Followers

Thursday, June 09, 2016

Cooling Rack - Toy Baru


Assalamualaikum... Ramadhan hari ke 4. Alhamdulillah, in sha Allah, hingga ke penghujung hari untuk hari ni.

Salam sejahtera :)

Ni la ada nak kongsi. Nak buat kenangan juga untuk diri sendiri. Dekat2 nak raya ni memang tray akan bersepah2... atas kerusi, atas meja. Habis sampai ke atas meja kerja encik suami pun susun tray. Bila dia balik kerja n buat kerja dia, meja dah tersusuk tray... memang kena sound lah setepek. Maka tersipu2lah I mengalihkan tray2 itu. Kihkihkihhh

Masalahnya dengan tray oven soner ni. dia tak bertebing, Jadi tak boleh nak susun bertingkek-tingkek. Kena letak merata. Huhuu

Makanya berusahalah menempah cooling rack ni. Tempah kat kedai besi je uolls... Harga lebih murahlah berbanding yang dijual di kedai bakeri dan kedai peralatan tu sume. N ofcozla kualiti besi berbeza. Ni guna besi, bukan stainless steel. Tapi okla kan... asal ada jasanya untuk aku, alhamdulillah dah!

Harga rm180
10 tingkat.
gab 4inc setiap tingkat.
Minta letak roda, senang nak alih2 kotla nak dialih2kan.

Hah, gambar bawah ni hakak velanja sekeping gambo tray dengan isiannya. Dalam tu Double Choc Cookies nama dia. Menunggu untuk di bako. Ni antara biskut jualan hakak diknon. RM25/45pcs. Promotelah sekali, alang2kan... sorry, tak boleh pos. Kot ada yg berkenan nak ngoder, boleh wasap hakak 017 3113 226. Sekitar Puchong dan berdekatannya. Yang boleh ambil sendiri atau jumpa di meet point, kotla hakak ade nak g kawasan berdekatan korang...

okbaiiii!


Wednesday, June 08, 2016

Rendang Daging


Assalam, semalam den merondang hiihiii
Sebenarnya hajat nak merendang ni dah dekat sebulan. Tapi terpendam je. Daging dalam freezer pun sejuk beku je lah sejak sekian lamanya. Macam2 halangan yang tak munasabah pun. 90% sebab malas. Selebihnya sbb nak tunggu guna gadget barulah... itulah, inilah. Hemp... macam2!
Tapi alhamdulillah, terlaksanalah sudah niat di hati.
Cerita pasal gadget baru, nanti-nantilah kita review ek. Gadget pun masih duduk dalam kotak lagi tu ha...

Resipi rendang camni pertama kalilah buat. Cewahhhh, macamlah selalu sangat merendang, kan...

Aku agak suka jugaklah dengan rendang camni. Warna kejadian dia pun agak menggoda pandangan mata juga. And semalam ada jugak tanya encik asben, nanti raya rendang ini jadi salah 1 juadah dan dia kata ok, not bad!

Wow, baru nak masuk 3 hari puasa ni dah berkira2 juadah untuk raya, uolls!!! hihiii
Berhajat dan berangan tu free, kan. So apalagi... ;) N masih belum terlewat juga nak ucapkan SELAMAT BERPUASA untuk semua.

Okeh, jom check it out the recipe. 
Aku dapat ni dr Tuan Khairul Hakimin Muhammad yg beliau share kan resipi serta langkah demi langkah di Facebook. Mudah yakmat!

Bahan-bahan:

2kg daging lembu / boleh juga tukar kepada 2kg ayam. 
5 inci halia muda** 
1 inci lengkuas** - aku tak guna
3 inci kunyit hidup**
3-5 biji cili merah**
Segenggam cili padi **
2 biji bawang besar**
5 ulas bawang putih**
3 sudu besar cili kisar
2 helai daun kunyit
3 batang serai
1 cawan santan pekat - aku guna susu cair 
2 sudu besar kerisik
3 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/4 gula kabong atau 1/4 cawan gula melaka
Garam secukup rasa.

Cara-cara:
1. Blend semua bahan bertanda * dengan 1/2 cawan minyak masak.
2. Panaskan kuali dgn sedikit minyak masak.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
4. Campak kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau sekejap dan masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. Pastikan dia betul2 pecah minyak sbb ada guna lengkuas tu. Takut ada perut yang tak tahan.
5. Masukkan daging. Biarkan merenih sebab daging akan mengeluarkan air. Biarkan seketika.
6. Masukkan serai yang dititik. Masukkan juga santan dan kacau rata.
7. Apabila pes sudah memekat, boleh masukkan daun kunyit dan kerisik. 
8. Dan nampak pecah minyak sikit, masukkan gula kabung.Secret weapon nak bagi lemak manis rendang tu, kata tuan punya resipi ni. Hancur2kan sikit supaya dia cepat larut dlm masakan tu. Perasakan juga garam.
9. Rasa, daging dah cukup empuk atau belum. Kalau masih belum empuk, teruskan memasak dgn api kecik 10-15 minit. 

Ok, selamat mencuba.

Sunday, June 05, 2016

Biskut Raya 2016

Assalam, salam sejahtera...

Jom check out Biskut Raya 2016 yang ada dijual di Fiza-On9booth.
Kepada yang berminat nak mendapatkan boleh whatsapp 017 3113 226. Lokasi sy di Putra Perdana, Puchong. Bagi korang yang berdekatan atau yang senang nak jumpa/ambil, jomlah cuba dan merasa biskut yang sy jual ni. In Shaa Allah, sedap2 belaka. Huhuu



Agar-Agar Kering
Pelbagai warna-warna ceria!
rm30/1kg
rm16/500g
*boleh POSLAJU/KURIER*
- harga di atas tidak termasuk kos pos -


Double Choc Cookies
rm25/45pcs
Menggunakan coklat Kandos.
Maaf, tak boleh POSLAJU/KURIER, melainkan anda sanggup terima bungkusan dengan rela hati apa juga keadaannya. Faham-faham sajalah :(


Choc Hazelnut Cookies
rm25/90pcs
Biskut berinti coklat hazelnut cair yang crunchy.
Bertahun dah jual biskut ni. Setiap tahun, ada pelanggan tetapnya.
*BOLEH POSLAJU/KURIER*
.
.
.
.
.

Sebarang Pertanyaan/Tempahan, whatsapp

017-3113 226 
(Fiza)

Terima kasih.

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)