Followers

Friday, May 04, 2012

Kek Salju Cheese

As salam... Selamat hari Jumaat untuk semua....

Kek Salju Cheese ni sy dah buat 2x sebenarnya. Agak beratur jugak n3 nak update tapi sebab masa yang tbatas, terpaksa delay. Actually sy buat kek ni untuk jualan di cafe TM Innovations di Cyberjaya. Masa mula2 buat adelah asingkan 2/3 potong untuk makan sendiri. Buat kali kedua takdelah. Tekak ni bukan suka sgt makan kek sebenarnya. Cuma bile teringin sgt je... Tapi baking kek suke amat hahaha

Ok, sy kongsikan resipinya di sini. Klu rajin boleh cuba. Klu malas atau takde kelengkapan baking, boleh order dari saya. Sbb kek ni jenis yg dah siap potong2 mcm dlm gambar, amat sesuai klu nak tempah utk sebarang majlis kenduri, birthday dan sebagainya buat hidangan tetamu.


Bahan untuk kek span

500g telur ayam

240g gula kastor

250g tepung naik sendiri

20g ovellete

100ml air

120g butter cair atau minyak masak

1sb esen vanila


Cara2

1) *Sediakan loyang 10 x 10 inc x 3 atau 2 x loyang saiz 10 x 10 inci. Lengser dgn marjerin dan lapik dgn kertas baking. Panaskan oven 175c.

2) Campurkan telur, gula kastor, tepung dan ovellete. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan gebu.

2) Masukkan air dan esen. Putar lagi hingga kembang dan ringan.

3) Tuang butter cair / minyak masak. Kaup balik menggunakan spatula hingga adunan sebati.

4) Tuang adunan dalam loyang dan bakar hingga masak. Cucuk tengah kek hingga dasar menggunakan lidi.

* klu guna loyang 10 x 10 x 3inci - setelah kek masak dan disejukkan, kena potong tengah/bahagi 2 kek. Tapi kalau guna 2 loyang bersaiz 10 x 10 inci, tak perlu dipotong bahagi 2.


Bahan untuk krim cheese

250g krim cheese

120g butter

100g gula kastor

1sb sunquick

30g susu segar

* cheedar cheese utk parut


> satukan semua bahan kecuali cheedar cheese. Putar hingga sebati.


> Setelah kek sejuk, sapu kedua2 permukaan kek dengan krim cheese. Ambil salah satu lapisan kek dan tindankan jadi 2 lapisan. Dgn menggunakan pemarut, parutkan cheedar cheese di permukaan atas kek hingga rata. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba :D 


Published with Blogger-droid v2.0.4

9 comments:

Kakcik Seroja said...

Mewah kejunya. Kalau macam dalam gambar tu, berapa harganya? :)

mama alia adam dhia said...

sedapnyer kakkkkkk...melelah air liur tgk winter sonata tu.... mau naik berat bdn lagi 2kg nih... heheheh thanx sbb berkongsi ilmu....

Fiza Nordin said...

Kak chik,
Terima kasih - rm45 saja :D

Fiza Nordin said...

Mun,
Nnt boleh coba ye...pedulikan kenaikkan berat badan tu...bukan selalu pun hihihiii

Misz-ella said...

Adikkkk .. sedapnya kek. tergoda KC.
pandai adik fiza buat kek eh.

IdaShazana said...

sungguh la hebat...tapi diri sungguh la pemalas nak buat

Fiza Nordin said...

Kak chik ella,
Buat2 pandai je kak chik hihii

Fiza Nordin said...

Ida shazana,
M.A.L.A.S adalah satu penyakit yg tiada ubat....

Anonymous said...

kalau x nak letak ovellete tu blh x??

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)