish!' yg sy dapat masa beli Steamer Trio dr beliau.
Tapi masa buat Talam Durian, takle pulak sy guna steamer tu sbb masa tu tgh kukus talam serimuka n lain2 tempahan customer. Sekali jalanla mengukus. Malas nak keluarkan steamer dr kotak.

Aishhhh tadi kate xnak celoteh panjang lebaq kan...???
Hihiii jom3 layan resipi :)

Bahan2 utk bawah:
500g beras pulut - rendam 4 jam
300ml santan
300ml air
2tsp garam

Cara2:
Tapis beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang 10x10x3" bentuk 4 segi.
Lapik loyang dengan plastik saiz 16x16"
Tuang santan yg dah dah digaul dengan garam. 
Kukus 30 minit.

Bahan2 utk atas:
(A)
140g tepung beras
60g tepung ubi
60g tepung gandum
140g gula halus
270ml santan
470ml air
1/4 tsp garam
1/4 tsp alkaline water
2 biji telur

(B)
100g isi durian diblend dgn 100ml air

(C)
1tsp kuning telur
1/2 tsp kuning lemon
1/8tsp pewarna hijau

Cara2:
Campur semua bahan2 A dan tapis.
Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B.
Letak kedua2 pewarna kuning.
Kacau rata.
Masak dalam kuali dgn api perlahan hingga naik wap.
selalu dikacau.

Bahagi 3 bahagian. Ambil 3 sudu besar dari setiap bahagian dan warnakan dgn pewarna hijau.

Tuang 1 bahagian di atas pulut yg sudah dikukus. Titiskan adunan 3 sudu yg diwarnakan pewarna hijau tadi. Lorekkan dengan lidi.

Ulang utk langkah kedua bg adunan kedua n ketiga (habis).
15 minit utk setiap lapisan dan 20 minit utk lapisan terakhir.

Tunggu sejuk betul baru potong utk dapatkan potongan kuih yg cantik.

Nota:
Sy terus letak pewarna kuning lemon saja. Kukus sekali saja 30 minit.

Rajin, silalah buat. 
Tak rajin kalu boleh order je dr sy hihiiii
rm32 seloyang
call/whatsapp 017-3113 226


Wednesday, September 10, 2014

Soner Oven - Gadget baru!


Assalamualaikum n selamat sejahtera...
Setelah sekian lama menyepi, hari ni berblogging lagi.
Lebih aktif d fb. CTapi x tfikir nak berhenti blogging. Ada2 masa akan update juga sini.
Insya Allah :)

Ni nak kongsi dgn pengunjung blog.
Actually dan rembat oven ni lepas raya kelmarin. Barulah sekarang dapat peluang nak share.
Alhamdulillah, diizinkan olehNya, maka dapatlan apa yg dihajati.
Tahu pasal oven ni bila tengok sifoo K Hasnah Saidin guna. 
Biskut yg dibakar nampak cantik. Dan kata Kak Hasnah, boleh masukkan 4 layer sekali bakar dan tak perlu alih2kan loyang utk bagi biskut masak rata.

Beli kat Kedai Bakery Yummie, Bangi.
Rm2200. Sekali datang dengan 4 dulang. Saya beli another 10 loyang tambahan. 
Persediaan.... rm30 1 loyang.
Loyang dia tak sama mcm yg ada2 jual kat kedai bakery tu tau. Loyang ni memang khas utk oven ni.



Walaupun beli dah lepas raya, tetaplah juga merasa melepas daranya dengan bakar biskut raya.
Alhamdulillah, tempahan biskut tak terhenti walaupun lepas raya.

Rasanya oven ni tak sesuai nak bakar kek sbb dia xde pilihan utk hentikan kipas. 
Juga tiada pilihan nak api atas bawah.
Tengok kat gambar oven tu, cuma ada 2 knob. 1 knob utk timer membakar n 1 knob lg utk suhu oven.
Bila on je timer, kipas terus outomatik on. Jadi klu nak bakar kek tu tak sesuailah.
Selalu kalau bakar kek, tak guna kipas yg katanya akan menyebabkan tekstur kek menjadi kering.
Wallhualam, kalau silap minta maaf ye. Kongsikan sekadar yg tahu dengar cerita kawan2 baker je. 
Kesahihannya tak dapat dipastikan.



Ok... cukup dulu utk setakat ini.
Insya Allah jumpa utk next2 entry.

Wasalam.

Wednesday, July 02, 2014

Puding Karamel


Assalamualaikum n selamat sejahtera,
Alhamdulillah selesai sudah iftar kita yg ke 3 semalam... moga segala amalan kita semua diterima olehNya.

Kelmarin sy menunaikan hajat anak dara... nak makan Puding Karamel katanya. Dia memang suka makan puding karamel ni.... 

Tak perlu nak celoteh panjang lebar. Banyak kerja menanti. Saya kongsikan di sini resepinya. Untuk sy rujuk di masa depan dan mungkin untuk anda mencuba :)

Puding Karamel

Bahan A (karamel)
100g gula pasir
2sb air
* masak gula hingga cair dan bertukar warna sedikit coklat. masukkan air. hati2 ye merecik. tutup api dan tuang dalam loyang.

Bahan B (puding)
5 biji telur - gred A
75g gula pasir
1 tin susu cair
1/2 sk esen vanila
* campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk. gaul rata. tuang sambil di tapis ke dalam loyang yg ada karamel tadi.
* kukus 30 minit. 

#Pengukus tu dah dipanaskan terlebih dulu ye..

Dah masak, tunggu sejuk sikit n telangkupkan atas pinggan lebar.

Selamat mencuba :) 

Monday, June 09, 2014

Setelah berkurun tidak update.........


Assalamualaikum, salam sejahtera....
Yuhuuuuu, pekabo??
Sihat2lah hendaknya ye... Alhamdulillah sangat, masih dapat update blog yg dah lama terbiar ni. Bukan tak ingat nak update tapi ade masalah teknikal hingga tak dapat nak p kat 'dashboard'. Fenin lalat berbulan2. Nak tanya kat kengkawan, memalu miow2 plak. Bukan ape, nak xplain pun x reti yg kenapenya blog tu xboleh update. Makanya, terdampar sepilah blog ni sekian lamanya.
Entah macam mana boleh terfikir plak nak snap gambo n buat pertanyaan kat fb. Mujurlah ade kengkawan yg sudi bg feed back. Terima kasih banyak2 pada Pn Love Venistri Senthan yg bagi link. Klik sane, klik sini dan akhirnya terungkailah juga. Tidak dilupakan, terima kasih kepada Seri Kandi Tanah Jauhar (fb).
Tadaaaaa.... SAYA KEMBALI!
Insya Allah, dengan izinNYA dan dengan kerajinan yg x seberapa ini, sy akan update selalu. 
Banyak kisah anak2 yg dah terlepas nak dijadikan kenangan di sini. 

Kita jumpa lagi di lain n3 ye...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)