As salam dan selamat berpuasa untuk semua kawan2 yg beragama Islam.
Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke 3 kita berpuasa. Semoga dipermudahkan segalanya, amin!
Dan alhamdulillah, hari ini juga dpt menyambut ulang tahun yg ke 6 tahun untuk si bongsu - Mohamad Mierza Isqandar. Minggu lepas 4hb Julai, ulang tahun anak dara - Auni Batrisya Irdina yg ke 10 tahun. Dan semalam, 11hb Julai birthday anakanda sulong, Mohamad Syahmie Isqandar yg ke 12 tahun.
DIA yg mengatur segalanya. Sy dan suami tak pernah merancang pun nak bersalin bulan 7 semua. Dan DIA juga merancang arwah mak - Allahyarhamah Zainah Binti Omar kembali ke rahmatullah sehari sebelum ulangtahun anak sulung iaitu 10hb Julai 2009. Tahun ini genap 4 tahun arwah mak meninggalkan kami. Semoga arwah mak tenang di sana dan ditempatkan bersama mereka yg beriman, amin! Al-Fatehah utk arwah mak...
Alhamdulillah sekali lagi... dipanjatkan kesyukuran dikurniakan anak2 yg aktif Ya Rabbi.... yg sihat tubuh badannya. Semoga terus membesar menjadi anak2 yg baik, bijak dan berguna dunia dan akhirat, sayang2ku. Doa mama mengiringi langkah kalian hingga hembusan nafas mama yg terakhir. Amin!
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!
Mama sayang anak2 mama!