Followers

Wednesday, December 22, 2010

Rindu Kamu.....


Hari Ahad lepas, dah siap2 kemas kenduri doa selamat, Kak Yong & Mak Ina bersiap2lah nak balik. Kedatangan Kak Yong bertiga tapi balik berempat. Apalagi, budak atas ni sibuklah nak mengekor ibu dia. Itu pun lepas ibu dia umpan, "ibu nak naik keretapi. EJ nak ikut ibu, tak?" Hah, mengelejatlah anakanda ni nak mengikutnye....

Sebab dari rumah aku ke stesen komuter ni agak jauh juga - kalau berjalan kakilah, hehehee.... aku kenalah hantar dia orang ni ke stesen. Si budak atas ni beria2 kate, "mama tak payah ikut. Kita nak ikut ibu. Kite tak nak naik kereta ni... kita nak naik keretapi dengan ibu." Hamboi, hamboilah anak jantan ku nan saurang ni......

Mama rindu kamu sayang!!!

Di kesempatan Mierza tadek ni, bolehlah aku cari2 keperluan sekolah Boy & Baby dengan aman. Kalau tak, tak senang hati dibuatnya. Asyikkan berlari ke sane ke mari. Langsung tak takut orang budak ni. Mesra alam sungguh la.... risau!

Tuesday, December 21, 2010

Kek Lapis Cheese Strawbery


Sungguh banyak cacat celanya. Memang tak puas hati sangat dengan penghasilannya. Tapi maklum - first time. Tengok saja lapis2annye tu... ade tebal, ada nipis. Ada tu siap berombak2 pulak. Heheheee.... Tapi melepaslah hajat nak buat kek lapis ni. Rasa dan keinginan yang dah lama terpendam sejak sekian lama akhirnya kesampaian juga. Sampai jugak seru, hahaaa!! Aku buat untuk letak dalam bungkusan sedekah arwah kenduri yang lalu...

Resipi di ambil dari blog Bro Rozzan. Tapi aku ubah perisa dari blueberi kepada strawberi. Boleh jugak jenguk di blog Kak Ina KL & Kak Ima. Terima kasih kepada semua....

450 gm mentega - aku guna golden churn

250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft) - aku guna jenama Anchor

1 sudu makan ovalette

170 gm gula halus

10 biji telur

1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis - aku guna 400g saja.

300 gm tepung Hong Kong

100 gm Horlick

250 gm blueberry pie filling - aku guna strawberi filling

1 sudu teh esen blueberry (optional)

sedikit pewarna ungu


Cara :

1. Pukul mentega, krim cheese dan ovellete sehingga sebati.

2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yang satu lagi dibubuh blueberi pie filling, esen blueberi dan pewarna ungu.

7. Bakarlah menggunakan loyang 10'x7', 8'x8' atau 9'x9' yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 - 200 darjah celsius. - aku guna loyang saiz 9'x9'

8. Ambil 2 senduk adunan plain (aku ambil 7 sudu besar) dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dengan api atas bawah sehingga masak. Untuk lapisan kedua hingga akhir, tukar suhu oven kepada api atas saja (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lai dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.

9. Untuk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberi dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

Nota :

Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain, 1 ungu terserah pada kreativiti dan citarasa anda.


Monday, December 20, 2010

Kenduri Doa Selamat, Bacaan Yassin & Tiup Lilin Boy, Baby & Mierza


Salam dan alhamdulillah syukur ke hadratNYA.... selamat dah berlangsung kenduri yang diadakan pada hari Sabtu - 18/12/2010 yang lepas dengan jayanya. Syukurlah semuanya berjalan dengan baik dan sempurna. Semoga majlis diredhai olehNYA, amin!


Kenduri diadakan secara rangkuman. Sekali dengan berpindah ke rumah 'baru' ni, tahlil untuk arwah apak (Nordin) & mak (Zainah) aku, mak mertua (Kalsom) & abang (Zainal Abidin) aku yang telah pergi mengadap Ilahi. Mak Ina (kakak aku yg duduk di Bagan Datoh) tu pun tumpang sekali untuk arwah ayah mertuanya (Aziz). Sekalian, buatlah sambutan birthday yang dah terlalu jauh ditinggalkan. Sebenarnya anak2 lahir bulan Julai (Boy-11/7, Baby-4/7 & Mierza-12/7) tapi barulah ini sambut. Itu yang sebut 'tiup lilin' tu... hehehee... sesaje je sebenarnya nak buat anak2 syiok sekaligus menunaikan janji pada anak2. So settle la dah janji dengan dia orang tu terutama Boy & Baby. Mierza belum faham & tak pandai minta2 lagi...

My sister - Mak Ina & her dotter - Aishah

anak2 buah yang sedang meningkat naik... bergilir2 mengadap pc. Jenuhlah menyuruh buat kerja!

Pada awalnya, menu kami adalah nasi ayam. Kemudian tukar - nasi lemak. Dan sudahnya, sehari sebelum majlis berlangsung, hubby kata, "tak payah susah2. Kita beli saja satay. Rebus nasi impit & kukus pulut kuning makan dengan rendang kerang campur kacang panjang." Pulut kuning makan dengan rendang kerang campur kacang panjang tu feveret makanan arwah mak. Itu yang usaha juga membuatnya.

sedekah arwah...

isinya...

Kakak2 aku - Kak Yong & Mak Ina yang masak. Aku tolong2 aje sambil2 menguruskan rumah dan keluar ke sane ke mari beli barang itu dan ini. Mak Ina sampai petang Jumaat +- pukul 3 dan Kak Yong dari Sepang sampai +- pukul 4.30 petang. Sampai2 terus memulakan operasi pembungkusan sedekah arwah. Tahun ini kami sedekah sebiji piring kecil berisi 3 jenis makanan, berbungkus dengan tuala kecil. Mak Ina bawa biskut kelapa & kuih bangkit. Beli dah siap dalam botol tu aja... bawa juga dari Bagan Datoh, nasi manis @ wajik. Aku buat kek lapis stoberi cheese (will update recipe later, I'Allah :D). Tahun lepas kami sedekah kain batik & makanan. Untuk tahun depan, sudah terancang. I'Allah kalau ada rezeki & diizinkan olehNYA, terlaksanalah niat kami tu nanti... amin!

me...

Goodies birthday anak2 aku terlupa nak tangkap gambar. Dalam plastik tu aku letak air kotak soya, keropok durian, gula2 spek mata & aku buatkan coklat oreo ber'edible image' campur2 karektor kartun Upin & Ipin, Spongebob & BEN10. Jadilah, kan....

Petang Sabtu lebih kurang pukul 3, aku dan hubby ke R&R Awan Besar - Satay Hj Samuri. Beli satay 500 cucuk (400 ayam, 100 daging). Pukul 6 petang semua dah get ready. Lepas Maghrib, tetamu mula hadir. Kaum2 wanita Blok N yang dijemput untuk bacaan Yassin. Actually, setiap 2 minggu memang ada jamuan ringkas mengikut jadual ke rumah penghuni blok N ni - yg mengambil bahagian. Dan rumah aku ni adalah penutup majlis bacaan Yassin ni untuk tahun 2010 ni...
I'Allah tahun depan kalau dapat nak book date untuk bulan 7. So, boleh sambut birthday anak2 sekalian dan mengingati tarikh pemergian arwah mak - 10/7. Wah... dah merancang! Hehehee...

Menu2 lain, pertama kali buat pemanis mulut - triffles. Resipi dihangkut dari blog Kak Ita. Thanks akak! Then, buat baby blueberi cheese tart & cream puff kastad. Dah petang, Kak Yan - jiran selang sebelah rumah datang dan hantar kuih gulung @ ketayap. Alahai, terima kasih sangat2...

Cream Puff Kastad

Baby Blueberi Cheese Tart

triffles...

kuih gulung @ ketayap

Untuk kek anak2, tiada yang istimewa pun. Asal ada aja... Jangan ingat mama tokey kek, kek anak2 kebabom pulak. Buat ikut permintaan anak2 je tu. Si baby nak kek Barbie walau pada mulanya dia nak kek Dora. Tapi cari2 edible Dora tak ada. So, dia dengan relanyalah tukar kehendak hati. Boy & Mierza aku buatkan kek Ben10 as their fanatic cartoon fan. Hehehee... Barbie kek tu guna kek coklat with buttercream topping sementara kek Ben10 tu butter kek with fresh cream topping. Dihias dengan buah2an - strawberi & anggur. Ingatkan kemudiannya nak pipe coklat ganache kat buah2an tu, terlupa pulak sampai ke sudah. Hah, begitu sajelah...

Barbie Kek untuk Baby...

My sister - kak yong... teringin jugak nak menghias kek. Belasah ajelah...

kek Ben10 untuk Boy...

me & my Mierza...

Terima kasih kepada yang sudi menghadirkan diri. Maaflah kalau layanan kurang memuaskan. Kepada yang tak dapat hadir walau telah dijemput, no heart feeling. Biasalah, masing2 ada hal sendiri. Kepada yang tak dijemput & terlepas pandang, maaf banyak2.

jemput makan & terima kasih...

Tuesday, December 07, 2010

Sandwich Ringkas Aje....


Salam Maal Hijrah untuk semua...

Cuti hari ni... tapi dah beratur program... nak ke rumah Puchong.... nak beli barang dapur... nak beli barang keperluan tempahan.... haishhhh, macam-macam! Banyak beno urusannye.

Harap2 dapatlah dilunaskan semua tu dan dipermudahkan segala urusan, amin!


Sandwich ni buat simple2 jek. Sekadar mengalas perut, bak kata orang. Yang ade dalam peti ais cuma sayur salad je... slice cheese pun tinggal 2 keping je. Mujurlah Baby takmo sandwich diletakkan cheese. Jadinya sekeping untuk Mierza dan sekeping lagi untuk Boy. Mama kenalah beralah. Papa? Huh, tak pandangla cheese2 ni....

Thursday, December 02, 2010

Ngangkung!


Semalam order tak banyak. Anak2 buah dari Sepang dan Perak pulak datang bertandang di rumah. Apalagi??? Ambil kesempatanlah berjimba-jimba. Kami tengok wayang di Sunway Pyramid. Takdelah tempat lain, dah itu yang dekat ponnnn!

... sedang menikmati crispy chicken & cheese Hot & Roll. Kalau p Sunway Pyramid, tak sahlah kalau aku tak pekene 'minatang' ni. Harus!!! ...

Tapi sebelum tu, kami ke Tesco Puchong dulu menghantar order Wawa. Sampai di Sunway Pyramid kira2 pukul 8 malam. Terus p cinema. Show pukul 9 dah few je. Tapi kami memang dah decide sebelumnya nak tgk show pukul 11 malam punya. Kesempatan dapat keluar dengan anak2 buah tidak harus dilepaskan hahaha (gelak syaiton!!!) En suami yang tak suke bebeno tengok wayang, sile tinggal di rumah dan jaga anak2. Mama nak berjimba2!

... wif Eja ...

... wif fafa ...

... wif Eja & Pipi. Anak buah aku si Pipi sini askor kome...jangan memain! ...
... sedang menikmati yogurt ice krim dr J.Co ...


Seronok jugaklah cerita tu pada aku. Walaupun terkejut2 tapi dicampur dengan gelak ketawa, idakle terasa sangat takutnya. Ye la... udah kategori ceritanya pun 'komedi seram'. Makanya....!!! Cuma endingnye tu ada sedih sikit lorh.... tapi penuh dengan pengajaran. Sape2 yang terkena batang hidung, harus terasa!

Okey, chiow dulu yek...

Monday, November 29, 2010

Rich Marble Choc Cake Sheila Mambo


Salam...

Dah ramai yang try buat kek ni... aku pun tak nak ketinggalan juga. Walaupun sebenarnya aku rase aku ni dah banyak ketinggalan. Hahahaa!!!

Tapi masa buat kek ni, ada kesilapan sikit. Kengkononnye nak merasmikan loyang baru tapi loyang aku terkecik beno plak... Confidentnye aku sebab tgk adunan tu tak banyak mana. Ntah ape ada dalam kepala, sedangkan masa mengadun tu menggunakan self rising flour. For surelah nnt kek naik sekali ganda... Sudahnya kek aku melimpah dari loyangnya. Mujurlah tak sampai jatuh ke bawah. Tapi udah ruper topi atau cendawan... ekekekee

Dan dengan rasa gatainya aku, hahahaa aku letak perisa mint & pewarna hijau pada adunan plain. So, kek tu rase pedas2 gitu... anak2 makan, katenye, "rase macam colgatelah mama..." hahahaa!!!


Bahan-bahan :

125g dark coklat - cincang & cairkan
125g mentega
125g gula kastor
2 bj telur - dipukul sedikit
155g tepung naik sendiri
80ml susu cair
1/2 st esen

Cara-cara :

Mentega dan gula dipukul hingga kembang.
Masukkan telur dan esen. Dipukul lagi.
Tuang susu dan tepung berselang-seli.
Bahagi 2 adunan. 1 adunan dimasukkan ke dalam coklat cair dan 1 adunan lagi dibiarkan plain.
Tuang dalam loyang dan marblekan ikut suka.
Bakar 40 minit atau sehingga masak.

Monday, November 22, 2010

Kek Lapis Hawflakes (Kukus)


Salam....

Nak kongsi2 resepi pun rasanya dah ramai yang tahu. Agak terkenal juga resipi kek kukus dari Kak Fida ni. Aku pun dah banyak merasa hasilnya. Dah berkali-kali buat. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Fida yang sudi berkongsi resipi. Secara tak langsung telah menjana pendapatan kami sekeluarga.

Actually aku buat kek kukus ni sbb ada orang menempah. Tapi aku tersilap tgk tarikh. Buat terawal 1 minggu. So apalagilah kan... makan sendirilah jawabnya. Salah sendiri, ehehehee....


Sekadar rujukan, aku tepekkan juga resepinya di sini... Moga dapat membantu & diberkati olehNYA...

220g tepung gandum
225g gula kastor
1sk
150ml susu segar
5 bj telur
1sk esen vanila
1sk ovellete
90ml minyak
pewarna

Cara2:
Panaskan air dalam periuk pengukus.
Campur semua bahan dalam mangkuk kecuali minyak dan pewarna.
Mixer sampai betul2 sebati.
Masukkan minyak dan mixer lagi hingga sebati.
Bahagikan kepada beberapa bahagian (2 aje pun boleh) dan letakkan pewarna.
Tuang 1/2 adunan dalam loyang yg dilengser marjerin/minyak dan dilapik kertas minyak.
Tutup loyang dengan aluminium foil.
Naikkan adunan ke atas pengukus hanya apabila air kukusan dah betul2 mendidih. Gunakan api sederhana. Kukus selama 15 minit.
Susun asam manis dan tuang 1/2 adunan lagi (warna berlainan). Tutup dgn aluminum foil dan sambung dikukus 15 minit lagi. Buat sehingga habis adunan.
Untuk kukusan terakhir, lanjutkan kukusan selama 45 minit.


Monday, November 08, 2010

Jalan-jalan I-City, Shah Alam...


Salam semua... apa khabar? Kami2 di sini alhamdulillah sihat walafiat.... terima kasih Allah s.w.t. atas kesihatan tubuh badan yang yang baik dan rezeki yang tidak putus2 dariNYA...

snap dari tempat letak kereta...

Hari Jumaat minggu lepas, en hubby terima panggilan telefon daripada seorang rakan lama - Pison (rakan sekolah) mengatakan yang beliau sekeluarga berada di Shah Alam (rumah adiknya). En hubby ni pun berialah nak berjumpa dengan kawannya ni. Pison kata bolehlah jumpa malam nnt. Beliau nak bawa keluarganya ke I-City, Shah Alam. Bila en hubby kata nak join sekali, aku rasa seronoklah. Banyak juga aku baca kisah & tengok gambar2 orang lain yang berkunjung ke I-City ni. Terujalah jugak nak perginya. heheheee... walaupun masa tu aku banyak kerja menanti - orderslah, ape lagi..., sanggup tu aku ketepikan. Hahahaa memang tak sedar diri sungguh! Hahahaaa lagik!

En hubby pun deal dengan Abang Man & Kak Seni (kwn sekolah dia yg keep in touch). Abang Man & Kak Seni ni dulu kawan2 sekolah juga dan dipertemukan jodoh bersama. Kahwin awal. Anak 2, 2/2 lelaki. Dah bujang pun. Sekarang ni dah macam orang bercinta. Berjalan berdua aje. Anak2 dah besar, bukan nak mengekor mak ayah lagi, kan... aku & en hubby ni lambatlah lagi nak merasa macam abang Man dan Kak Seni ni... itupun kalau panjang umur... I'Allah...

masa ni tengah beratur panjang sebelum bayar parking RM10 tu...

Ok, dari federal highway lagi jalan dah lupa sesak. Sampailah sebelum masuk ke tempat parking. Yang paling mengejutkan bila bayaran parkingnya RM10 1 kereta. Hadoiiiii... mahal gak tu... tapi tak kisahlah sebab nak jumpa kawan lama punya pasal - en hubbylah... Aku, dapat menyelit berjalan2 ke tempat yang aku nak pergi. Hehehee.... Orang ramai jugaklah... tapi tak sesak. Mungkin sebab tempat tu tempat terbuka, jadi walaupun ramai orang, tak terasa sangatlah...

aku suka masa kat tempat ni....

my taruna....

"nampak kepala Boy aje pun takpe... yg penting nampak roket atas tu..." request my taruna...

permata hati... cepat2 besar!
mama pun dah tua, hehehee...

Perkara utama bila sampai saja sana tentulah nak cari orang yang nak dijumpa tu. Gambar2 yang aku tangkap tu hanya bila Abang Man berhenti untuk call Pison, bertanya dia berada di mana. Jadinya fokus pun tak betul. Asal snap aje...

Alih2 bila dah jumpa dengan Pison & familynya, anak kecilnya dah meragam. Bontot ade 'isi' sedangkan toilet pun tak jumpa kat situ. Jadinya Pison & familynya dah nak bergegas balik. Bini dia pun dah buat muka. Yelah, kalau anak dah menangis2 ni bukan boleh senang hati nak berjalan2 kan... Di tambah pula dengan anak Pison yang sulong merengek2 nak air. Dahaga sangat dah... Sudahnya pertemuan yang dirancang tu hanyalah sekadar bersembang seketika saja. Kami bersesak dalam jem tadi pun lebih lama rasanya daripada sekadar bersembang kosong tu... memang tak berbaloi sungguh.


En hubby yang memang tak suka berjalan ke tempat macam tu semakin hilang mood. Abang Man ajak chow dari situ. Kami terus ke Tanjung Gila, Pelabuhan Klang. Makan.... lapo.... Mierza dah ketiduran. Jadinya aktiviti tangkap menangkap gambar di Tanjung Gila memanglah takde.....

v

v

v

bukan senang en hubby ni nak bergambar....



Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)