Followers

Tuesday, September 05, 2017

Percutian Pulau Pangkor

Assalamualaikum.. tiba2 terasa nak memorikan holiday terbaru kami pada Hari Merdeka dan Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Ada masa sikit nak duduk hadap laptop. Jadi tak nak lepaskan peluang ni. Jom!

Day 1 - 31.8.2017

Selamat Hari Merdeka, Malaysian! 

Kami bertolak dari rumah - Putra Perdana, Puchong lebih kurang pukul 6pagi. Walaupun perancangan awal nak bertolak pukul 5pagi. Tapinya jam 5pg baru terjaga dari tidur. Hihii Biaselah... I is Melayu hahaa

Berhenti breakfast kat Restoran Jejantas. Jalan dan start bergerak perlahan. Kereta banyak. Tapi alhamdulillah, rezeki... senang je dapat paking kat Restoran Jejantas tu. Sebab banyak kenderaan, kami susur keluar ikut Rawang. Konon nak ikut LATAR hway. Sebelum ni tak pernah guna hway ni. Tapi agak memeranjatkan sbb rupanya dari PLUS masuk ke LATAR tu pendek je jalannya. Tapi... tapi lagi hahaaa tol 2x dah... rm2++ setiap 1 toll tu. okla... bayar je lah. Banyak bunyik lak kannnn

Kami keluar susur Ijok... ikut jalan lama melalui Kuala Selangor Sungai Besar, Sabak Bernam semua tu. Agak familiar jugaklah kami dgn jalan ni sebab dedulu kala mmg ikut jalan ni sbb kakak aku yg sulung duduk Sabak Bernam. Perancangan perjalanan, sampai Simpang 4, Bagan Datok kami ke kanan menghala ke Jambatan Seberang Perak. 

Secara peribadi, aku dan pak encik suami kurang suka ikut jalan ni sbb banyak trafik lite dan keadaan jalan pun tak berapa cun. Takde pilihan, redah ajelah.

Tup2 sampai jambatan tu, jambatan tu tutup daaaa... update kat fb, ada la 2 3 kekawan bagitau dah kian lama tutupnya dan dah uar2kan di fb pun. Ok, tang tu terlepas pandang uolsss... Nak tak nak kenalah memusing ikut Kg Gajah. Jauh ke tak jauh... kena hadaplah jugak kan. Senang2kan hati, nyanyi2 dalam kereta. Lagu jiwang hokey, takdelah lagu raya keluar kat radio. Sampaikan anak sulong tanya... Hahahaa

Alhamdulillah, sampai Jeti 12++ tengahri. Kereta kami parking kat dalam Sekolah Methodist berdekatan situ. RM10 semalam. Macam berbaloi jugak. Yang penting rasa lebih selamat.
Beli tiket feri 4 dewasa/ rm14 seorang dan 1 kanak-kanak /rm5. Total up rm61. Tiket ni utk pergi dan balik ye. Bukan sehala. 


Sampai jeti Pangkor, naik van pink yang sangatlah sinonimnya dengan Pangkor ni kan... rm18 seperjalanan ke resort kami menginap.

Okeh, kami menginap di Seaview Pangkor Resort, Teluk Nipah. Bila dah sampai sini, barulah tahu yang Seaview ni ada 2. Satu di Pasir Bogak. Yang tu memang betul2 depan pantai. Harga pun, faham2 ajelah. Yang kami punya ni... nama ajelah 'seaview' tapi tak pandang laut punnnn... duduk di belakang resort orang pulak - Hornbill Resort (klu tak salah nama). 

Anak dah besar2 kenalah ambil bilik Deluxe. 1 katil queen dan 1 single. Percutian bajet, berasaklah sikit. Tapi pun sebenarnya dan cukup selesa utk kami yang marhaen ni. huhuuuu
Aku tempah resort ni melalui Agoda. Murah sikit berbanding yang lain. Terus bayar melalui bank transaction. Sampai kat reception bayar rm50 sebegai deposit dan dipulangkan masa cek out. 3 hari 2 malam - rm321.




Sampai bilik, rehat2... Bilik agak kecil. Almari baju pun tarak oiiii. Eh, bukan merungut... bagitau saja. hahahaaa! Mierza dah tak sabar nak terjun pool. Tang ada pool ni memang penyejuk hati. Dapat bilik pun depan pool. Dan aku memang request nak tingkat bawah. Resort ni 2 tingkat tau. 

Dah petang sikit tu... Boy nak mandi laut katanya. Encik Sofie pun ok je nak cari2 makan. Sepanjang perjalanan tadi kami kenyang makan kudap2 je. 

Encik Sofie nampak cekodok bawang. Dia beli rm3. Nampak cantik... tapi tak boleh nak makan sbb cekodok itu serap minyak teramat sangat. Takut nak masuk mulut hahaaa. Dia nampak pulak rojak ketam. Nak try katenye. Aku pergila beli rm20 ok. Tapi sayang juga tidak memenuhi selera. Betul2 aku rasa mereka ni berniaga main2 je. Asal dapat duit je. Geram aiii!
Baby nak nasi goreng. Alhamdulillah, nasi goreng sedap. Terima kasih banyak2 sediakan nasi goreng yang sedap dan banyak rencah - udang dan sotong!


Sunset kami di tepi pantai. Alhamdulillah... diberi peluang bercuti. Bersama keluarga. Dimurahkan rezeki untuk berbelanja, menggembirakan hati sendiri dan anak2. Nama pun selama ini berkerja untuk keluarga, untuk anak2... DIA tunaikan :D



Ya Allah, lindungi anak2ku... Jadikan mereka insan yang berguna... dunia dan akhirat, amin!

Malam tu, sambil tengok2 tv, tertidur masing2. Makanya takdelah keluar makan keluarga. Petang tu pun dah makan macam2. Sebenarnya perut masing2 memang jenis behave. Kudap2 aje pun dah boleh kenyang sampai ke malam.

Tapi aku dan encik suami je la keluar malam tu. Ala2 dating gitu la... 12 tghmalam makan nasi uolsss. Aku telan tanpa rasa bersalah. Dalam hati menangis, siapa tahu??? Hihiii


DAY 2 - 1.9.2017

Selamat Hari Raya Aidil Adha!
Sayu2 hati dengar takbir berkumandang....

Breakfast kami, aku panaskan nasi goreng kampong yang aku beli malam semalam. Beli 2 bungkus. Oh ye, aku ada bawak rice cooker kecik. Setakat utk panas2kan, masak sikit2 utk kami 5 beranak, okla sangatla tu. Kat resort ni ada sediakan air panas. Betul2 sebelah pintu bilik kami. Best! Beli je 3 in 1 Milo untuk anak2 ni, settle masalah. 

Ok, masa kat Jeti Lumut semalam, aku ada booking pakej snorkling dan round sekitar laut. 1 bot boleh muatkan hingga 12 orang katanya. Semua kelengkapan snorkling disediakan. RM130 - aku tak tahulah murah ke mahal. Ok je lah... anak2 pun nampak teruja. Kena ada aktiviti sikit, barulah masa tu terisi dan tak boring kan...


 

Memang agak seronok jugak aktiviti ni. Anak2 dah besar... mereka pun jenis tak takut air. So kite just perati2kan saja. Abang dan adik jadi geng kamceng. Nampak abang ada rasa tanggungjawab. Adik memang tak lepas dari pandangan dia. Memang selalu berdua. Mama dengan Baby. Papa duduk atas dulu. Jaga barang dan jadi kameraman. 


 

 

   

 


Jalan2 kat batu2 yang ada tulisan ALLAH, bentuk batu seolah buaya, penyu, ikan paus, orang baring tu sekejap2 je. Sambil2 lalu cenggitu je. Dan sebenarnya kena guna imaginasi kite jugak tengok batu tu. Mierza belum sampai lagi imaginasi dia... jadi dia keep asking... mane? takde pun... hihiiii

 

Batu Bertulisan ALLAH dan batu menyerupai kepala ikan paus :D


Gambar atas ni katenya batu menyerupai orang tengah baring. Korang tengok batu kecik (yg latar belakang ada 2 bukit) tepi sekali tu tau. Bukan batu beso tu. Imaginlah sendiri hahaa


Habis beraktiviti, kami balik bilik dulu. Mandi, bersihkan badan. Rehat2 sekejap. Barulah keluar semula untuk cari makan. Cari nasiklah masing2. Lapo... Balik bilik rehat lagi. Hahahaa Lewat petang sikit, kami lepak tepi pantai. Sampailah sunset menjelang....




Minum petang merangkap dinner kami malam tu. Roti dan tuna mayonis... mesti ada. Alhamdulillah, jenisnya anak2 ni senang bab2 makan ni. Kalau ada nasi pun dorang belasah. Tapi setakat roti aje pun... sekali hadap... terang! Senang bela anak2 aku nih.... Alhamdulillah!

  

  

Sedikit gambar2... malam di Pulau Pangkor. Lagi lewat malam, Pulau Pangkor ni hiruk pikuk dengan budak2 bujang baru nak up. Rong rang dengan motor dorang. Bingit. Tapi I is tak kisah, as long korang tak mabuk, gaduh dan mengganggu orang lain. Plus resort aku jauh sikit ke belakang dari jalan besar, jadi tak de la pencemaran bunyi.

DAY 3


Hari terakhir di resort ni. Mierza pagi2 dah masuk pool. Haram tak sejuk. Tapi bukan dia sorang je pun. Sebelum dia, dah ramai budak dalam pool. Hahaaa
Jadinya kami pergi breakfast 4 beranak je. Beli bungkus nasi lemak untuk dia. Kami breakfast kat Warung Manshor. 3 nasi lemak - rm3/sepinggan. Ada telur mata. Aku breakfas ala inggeris kononnya... 2 keping roti, butter, jem dan ommelette - rm3.50. Pinggan aku lagi mahal dari dorang yang makan nasi. Yang kenyangnya lebih lama. hahaa


Kami cek out sebenarnya pukul 12tghari tapi belum 11.30+ kami dah dalam van menuju ke Jeti Pangkor. Seperti yang dimaklumkan, deposit rm50 dipulangkan. Sampai jeti, orang dah ramai. Tapi ok je... tunggu next bot tak lama... 10 minit pun tak sampai. 

Gambar atas bot perjlanan balik xde. Hahaaa

Takdela membeli sangat makanan2 pangkor tu. Jangan tidak beli satay ikan 9 pek rm10 dan sotong gula, sotong kering dan ape tah lg 1, xingat - rm10. Modal rm20 je la. Takde la beria nak beli sotong kering, ikan masin, ikan bilis segala tu. Tak de perasaan nak membeli kuikuiii

Sampai rumah 8.30+ malam. Menyinggah Felda Behrang memenuhi undangan kenduri korban sepupu encik suami - abang Man. Perjalanan balik, smooth. Sekejap2 je slow move. mungkin sebab hujan. 

Alhamdulillah... moga dimurahkan rezeki... dapat lagi berjalan dengan keluarga ke tempat lain...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)