Followers

Wednesday, June 08, 2016

Rendang Daging


Assalam, semalam den merondang hiihiii
Sebenarnya hajat nak merendang ni dah dekat sebulan. Tapi terpendam je. Daging dalam freezer pun sejuk beku je lah sejak sekian lamanya. Macam2 halangan yang tak munasabah pun. 90% sebab malas. Selebihnya sbb nak tunggu guna gadget barulah... itulah, inilah. Hemp... macam2!
Tapi alhamdulillah, terlaksanalah sudah niat di hati.
Cerita pasal gadget baru, nanti-nantilah kita review ek. Gadget pun masih duduk dalam kotak lagi tu ha...

Resipi rendang camni pertama kalilah buat. Cewahhhh, macamlah selalu sangat merendang, kan...

Aku agak suka jugaklah dengan rendang camni. Warna kejadian dia pun agak menggoda pandangan mata juga. And semalam ada jugak tanya encik asben, nanti raya rendang ini jadi salah 1 juadah dan dia kata ok, not bad!

Wow, baru nak masuk 3 hari puasa ni dah berkira2 juadah untuk raya, uolls!!! hihiii
Berhajat dan berangan tu free, kan. So apalagi... ;) N masih belum terlewat juga nak ucapkan SELAMAT BERPUASA untuk semua.

Okeh, jom check it out the recipe. 
Aku dapat ni dr Tuan Khairul Hakimin Muhammad yg beliau share kan resipi serta langkah demi langkah di Facebook. Mudah yakmat!

Bahan-bahan:

2kg daging lembu / boleh juga tukar kepada 2kg ayam. 
5 inci halia muda** 
1 inci lengkuas** - aku tak guna
3 inci kunyit hidup**
3-5 biji cili merah**
Segenggam cili padi **
2 biji bawang besar**
5 ulas bawang putih**
3 sudu besar cili kisar
2 helai daun kunyit
3 batang serai
1 cawan santan pekat - aku guna susu cair 
2 sudu besar kerisik
3 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/4 gula kabong atau 1/4 cawan gula melaka
Garam secukup rasa.

Cara-cara:
1. Blend semua bahan bertanda * dengan 1/2 cawan minyak masak.
2. Panaskan kuali dgn sedikit minyak masak.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
4. Campak kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau sekejap dan masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. Pastikan dia betul2 pecah minyak sbb ada guna lengkuas tu. Takut ada perut yang tak tahan.
5. Masukkan daging. Biarkan merenih sebab daging akan mengeluarkan air. Biarkan seketika.
6. Masukkan serai yang dititik. Masukkan juga santan dan kacau rata.
7. Apabila pes sudah memekat, boleh masukkan daun kunyit dan kerisik. 
8. Dan nampak pecah minyak sikit, masukkan gula kabung.Secret weapon nak bagi lemak manis rendang tu, kata tuan punya resipi ni. Hancur2kan sikit supaya dia cepat larut dlm masakan tu. Perasakan juga garam.
9. Rasa, daging dah cukup empuk atau belum. Kalau masih belum empuk, teruskan memasak dgn api kecik 10-15 minit. 

Ok, selamat mencuba.

No comments:

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)