Followers

Tuesday, September 13, 2011

Cekodok Roti


Selamat pagi Selasa untuk semua...

Yok makan cekodok roti, resipi yang ringkas dan mudah. Dari sebiji ke sebiji masuk mulut. Tak sedar dah tinggal beberapa ketul dan barulah beria nak tonggeng2 tangkap gambo, hihihiii

Aku tak ingat, kat mana aku ade tengok resipi serupa ni. Ape2pun ucapan terima kasih dihulurkan kerana membangkitkan inspirasi untuk buat cekodok camni. Ada yang panggil cekodok, ade yang panggil jemput2, kan... same jelah tu... aku lebih senang panggil cekodok.


Bahan2
Roti
Telur
Hirisan cili merah @ cili api (optional)
Daun bawang @ daun sup (optional)
Udang @ ayam (terpulang)
Serbuk lada hitam / garam / perisa
Minyak untuk menggoreng

Cara2
Carik2kan roti. Pecah telur dan masukkan semua bahan lain. Gaul sebati. Biarkan seketika (+- 15 minit). Panaskan minyak dalam kuali dan gumpal2kan adunan lalu digoreng dalam minyak yang panas. Lapik kitchen paper setelah diangkat dr gorengan supaya minyak dapat diserap. Sedia dihidang.


Sedia dihidang untuk minum pagi dan petang. Cicah sos pun sodap!

Monday, September 12, 2011

Masak Lemak Cili Api Ketam


Lauk minggu lepas sebenarnya ni... nak menghapdet tak sempat. Terpaksalah hapdet hari ni...
Lama sungguh tak makan ketam. Anak2 tengok, terbangkit selera dorang. Tapi disebabkan ketam jugak, dorang sampai tak makan nasi. Nak meratah aje masing2. Tapi agak frust juga... ketam yang kite beli ni tak berapa fresh. Dah lama simpan agaknya. Isinya kureng manis seperti sepatutnya. Eiiii potong stim betui... tapi bolehlah setakat lepas gian dah lama tak mengetam.

Beli 5 ekor saiz sederhana dengan harga RM19. Agak mahal bagi aku, huhuhuuu kedekut ke??? Sekali sekali bolehlah... tengok anak2 makan beria, hilang sebal terkenangkan harganya. Tapi kalau selalu, bengkok mama papa nak oiiii

Kek Karamel Alunan Kasih

As salam dan selamat pagi Isnin semua... harap2 pagi Isnin ni semuanya sihat ye. Tapi tuan rumah ni, tak kata tak sihat, tak juga... nak kata sihat pun tak le gamaknye. Dari tadi asyik sok sek2, bersin sane sini. Huishh, sangatlah tidak selesa...

Tapi hati ada manyak sinang... akhirnya terlaksana juga impian nak mengalun kasih. Sane sini tengok orang buat, jelez sungguh. Tertanya2 dalam hati, napelah kite tak serajin kengkawan yang lain. Bile tengok orang buat, nampak sedap je. Nampak best je... Akhirnya setelah menepis segala kemalasan, terjadi jugalah kejadian kek karamel alunan kasih ini. Walaupun kejadiannya sangat tidak memuaskan hati... tapi kalau sekadar untuk makan sendiri, bolehlah. 

Apa yang tak puas hati tu... gula hangusnya hitam sangat dan terasa pahit sikit.  Mungkin lama sangat kita masak dia. Then bila dah masak kek tu, masa terbalikkan, lapisan karamel yang sudut2 tu melekat kat loyang. Jadi adalah sangat buruk permukaan karamelnya itu. Tidak wajib tayang. Kita tayang bahagian yang dah di outer ajelah. Dah potong syumel2 gitu ek...

Mari kita tengok resipinya. Walau dari mana asal resipinya, siapa pun tuan punya asalnya, kita ucapkan terima kasih banyak2 sebab sudi berkongsi resipi yang marveles ini. Tapi untuk ini, kita ucapkan terima kasih banyak2 pada Kak Ita. Sekaligus minta izin dari Kak Ita untuk men'kopipes' resipinya di blog kita ni. Alhamdulillah...


Bahan A - Gula Hangus :
2 sudu besar gula - tabur gula ke dalam loyang yang akan digunakan untuk membakar kek nanti dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang. Ketepikan.

Bahan B - Lapisan Atas :
½ tin susu cair - boleh tambah kalau nak karamel tebal sikit
70gm gula kastor - saya guna 4 sudu besar rata
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastad

Bahan C - Lapisan Kek :
140gm tepung gandum
70gm gula kastor - saya gunakan 4 sudu besar rata
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D - Merinque
6 biji putih telur
70gm gula kastor - saya gunakan 4 sudu besar rata
1 sudu teh cream of tartar

Serbuk koko secukupnya
Penapis teh yang halus
Pewarna mengikut citarasa - apple green, lemon yellow, pink
Emulco mengikut warna - pandan, strawberry (optional)



Cara-cara :
  1. Campurkan semua Bahan B dan kacau perlahan2. Jangan sampai berbuih. Nanti tak jadi karamelnya. Tapis dan ketepikan.
  2. Campurkan semua Bahan C dan kacau hingga sebati dengan menggunakan whisk sahaja. Ketepikan.
  3. Pukul Bahan D hingga jadi kental dan tidak jatuh bila adunan diterbalikkan.
  4. Campurkan Bahan D ke dalam Bahan C dan kacau hingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan dan masukkan 1 sudu teh emulco untuk setiap warna. Warna hijau + pandan emulco, pink + strawberry emulco. Kacau rata.
  6. Masukkan Bahan B ke dalam dalam loyang gula hangus.
  7. Tuangkan adunan berwarna hijau dan ratakan. Ayak nipis2 serbuk koko di atasnya.
  8. Lapiskan pula dengan adunan berwarna kuning. Ratakan dan ayakkan serbuk koko di atasnya.
  9. Akhir sekali lapiskan adunan berwarna pink dan ratakan. Tidak perlu diayak serbuk koko.
  10. Bakar secara bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) selama 1 jam pada suhu 175oC. 
  11. Bila masak, keluarkan dan rehatkan selama 10 minit sebelum diterbalikkan.
  12. Masukkan dalam petiais selama 1 jam sebeluim dimakan.

Wednesday, September 07, 2011

Jering Sambal Berlada


Jering Sambal Berlada ni sebenarnya n3 tertunggak. Masak masa bulan puasa kelmarin. Alhamdulillah, stok jering tua yang bawa balik dari kampung beberapa bulan lepas dah habis dalam simpanan. Berbagi dengan jiran2 dan makan2 sendiri. Hari Raya kelmarin ada juga kait lagi dari pokok, tapi kakak ipar cayang kite tu lupa nak bekalkan untuk kami bawak balik. Huhuhuuu... tengah sedang elok dibuat ulam pulak tu. Rangup, krup-krap masuk molot.

Ish, takleh hadap pc lelama ni... Mierza kita tu la ni, asyik nak konker pc je... Merengek2 tepi kite nakkan pc sbb nak main game. Aishhhh petanda mama kena beli lappy atau tab agaknye hihihiii alasan takleh blah, kan....! Tapi bajet takde buat masa ni. Kenalah beralah buat sementara waktu. Fenen kalau terus biarkan dia merengek. Make my blood upstair aje! 

Jomlah tengok resipi simple dimple ni...


Bahan2
> Jering tua - direbus, buang kulit dan dibelah 3/4
> Ikan bilis*
> Cili api*
> Bawang kecil*
> Bawang putih*
> Sedikit minyak untuk menumis
> 1/2 cawan air asam jawa
> Garam, gula (opt) dan perasa secukupnya

* - ditumbuk

Cara2
> Tumis bahan tumbuk hingga agak garing.
> Masukkan air asam jawa. Biar merening seketika.
> Masukkan jering. Goreng hingga air asam agak kering dan pekat.
> Perasakan dengan garam, gula dan perisa secukupnya.
> Tutup api dan boleh dihidang dengan nasi panas. 

Terangkat habessss!!!

Tuesday, September 06, 2011

Ayam Percik Ramadhan...


As Salam....

Dari semalam (Isnin) rasanya dah ramai yang memulakan rutin harian. Yang bekerja dah kembali ke pejabat dan yang bersekolah, kembali ke sekolah. Begitu jugalah dengan kita ni... kembali jadi supir anak2... hantar dan ambil anak2 dari sekolah. En hubby pun samelah juga sbb pagi sebelum pergi kerja, hantar anak2 ke sekolah kebangsaan dan petang sewaktu pulang kerja, ambil anak2 di sekolah agama. Begitulah...

Ayam Percik Ramadhan, actually menu berbuka akhir Ramadhan yang lalu. Masa tu dah selamat sampai di kampung halaman en hubby. Dalam sibuk2 menyiapkan rendang dan segala macam tu, harus juga siapkan makanan untuk berbuka, kan... ambil bahagian peha dan kepak saja. 

 

Seperti tahun2 yang lalu, kalau balik kampung, bahagian masak2, kite punye bahagian. Kakak ipar (Kak Lang) bahagian basuh2, siang menyiang, potong memotong. Dia memang tak pegang senduk. Tolong2 kacau atas dapur adalah. Keseluruhan agenda masak2 terpulang pada kita. Ewahhh macam pandai sangat, kan... padahal kite pn masin campak2 aje dalam kuali. Blender2 aje ape yang patut... hihihiiii Tapi alhamdulillah, kejadiannye memuaskan hati.

Tiada resepi khusus untuk ayam percik ni. Dan yang kita buat ni pun tanpa menggunakan santan. Bukan lupa ke hape tapi mmg nak buat kering macam ni je.... jom tengok...

Bahan2
> serai
> bawang besar
> kunyit
> halia
> garam

semua bahan2 di atas diblender halus dan perapkan bersama ayam selama 1 jam. Bakar sehingga masak.




Yang bestnye, ayam ni dibakar secara tradisional. Bukan masuk oven. I like sangat2 dgn kejadian ayam bakar yang macam ni. Selalu pun kalau balik kampung, mesti ade lauk bakar2 macam ni which is klu kat rumah sendiri mmg tak boleh nak bakar membakar secara tradisional macam ni. Maklum saja duduk rumah flat. Ada yang suggest, bakar dalam kuali je... ye, mmg boleh tp rasenye tentu tak se'pure' bakar dgn arang & kayu, kan.... banyak songeh!!!! Hahahahaa....









Tengok gambar2 di atas... inilah yang kita panggil tradisional heheheee... pondok ni memang selalu tersedia untuk agenda bakar2. Kampung en hubby kite tu mmg kampung sungguh. Mase baru2 kawin dulu siap mandi kat sungai lagi sbb takde saluran paip kat rumah. Mula2 tu memang tak biasa. Asal balik kampung, balik KL balik bintat2 badan. Lame2 ok ja...

Dalam macam tadak mood nak menyambut lebaran (tak tau kenape tah...) melemang juga kami. Tu pun adik ipar kite yang tiba2 saja balik dari kedai bawak buluh lemang. Pukul 4 petang start tapi dengan berkat kerjasama, pukul 8++ camtu, dah siap.... Kejadian lemang pun cantik je... tak berkerak langsung. Cukup lemaknya... elok lembutnya. Thumbs up kat en hubby, alang (abang ipar-baju kuning) dan Syea (adik ipar-baju belang). He's single and available hahahaa

Mood nak tangkap2 gambar pun kelaut! Bukan setakat melemang je kami petang hari memasak tu... tapi juga kami buat gelamai. Sejenis kuih yang dibakar di dalam buluh. Lebih kurang macam bengkang tepung. Bila dikenang2 balik kemalasan tu, rase sungguhlah ruginye. Sebab gelamai tu, hari2 biase mmg tak terbuat. Kalau ade umur, tahun depanlah baru buat lagi. Itu pun kalau ada buluh, kalau ada orang nak tunggu tepi api dan ada kerajinan. Hadoiiii!!

Menu2 lain, kite masak rendang ayam kelapa, daging masak kicap kerisik dan kuah kacang ayam. Kuah kacang ayam tu request dr en hubby. Tapi rasenya akan repeat masak dalam masa terdekat sbb katenye tak puas makan. Ayamnye kite letak beberapa ketui saja sebenarnya utk makan2 sendiri tapi kakak ipar (kak lang) secara tak sengaja terjamu pada tetamu pula. Beria pula dia orang makan. hehehee...

Saturday, September 03, 2011

Salam Lebaran....

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



As salam semua...

Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk semua... ampun maaf zahir dan batin dipohon pada kesempatan ini andai selama berblogging di alam maya ini, ada kata2, ayat2 dan teks kite secara sengaja atau tidak telah menyinggung perasaan sesiapa. Maafkan kite ye...

Terlambat kite poskan kad ucapan untuk semua... sejak dari hari Jumaat dah kebizian melampau sampai tak sempat nak on9 pun... ke sane sini, begitu begini... haishhhh macam2lah! Hari Sabtu tu sibuk pula buat persiapan terakhir untuk diri sendiri dan keluarga. Memang macam tahun2 lalu, mencari baju raya last2 minit. Cadang2 nak balik kampung hari Sabtu langsung tak jadi. Sudahnya hari Ahad barulah balik. Mujurlah jalan tak jem. Lebih kurang pukul 11pg bertolak dan sampai di kampung dengan selamat (alhamdulillah...) sebelum azan Zuhur.

Tahun ini untuk pertama kalinya berhari raya tanpa orang tua. Awal tahun lalu, kami kehilangan abah (mertua). Tapi Allah S.W.T. 'pulangkan' pula seseorang yang sebelum2 ni 'serasa dekat tapi jauh' - adik ipar kite yang baru berpisah dengan isterinya. Kalau sebelum ni asyik beraya di sebelah isterinya, tapi tahun ini beraya di sebelah kamilah. Gembiralah en hubby sebab tahun ini dapat mengulang kembali saat gembira berkumpul adik-beradik seperti tahun2 yang lalu. Kalau tak, asyiklah tak cukup korum. Sudahlah adik beradik pun tak ramai - 3 orang saja...

Hari Raya pertama menghabiskan masa ke rumah emak2 saudara, sepupu sepapat sekitar kampung. Mierza ikut kite sementara Boy dan Baby bersama dengan kakak saudaranya (anak abang ipar) beraya dari satu rumah ke satu rumah seluruh kampung. Memang suka sangatlah anak2 dapat beraya begitu. Memang bebas sungguhlah dia orang. Dah tengahari baru nampak batang hidung. Itu pun ada hati nak keluar lagi, tapi dilarang en hubby. Hehehe... kalau tak dilarang, maulah terus beraya sampai ke petang.

Hari Raya kedua kami berhari raya ke Tanjung Malim, rumah kawan2 bekas sekolah en hubby. Anak2 tak ikut. Membujang saja kami berjalan. Anak2 sibuk nak ikut kakak ipar. Taknaknye ikut mama papanye. Hemp... ikutkan sajelah... kakak ipar kite pun jenis suka nak melayan budak2. Dia sendiri pun takde anak. Yang ada tu anak angkat dan dah besar pun (tingkatan 1).

Hari Raya ketiga, pukul 11pg bertolak ke Bota, Perak. Dah berjanji dengan kakak2 kita akan berkumpul di Changkat Chermin - rumah Achik Ya (adik arwah apak). Kakak tiri kita yang tinggal di Penang pun akan turun dan berkumpul di sana. Perjalanan yang agak jauh juga tu. Pukul 2++ barulah sampai. Kakak2 kita (mak Ina & kak yong) dah sampai masa tu. Dah petang sikit, bergerak ke rumah Kak Pozi (kakak tiri) di Gelung Pepuyu. Then ke rumah mak we (kakak arwah apak) di Bota Kiri. Dah malam sangat... Kakak kite yg dari Penang balik ke rumah Achik Ya untuk menumpang tidur. Kak Yong dan Mak Ina masing2 balik ke rumah mertua. Kite...? Memang tak berhajat nak terus balik ke KL, penat!!! Sudahnya kembali ke rumah Kak Pozi di Gelung Pepuyu untuk tumpang tidur.

Hari Raya Keempat, lebih kurang pukul 10pg bertolak balik. Ikut jalan lama sampai ke Behrang, barulah keluar highway. Kereta tak banyak sangat. Perjalanan smooth aje.... berhenti makan di R&R Ulu Bernam. En hubby suka makan Zul Mee Kari which is owner itu adalah bekas kawan sekolahnya dulu. Dan 1 kedai di situ - Ali Kopitiam itu juga adalah kawan sekolahnya. Masa raya kedua, kami beraya ke rumah Ali di Tanjung Malim. :D Rumah baru yang besar (banglo... tentulah besar, kan...). Design rumah yang kite impikan juga tu. Suka yang ada step2 gitu... owh..... :))

Saat entry ini ditaip, kain baju pun dah settle basuh dan jemur... cuma nak kemas rumah serba sedikit dan lepas itu bolehlah terima kunjungan tetamu (kalau ada yang sudi bertandang) dengan senang hati...

Salam lebaran untuk semua :D


Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)