Followers

Wednesday, June 29, 2011

Kuching Sarawak - Part 8 (The Spring, Kuching Int. Airport & Arrived)


As salam,

Masih berhutang 1 n3 (last n3) tentang holiday kami di Sarawak kelamarin. Ye, ye, aku tahu... dah basi cerite tu... tapi untuk rekod blog ini, aku lunaskan jugaklah... kalau ikutkan memang dah banyak yang lupa tapi aku cuba recall mane2 yang boleh, Insya Allah :)

Masa ketika makan petang + dinner kat Raja Ayam Penget, hujan turun dengan lebatnya. Hinggakan memaksa kami pindah meja sebab tempias. Dah selesai makan pun, hujan masih turun. Blur nak ke mana. Disebabkan hujan, banyak rancangan terpaksa dibatalkan. Flight masih lambat. Memang kena singgah mane2 dulu dari terus melangut kat airport. So, Norlyn's decide p kompleks beli-belah The Spring. Kompleks yang masih agak baru dibuka dan kalau tak silap, ianya merupakan kompleks terbesar di Sarawak (betulkan klu sy salah).



Masuk dalam kompleks tu, tiadalah nampak apa2 yang istimewa pun. Sama saja macam kompleks2 beli-belah kita di sini. Tak nampak apa2 yang menarik. So kami just jalan2 je la menghabiskan waktu. Lepak2 & snap sane sini. Nak ke food court, perut pulak kenyang. Kalau ada jual junk food, bolehlah juga lepak2 sambil ngunyah, tapi tak jumpa pula stall tepi yang jual junkfood. Jadinya meredha ajelah kami berdua laki bini. Norlyn & Nushkha ntah ke mane. Memang kami berpisah & janji akan jumpa balik pada waktu dijanjikan. So, lebih privasi nak bergerak.

Masa tengah lepak2 tu dpt sms daripada firefly mengatakan flight kami delay due tu weather... huhuhuuu mujurlah tak lame... klu tak silap 20min camtu. Oklah....

Pukul 8mlm camtu, kami jumpa balik Norlyn & Nushkha di tempat yang dijanjikan. Lepak2 sekejap ambil angin kat luar kompleks. Tengok remaja2 anak Sarawak yang keluar masuk kompleks. Agak bosan jugaklah masa ni.... tapi xtau nak buat apo....


Kurang 9 mlm, kami dah sampai airport. Kereta sewa kami serahkan pada Norlyn untuk serahkan semula nnt. Memang kami beri kepercayaan penuhlah pada dia. Alhamdulillah hingga sekarang, takdelah apa2 hal berbangkit yang timbul. Maknanya, budak tu memang boleh dipercayai dan boleh diharap. And of cozlah, kami berikan sedikit tips untuk dia. Juga pada Nushkha. Terima kasih, banyak2!



Kaunter utk check in belum buka tapi troli dan beg dah beratur panjang kat depan kaunter. Rombongan mak2 datin dah berkumpul kat tempat duduk yang disediakan. Riuh dengan anak2 (cucu2 sekali kot...). Lepak2 teringat pulak Banana Fritters Cheese yang aku tapau kat Restoran Ayam Penget Raja. Buka2 dah lenyo. Sebab pisang tu panas2 ditutup dgn bekas polisterene. Tak selera aku nak makan. Jadi aku kuis2 cheese aje. Selebihnya masuk tong. Bazir!!!

banana fritters cheese yg masuk tong. tapi tang cheese tu, masuk perut aku hehehee

Encik hubby punye hal, sibuk suruh wrap beg. kononnya takut barang2 dlm beg besar POOH tu tergolek2. Hambek, kena charge sampai rm25. padahal dia sendiri yang dah susun baik2 & padat2 dalam beg POOH tu. Kiranya potensi brg2 pun nak tergolek mmg takdelah patutnya. Ceh, u ni bang!!!

Bila kaunter check in dibuka, timbang2 berat barang dah lebih dari sepatutnya. Masa booking tiket kat internet aku ambil 15kg. Masa check in lebih 11kg. So kena caj rm170 (klu tak silap) Ohohohoooooooo!!!! Menshoping tak hingat, kan???!!!

selamat tinggal kuching... ada rezeki kami datang lagi...

Masa dalam flight, barulah terasa penat seharian tu ke sane ke mari. Tapi nak tidur, mata takleh lelap. Jadinya memandang keluar ajelah... tapi apelah yg nampak melainkan golap gelito yo... kena pulak, seat dekat sayap. Tengok ajelah hujung sayap tulisan 'firefly' tu bergerak2 melanggar angin. Hahahaha!!! En hubby ku, jangan cakaplah. Dia, kat mana2 pun boleh lelap. Walaupun katanya tidur2 ayam, konon!!!

Kapal terbang yang akan bawa kami. Nampak aerobridge tu-sedang bergerak mendekati exit door.


'akak' flight attendant yg sedang beri penerangan sblm berlepas...

B4 naik flight, sms kakak aku suruh standby kat KLIA 1 1/2 jam dari departure time. Memang masa keluar aje dr pintu tu, dah nampak kereta kami yang dipandu oleh abang ipar aku menunggu kat tepi jalan.

Baby & anak2 buah yg terjaga masa kami sampai rumah...

Alhamdulillah, percutian kami selamat pergi dan selamat kembali.

Kuching, panjang umur dan murah rezeki, kami sampai lagi nnt - Insya Allah :D

bonet kereta yg penuh mampat. masa ni dah nak balik rumah dr rumah kak yong...

4 comments:

Rosmaniza @ Ogy said...

ingatkan udah TAMAT..ropernye ada sambungan lg..hehehe

Fiza Nordin said...

ogy,
keh3 tak lupa tp liat nak menyudahkan.pasni kang nak cerite psl holiday lain lak, klu jadi tu....

kak ina kl said...

best baca pengalaman kamu kat sana..rasa cam nak pergilah pulak

Fiza Nordin said...

k ina kl,
thanks sudi baca n3 tertunggak ni... jalan2 malaysia!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)