Followers

Tuesday, December 28, 2010

Rumah Puchong Kami...

.::. masa ni belum cat semula & cabut paku2 kat dinding .::.

Salam untuk semua...

Alhamdulillah sangat2... I'Allah lepas ni kami suami isteri bolehlah menarik nafas lega. Selain ada pendapatan sampingan kerana rumah kami yang di Puchong tu dah ada penyewa, juga dapat menghilangkan rasa gundah di hati sebab meninggalkan rumah tu kosong begitu saja.


Sayang jugaklah, kan.... dah buat itu ini. Dah berhabis-habisan wang simpanan. Kononnya nak sedap mata memandang dan berasa selesa tinggal di rumah sendiri. Tapi nak buat macam mana... tak de jodoh kami nak tinggal lama2 di rumah tu.

Harap2 penyewa ni bertanggungjawablah orangnya. Menjaga rumah kami bagai rumahnya sendiri. Dari pandangan mata kasar, penyewa ni ok juga orangnya. Lemah lembut dan berbudi bahasa orangnya. Masih bujang. Insya Allah bulan 3 ni baru nak kahwin. Buat masa sekarang beliau tinggal dengan kawannya dan mungkin katanya akan jarang2 di rumah tu sebab rumah orang tuanya berdekatan kawasan Puchong itu juga.

Rumah kami tu disewa adalah untuk persediaan bila dah berkahwin nanti.
Sebelum ni adalah 2/3 orang yang datang tengok2 rumah kami tu. Biasalah, bila dah datang, minta kurang bayar bulanannya. Kami ni bukanlah nak zalim sangat sebab tak boleh nak bagi kurang sikit pun. Tapi beragak2 jugalah. Sebab kalau jadi masuk, penyewa dah save, tak perlu beli tikar. Kita dah siapkan lantai "Eric Leong". Hahaha!!!

Tak perlu bawak kipas sebab setiap bilik (3 bilik) dah kami sediakan kipas siling. Cuma bilik ke tiga saja takda kipas sebab masa tu kami buat stor bilik ketiga tu. Tapi ada 2 plug dalam bilik ketiga tu. Di ruang tamu pula kami sediakan 2 kipas. Tingkap, kami tukar cermin gelap. Grill dah siap pasang - depan, dapur & balcony.

Setiap bilik dah siap bertikar getah.
Dalam setiap bilik (bilik pertama & kedua) ada 3 plug - 2 plug di bawah & 1 plug atas. Yang atas tu sebab kami ingatkan nak letak aircond yang dah lama tinggal kat rumah arwah mak. Tapi belum sempat alihkan aircond, kami dah balik pindah Taman Medan. Kalau tak haritu, maulah agaknye dengan aircond pun kami bagi penyewa ni pakai. Tak kuasalah nak buka & pasang balik. Barang pun akan cepat rosak kalau buka, pasang, buka, pasang....

Nak pasang aircond kat rumah yang tinggal sekarang ni pun macam tak iye je. Sebab kipas pun jarang pakai. Duduk tinggi (tingkat 9), angin kuat. Kalau tak disendal pintu bilik, maulah berdentam dentum pintu bilik ditolak angin. Nak ber aircond hapenye???

Alhamdulillah sangat... penyewa ni tak banyak karenah. Bila saja tengok2 rumah, terus setuju dan kata, "dah ye kak... sy nak rumah ni. Kalau lepas ni ada orang nak tengok, kata dah ada orang." Hehehee alhamdullillah... alhamdulillah... alhamdulillah....


Lepas 2 hari beliau datang - ketika tu aku dan en suami sedang mengecat bilik. Tutup semua 'mural' hasil kerja tangan anakanda Mierza. Terus penyewa ni bawa duit deposit & sewa bulan December ni. Memang senang sungguh berurusan dengan penyewa ni. Harap2lah kesenangan itu berpanjangan, amin!

** actually dah lama aku taip n3 ni tapi aku menunggukan pics sekitar umah tu yg nak diselitkan dlm n3 ni... jenuh 4/5 kali dah aku upload tapi tak maunye done. Dah berjam2 aku tunggu, sudahnya Loading Error katenye.... aje gemo!!! Hah, yang ni aku try sekeping je... jadi le yek....**

5 comments:

ilahjy said...

salam fiz..
mak akak org taman medan..
kalu nak cari penyewa yg betul2 jaga umah kita..mmg susah. tapi kak ilah mmg cerewet memilih org... tapis sampai halusss mcm tepung gandum diayak nak masak kek.. hehe.. letak harga kita punya laa.. depa minta kurang kak suruh cari umah yg murah dikwsan tuu yg umahnya tak berapa mewah... hihihikk nak kata kijam kijam laa janji kita senang dgn harga dan umah kita yg selesa.. kan kan...

Kak Rose said...

fiza, kak rose dah terkena nih... memula nak sewa tu bukan main baik terus bukak cek untuk sewa, deposit siap ngan api air... tp pas tu hampeh... sekarang ni dah 3 bulan x bayar? bila tanya... minggu depan kak. asik2 itu jawapannya! camner nak buat nih? harap2 fiza dapat yg betul2 bagus!

A.I said...

Alhamdullilah... :)

kalau gitu la gayanya penyewa umah kau,rasanya smp bebila pon elok la tu. sama je kau ngan iena, umah dia pon dah ada org nk menyewa. rezeki..

Fiza Nordin said...

k ilah,
harap2 penyewa tu teruslah baik mcm hari mula sy jumpa dia... harap sgt2...

k rose,
ye ke... adoi!!! serem...

besan,
alhamdulillah rezeki dariNYA....

Alyn Aellynn said...

susah dgn penyewa...
jenuh nak layan kerenah derang ni,. kadang dpt yg baik tp kejab plak sewanye.. dpt yg x elok, sampai nk perambat ngan penyapu rasenye!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)