Followers
Friday, October 31, 2008
Wantan Mee Kicap
Hari ni hari Jumaat. Malam en somi main badminton. Kalau dia main badminton tak leh masak nasi. Nanti perut dia kenyang, dia main badminton termengah-mengah. Aku pun tak sudi nak masak nasi sebab kalau masak mesti nasi tak habis. Bila nasi tak habis, lauk pun tak habis. Dan bila lauk dan nasi tak habis... aku sakit hati! Mulalah nak bebel satu rumah dan penyakit M senang sangat menyerang keesokkan harinya.
Jadinya hari ni masak mee. Menunye Wantan Mee Kicap.
Kalau sesiapa ada perasan, aku ada tinggal pesan kat Cik Mat Gebu bertanyakan resipi ni sebab Boy (anak yg sulong) suka sangat makan Wantan Mee Kicap ni. Sampai suruh mama dia belajar buat. Hehehe anakku... Cik Mat Gebu ada bagi link kat Merpatiputih66 tapi b4 that aku dah search resipi ni dan dapat dari resipidiana. Bila compare2kan antara dua resipi ni, akhirnya daku memilih untuk membuat resipi dari resipidiana.
Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/t minyak bijan
1 s/t kicap cair
1 gumpal mee wantan
1 s/b sos abalone (aku guna sos tiram)
1 s/t kicap cair
1/4 cwn air rebusan ayam
secubit serbuk lada putih
garam secukup rasa
sayur pak choy - direbus
Cara untuk menyediakan ayam
- Ayam direbus. Angkat dan celupkan dalam besen air sejuk. Proses ini adalah untuk menampakkan cantik pada kulit ayam. Toskan betul-betul. Setelah itu letakkan minyak bijan dan kicap cair. Sapukan ke seluruh ayam. Perapkan selama lebih kurang 10 minit atau lebih. Gorengkan dengan minyak yang panas.
Cara untuk menyediakan mee
- Didih air. Celurkan mee wantan. Angkat dan tos. Lalukan di bawah air sejuk. Tos lagi. Campurkan sos abalone, kicap cair, air rebusan ayam, serbuk lada putih dan garam. Masukkan mee wantan dan gaul.
Angkat dan dihidangkan bersama ayam dan sayur.
Tempura Udang
Eksperimen petua Hana.... Hehehe... Kalau sebelum ni nak buat udang goreng tepung aduhai bercinta sungguh. Malaszzzz tahap dewa. Buat beria tapi makan sikit je sbb geram tgk udang tu percikkan minyak. Penat sungguh kene mop lantai satu dapo (wlupun dapo ku kecik je, hehehe). Bila ngadu kat Hana, Hana bagi petua dan semalam praktikkanlah. Betuiiii... tak merecik. Udang itu digoreng seperti kita meggoreng telur dadar je...
Resipi ni resipi dari kotak bread crump dan diubah sikit. Jom tengok...
Bahan-bahan
* Udang
* Tepung Jagung secukupnya
* 1 biji Telur
* Bread Crump secukupnya
* Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
* Udang dibuang kulit dan kepala. Tinggalkan ekornya saja. Bersihkan dan tos sekejap. Ambil kain bersih dan bungkuskan udang tu. Golek-golek manjakan udang tu dalam kain bersih. :-))
* Panaskan minyak dalam kuali.
* Golekkan udang dalam tepung jagung. Celupkan dalam telur dan golekkan pula dalam bread crump. Goreng hingga kekuningan.
Sambal Ketuk Kuinin
Emppp...ada tak yang terliuq tengok sambal ketuk kuinin ku ini? Hehehe...ni buat semalam. Cicah dengan sayur bayam masak air. Pehtu bila nasi dah abis dalam pinggan dok cicah tempura udang yang masih berbaki. Semalam makan tak tinggal lauk. Habis semuanya. Senang juga. Basuh pinggan sekali semuanya. Terus kemas meja makan. Hehehehe
En. somi ni kalau lauk camni memang laju. Tekak orang kampung le katekan. Padahal duk KL dah lama....
Nak letak resipi jugak ke? Okeylah... tapi sume sukatan ikut gerak hati sendiri la ye. Sebab apa-apapun bergantung pada besar dan banyaknya buah kuinin tu.
Bahan-bahan
Cili merah
Cili api
Belacan
Buah Kuinin/Bacang ke Macang???
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Tumbok cili api hingga lumat. Masukkan cili merah yang dibuang bijinya. Lepas tu masukkan belacan. Tumbuk sebatikan tiga bahan ni. Bolehlah masukkan kuinin yang dah dibuang kulit dan di raik2 nipis. Perasakan dengan garam dan gula.
Wallahhhhh!!!
En. somi ni kalau lauk camni memang laju. Tekak orang kampung le katekan. Padahal duk KL dah lama....
Nak letak resipi jugak ke? Okeylah... tapi sume sukatan ikut gerak hati sendiri la ye. Sebab apa-apapun bergantung pada besar dan banyaknya buah kuinin tu.
Bahan-bahan
Cili merah
Cili api
Belacan
Buah Kuinin/Bacang ke Macang???
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Tumbok cili api hingga lumat. Masukkan cili merah yang dibuang bijinya. Lepas tu masukkan belacan. Tumbuk sebatikan tiga bahan ni. Bolehlah masukkan kuinin yang dah dibuang kulit dan di raik2 nipis. Perasakan dengan garam dan gula.
Wallahhhhh!!!
Lapis Roti Berdaging
Akhirnyaaa... kini pasti... hahaha! sumbangla lagu kak nita!
Masa tengok laporan kat MyR resipi dr kak Umi-e ni... terkesuma sungguh. Pehtu g jalan2 umah Hana pun nampak Hana buat. Emppp sedapnyeeee nampak.
Tapi disebabkan masa tu tak sihat sbb selesema jadi projek lapis roti berdaging ni terpaksa dipospon hinggalah semalam.
Buat ini untuk breakfast. Sangat sedap.... thanks pada kak umie. Tapi saya tak pakai cheese mozarella tu. Cheese mahai tu jarang2 sgt ada dalam peti besiku kat umah ni. Pakai slice cheese je. Jadi takdela adegan tarik menarik masa potong tu. Rasa macam potong kek plak. hahahaha! Lagi satu saya tukarkan daging cincang kepada ayam cincang jenama Ramly. Sebab kalau daging somiku banyak songehhhh...
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
- 3 biji kentang di potong dadu
- 500gm daging cincang
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar serbuk kari
- 3 sudu makan minyak untuk menumis
- 12-14 keping roti
- 500ml susu segar
- 3 biji telor
- secubit garam
- Parutan cheese (banyak ikut suka)
- Sedikit margerin untuk melenser
1) Blender bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak. Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan daging cincang, ubi kentang dan serbuk kari. Masak hingga air daging kering dan kentang empuk.
2) Satukan tlur, susu segar dan perasakan dengan garam. Masukkan roti dan ramas-ramaskan agar sebati dengan bahan cecair.
3) Lenserkan loyang/bekas tahan panas dengan marjerin. Masukan sebahagian adunan roti dan ratakan keseluruh loyang. Kemudian lapiskan dengang 1/2 adunan inti. Lapiskan lagi dengan adunan roti dan seterusnya. Lapisan paling atas adalah adunan roti.
4) Taburkan dengan cheese.
5) Bakar 30-45 minit atau hingga tidak melekat di lidi.
Award Dari Kak CT & Cik Mat
Ucapan ribuan terima kasih pada Kak CT dan Cik Mat sebab menyenaraikan namaku untuk menerima award ini. Maaflah sebab lambat ambil dan lambat tepek kat sini. Bukan tak sudi tapi bz tahap dewa. Hehehehe...
Lagipun bila difikir2kan "tak apalah... nanti pindah umah baru baru g amik award dari Kak CT." Wallllaaaahhhhhh... begitu berseri umah baru ku ini kak... dengan tertepeknya award pemberian akak nih. So kalau akak dan CM berhajat nak bagi award atau hadiah lagi... jangan lupakan daku ye... huahuahuaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
My Cute Banner