Followers

Tuesday, January 04, 2011

Sessi Persekolahan 2011...



Salam semua... Ni cerita semalam... semalam tak sempat nak menghapdet, jadi pospondlah ke hari ni...

Tengok gambar pun dah dapat agak... betapa cerianya 2 orang ni nak ke sekolah. Kejutkan bangun pagi pun sekali panggil aje... dah merongkas bangunnya. Senang kije makcik! Begitu excitednya nak ke sekolah. Sure anak2 kome pun gitu, kan... maklumlah, dah lame beno cotinye kan..... udah bohsan deme dok rumah.

Lagi2 semuanya pakat2 baru belake... semangat le!!! Kasut baru, baju baru, beg sekolah baru.... takde yang lame, sume baru sesaje! Yang kopak, mak ayah!!! Tapi tak apa... asal anak gumbira, mak ayah pun sinang ati... cari duit lagi!!!!


Saturday, January 01, 2011

Toys...


N3 permulaan tahun 2011...

Toys ni bukanlah aku beli masa cuti umum (menang bola). Beli dari minggu lepas lagi tapi baru nilah ada peluang nak n3kan di sini... Beli di Daiso, Sunway Pyramid masa p tgk wayang cerite Janin tu... 1 barang Rm5... Porch Egg tu dia pack dlm plastik. So 2 pcs tu RM5. Botol sos muncung/lubang 3 tu yang ada saiz kecil saja. Tak pastilah pulak ada saiz yang besar ke tidak. Hajat hati tu kalau ada saiz besar, nak rembat sekali. Tapi dah tengok kat rack tu takde. Dah tanya dengan pembantu kedai tu, dia kate takde. Tak taulah betui ka dak... macam tak percaye je... ekekekeee....

Puas hati... orang ada, aku pun nak gak... tapi orang dah buat 3/4 kali roti jala guna botol ni... aku??? Belum ada masa nak merasmi... hikhikhikkkk Bz tah hape2 tah!!!

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011...


Selamat tinggal 2010...
Selamat datang 2011...

Selamat Tahun Baru Untuk Semua!

Thursday, December 30, 2010

Janin....


Maaflah kalau ada yang muntah... lagi2 aku tepek cerite tengok wayang yek... habis tu??? Tengah ada peluang, kan... aku ni dapat 'lesen' p tengok wayang dengan anak2 buah aje. So, bila anak buah ada, aku gunakanlah peluang sebaik2nya... Terima kasih diucapkan kepada en hubby nan terchenta itu.

Cukup bagus! Tengaharinya aku tengok cerite Aku Masih Dara dan petangnya aku tengok Janin pula.... perghhhh, sakan! Lepas je habis wayang Aku Masih Dara pukul 3 petang, aku terus hantar Boy & Baby balik. Show untuk Janin pukul 5.20 petang.

Aku tak boleh berlengah2 walaupun Sunway Pyramid dengan rumah aku dekat je... sebabnya masa aku keluar dari parking Sunway tu, aku tengok kat seberang jalan, kereta berderet memasuki parking lot kompleks tu. Ada jugak aku tengok kereta tersusun dipaking di tepi jalan. Menunjukkan kawasan dalam parking kompleks dah sesak dengan kenderaan. Tapi yang syioknya parking lot kat Sunway Pyramid ni, ada lampu indicator. Kalau space tu ade kereta, lampu tu akan merah dan kalau kosong, lampu akan hijau. So dari jauh pun dah boleh nampak, mana parking lot yang kosong. Cepat dengan lambat ajelah 'berlumba' dengan orang lain dan mendapatkan paking lot yang kosong tu...

Cerita terbitan Grand Brilliant yang dilakonkan oleh Eja, Hairie Othman, Rashidah Jaafar, Sherrie Merlis dan lain2 ni pada aku seronok juga. Aku anggapkan cerita ni cerite seram giler bila tengok pada trailernye, pada posternye juga. Tapi hakikatnya adalah sebuah cerite sedih... menangis meleleh2 air mata aku di penghujung cerita tu. Sangat2 menyentuh naluri keibuan aku.

Aku cadangkan... pergilah tengok!

* hajat hati nak tengok "Damping Malam" yang bakal ditayangkan di pawagam hari ni. Tapi macam tak dapat tengok je... Anak buah - Eja dah balik. And for sure masing2 sibuk mempersiapkan diri dan kelengkapan untuk kembali ke sekolah tak berapa hari lagi. Huhuhuuu *


Wednesday, December 29, 2010

Jalan2 Sunway Pyramid


Jarak dari rumah aku dengan Sunway Pyramid taklah jauh sangat... kurang 10minit pun boleh sampai... ni gambar2 yang sempat dirakamkan ketika aku, anak2 & anak buah (Eja) pergi tengok wayang cerita Aku Masih Dara tempohari...


Selepas ambil tiket, anak2 ajak pergi main games yang terletak berdekatan dengan panggung wayang tu. Setiap seorang aku bagi 4 token (RM4). Tak boleh banyak2... walaupun kalau diikutkan, dia orang dah merayu2 minta tambah. No, no, no!!! Or aku tarik balik peruntukan tu. Tak payah main terus. Ok, senyap & ikut arahan! Hahaha....

Memang nak gelak tengok Baby main kereta racing ni... aku dah cakap, pergilah main permainan lain. Tak nak... nak juga main permainan yang macam abangnya dan Kak Ejanya main. Sudahnya, kaki pun tak sampai nak tekan pedal minyak... haishhh!!!

Macam biasa, kalau ada agenda untuk tengok wayang, en hubby adalah manusia terkecuali dalam program. Ibarat kata, "pergilah, aku tak heran!" Ekekekee.... So dia tinggal di rumah seorang. Mierza masih di rumah kakak aku kat Sepang. Aku keluar rumah pukul 10pg ketika tu, dia masih tidur. Sebab semalamnya dia sampai rumah pukul 5.30pg. Ke majlis reunion bekas rakan2 sekolahnya di Tanjung Malim.

Berbalik pada program kami, ketika itu masih ada masa lebih kurang 1 jam lebih. Show kami pukul 1.30tengahri. Memandangkan masa tu pun dah nak masuk tengahari, aku bawak anak2 & Eja makan tengahari. Plan kami memang nak makan Pizza Hut memandangkan aku ada 2 Hot Tiket Maxis penukaran dengan personal pan pizza. Cuma tambah RM1. Dengan kami2 ni, takl
ah rasa tak cukup malah berlebih. Sementelah lagi, masing2 ada order sampingan lain.

baby & boy...

my boy....

me wif my boy...

Eja...

Anak2 gembira. Cuma keterujaan dia orang nak menonton Janin tak terlaksana. Si Baby dah meronta2 kata... " kalau tak dapat tengok Janin, nnt mama bawak kita tengok Damping Malam ye..." Huh, Damping Malam pun dia tak boleh tengok jugak. Bila aku cakap, "tak boleh By... umur Baby tak cukup lagi..." Terus tarik muka 14! Hadoi!!!

.::. us .::.

Tuesday, December 28, 2010

Rumah Puchong Kami...

.::. masa ni belum cat semula & cabut paku2 kat dinding .::.

Salam untuk semua...

Alhamdulillah sangat2... I'Allah lepas ni kami suami isteri bolehlah menarik nafas lega. Selain ada pendapatan sampingan kerana rumah kami yang di Puchong tu dah ada penyewa, juga dapat menghilangkan rasa gundah di hati sebab meninggalkan rumah tu kosong begitu saja.


Sayang jugaklah, kan.... dah buat itu ini. Dah berhabis-habisan wang simpanan. Kononnya nak sedap mata memandang dan berasa selesa tinggal di rumah sendiri. Tapi nak buat macam mana... tak de jodoh kami nak tinggal lama2 di rumah tu.

Harap2 penyewa ni bertanggungjawablah orangnya. Menjaga rumah kami bagai rumahnya sendiri. Dari pandangan mata kasar, penyewa ni ok juga orangnya. Lemah lembut dan berbudi bahasa orangnya. Masih bujang. Insya Allah bulan 3 ni baru nak kahwin. Buat masa sekarang beliau tinggal dengan kawannya dan mungkin katanya akan jarang2 di rumah tu sebab rumah orang tuanya berdekatan kawasan Puchong itu juga.

Rumah kami tu disewa adalah untuk persediaan bila dah berkahwin nanti.
Sebelum ni adalah 2/3 orang yang datang tengok2 rumah kami tu. Biasalah, bila dah datang, minta kurang bayar bulanannya. Kami ni bukanlah nak zalim sangat sebab tak boleh nak bagi kurang sikit pun. Tapi beragak2 jugalah. Sebab kalau jadi masuk, penyewa dah save, tak perlu beli tikar. Kita dah siapkan lantai "Eric Leong". Hahaha!!!

Tak perlu bawak kipas sebab setiap bilik (3 bilik) dah kami sediakan kipas siling. Cuma bilik ke tiga saja takda kipas sebab masa tu kami buat stor bilik ketiga tu. Tapi ada 2 plug dalam bilik ketiga tu. Di ruang tamu pula kami sediakan 2 kipas. Tingkap, kami tukar cermin gelap. Grill dah siap pasang - depan, dapur & balcony.

Setiap bilik dah siap bertikar getah.
Dalam setiap bilik (bilik pertama & kedua) ada 3 plug - 2 plug di bawah & 1 plug atas. Yang atas tu sebab kami ingatkan nak letak aircond yang dah lama tinggal kat rumah arwah mak. Tapi belum sempat alihkan aircond, kami dah balik pindah Taman Medan. Kalau tak haritu, maulah agaknye dengan aircond pun kami bagi penyewa ni pakai. Tak kuasalah nak buka & pasang balik. Barang pun akan cepat rosak kalau buka, pasang, buka, pasang....

Nak pasang aircond kat rumah yang tinggal sekarang ni pun macam tak iye je. Sebab kipas pun jarang pakai. Duduk tinggi (tingkat 9), angin kuat. Kalau tak disendal pintu bilik, maulah berdentam dentum pintu bilik ditolak angin. Nak ber aircond hapenye???

Alhamdulillah sangat... penyewa ni tak banyak karenah. Bila saja tengok2 rumah, terus setuju dan kata, "dah ye kak... sy nak rumah ni. Kalau lepas ni ada orang nak tengok, kata dah ada orang." Hehehee alhamdullillah... alhamdulillah... alhamdulillah....


Lepas 2 hari beliau datang - ketika tu aku dan en suami sedang mengecat bilik. Tutup semua 'mural' hasil kerja tangan anakanda Mierza. Terus penyewa ni bawa duit deposit & sewa bulan December ni. Memang senang sungguh berurusan dengan penyewa ni. Harap2lah kesenangan itu berpanjangan, amin!

** actually dah lama aku taip n3 ni tapi aku menunggukan pics sekitar umah tu yg nak diselitkan dlm n3 ni... jenuh 4/5 kali dah aku upload tapi tak maunye done. Dah berjam2 aku tunggu, sudahnya Loading Error katenye.... aje gemo!!! Hah, yang ni aku try sekeping je... jadi le yek....**

Monday, December 27, 2010

Aku Masih Dara....


Hajat di hati nak tengok Janin... tapi bila dah sampai kat kaunter, tanye2 kat cashier tu, katanye budak2 tak dibenarkan masuk. Cerita tu 18 tahun ke atas je dibenarkan masuk. Huhuhuuu.... dengan kalutnyelah aku buat keputusan beli tiket untuk movie Aku Masih Dara ni... padahal tak pernah terlintas pun dalam kepale hotak aku nak tengok cerite ni....

Lepas dah beli tiker, barulah aku teringat, kalau aku beli tiket cerite Gulliver's Travel atau Tron pun tak takpe... walaupun aku tak minat dengan cerite2 camtu tapi yang pentingnya anak2 ada berhajat nak tengok. Apo nak buat.... barang dah lepas!

Pada aku cerite ni so so je... silap2 rase macam tengok drama kat tv. Tu pendapat peribadi akulah... lain orang, lainlah pendapatnye, kan... biasalah kalau dah tajuk & poster pun boleh tahu... di penghujungnya adalah pengajaran dari cerite yang disampaikan tu....

Tapi aku ada rasa ralat jugaklah... sebab bawa anak2 tengok cerite camni. Sepanjang cerite ni ditayangkan, macam2lah soalan si Baby bagi jawapan yang klu aku jawab secara berterus-terang, adalah tak harus diketahui oleh dia sebagai seorang budak yang seusia dia. So, aku jawab gitu2 ajelah... sekadar menjawab soalan yang dia tanye aje....

Next time kena lebih hati2 dan prihatin!

Thursday, December 23, 2010

!!! Hantu Kak Limah Balik Rumah !!!


Eheheee..... wah, masuk2 n3 je terus gelak ala2 gitukan....

Kejadian petang Isnin... Tapi sebelumnya... lebih kurang 12 lebih tghari... aku dgn perasaan sangsi ya amat mengirim sms kepada en hubby berbunyi....

"pa, jomlah kita anak banak p tgk wayang cite antu k limah. cite klako tu. fmly short holiday. arini show pukul 7.30mlm. klu i booking tiket, sempat kita sampai. tgk kat sunway."

Al-begitulah bunyi sms aku. Memang aku taip sebijik2 dr dlm hp ni... tup2 lepas beberapa second, hp aku berbunyi - tit tut, tit tut... perghhhhh mmg mase aku telan ayer lio masin kate ko..... mase nak tekan butang2 at hp tu, ngetor jari jemari... takut aku down sengsorang klu balasannye ... "malaslah!" "Tak kuasa nak layan" dan seumpanya. Tapi bila buka sms tu, jawapannya "K LAH"

Vavavavavaaaaaaa rase nak lompat sampai tingkat 15 wooooooo!!!! Hahahahahahahaa!!!! Actually daripada hari Ahad, lepas aje Kak Yong balik bawak budak bawah ni (tgk n3 sebelumnya), aku dah ajak en hubby tu pergi. Tadi dia kate, "u nak pergi, pergilah... i malaslah. Bukan minat i nak tengok2 wayang ni..." Hikhikhik.....

Aku pun dgn penuh dedikasinyalah membooking ticket kat TGV Sunway Pyramid. Katenye 45min sebelum show dah kena collect ticket. Aku pun dgn condifentnyelah mereserved tiket utk 4 org - aku, en hubby, boy & baby. Boy & Baby pun mmg teruja beno nak tengok cerite antu k limah ni. Seronok bebenorlah deme bila tau nak p tengok wayang.

En hubby sampai rumah pukul 6 lebih sikit. Tak cecah bontot kat sofa pun terus mandi & bersiap. Pukul 6.20ptg camtu kami keluar dr rumah. Turun2 bawah, kereta Waja dah kena blok. Beratur kereta kat depan. Nak tolak2 pun takde ruang. Terus g kat kereta Mazda. Alhamdulillah, nasib baiklah. Walaupun kena blok dgn kereta lain tapi masih boleh adjust. Usaha!!!!

Sampai2 Sunway Pyramid, pusing2 cari parking. Memang agak penuh tapi alhamdulillah, taklah memusing2 sangat. Dapat pun berdepan dgn pintu masuk. Dari rumah aku ke Sunway Pyramid tak sampai 10min pun. Kena pulak semalam jalan tak jem...

Terus ke kaunter booking/reserved. Bg no. booking tapi dah melebihi masa. So, booking aku tu dah dicancelkan. Mujurlah ada tempat kosong & tempat2 kosong tu agak strategik jugaklah. Bukan depan sekali atau baris kedua, ketiga dan seumpamanya. Mujur2....

Bagi aku, cerite Mamat Khalid ni mmg besh le...kelako... gelak aje kejenye.... mmg sesuweilah nak release2 tensen pd yg sedang tensen2 tu.... lakonan Awie pun bagus gak. Cuma kalau dia punye perghok tu lagi pekat & teratur, sure lagi besh!

Ape2 pun memang besh & kelako!

** lepas ni nak tgk JANIN pulak cadangnye ehehee **

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)