Followers

Monday, September 12, 2011

Kek Karamel Alunan Kasih

As salam dan selamat pagi Isnin semua... harap2 pagi Isnin ni semuanya sihat ye. Tapi tuan rumah ni, tak kata tak sihat, tak juga... nak kata sihat pun tak le gamaknye. Dari tadi asyik sok sek2, bersin sane sini. Huishh, sangatlah tidak selesa...

Tapi hati ada manyak sinang... akhirnya terlaksana juga impian nak mengalun kasih. Sane sini tengok orang buat, jelez sungguh. Tertanya2 dalam hati, napelah kite tak serajin kengkawan yang lain. Bile tengok orang buat, nampak sedap je. Nampak best je... Akhirnya setelah menepis segala kemalasan, terjadi jugalah kejadian kek karamel alunan kasih ini. Walaupun kejadiannya sangat tidak memuaskan hati... tapi kalau sekadar untuk makan sendiri, bolehlah. 

Apa yang tak puas hati tu... gula hangusnya hitam sangat dan terasa pahit sikit.  Mungkin lama sangat kita masak dia. Then bila dah masak kek tu, masa terbalikkan, lapisan karamel yang sudut2 tu melekat kat loyang. Jadi adalah sangat buruk permukaan karamelnya itu. Tidak wajib tayang. Kita tayang bahagian yang dah di outer ajelah. Dah potong syumel2 gitu ek...

Mari kita tengok resipinya. Walau dari mana asal resipinya, siapa pun tuan punya asalnya, kita ucapkan terima kasih banyak2 sebab sudi berkongsi resipi yang marveles ini. Tapi untuk ini, kita ucapkan terima kasih banyak2 pada Kak Ita. Sekaligus minta izin dari Kak Ita untuk men'kopipes' resipinya di blog kita ni. Alhamdulillah...


Bahan A - Gula Hangus :
2 sudu besar gula - tabur gula ke dalam loyang yang akan digunakan untuk membakar kek nanti dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang. Ketepikan.

Bahan B - Lapisan Atas :
½ tin susu cair - boleh tambah kalau nak karamel tebal sikit
70gm gula kastor - saya guna 4 sudu besar rata
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastad

Bahan C - Lapisan Kek :
140gm tepung gandum
70gm gula kastor - saya gunakan 4 sudu besar rata
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D - Merinque
6 biji putih telur
70gm gula kastor - saya gunakan 4 sudu besar rata
1 sudu teh cream of tartar

Serbuk koko secukupnya
Penapis teh yang halus
Pewarna mengikut citarasa - apple green, lemon yellow, pink
Emulco mengikut warna - pandan, strawberry (optional)



Cara-cara :
  1. Campurkan semua Bahan B dan kacau perlahan2. Jangan sampai berbuih. Nanti tak jadi karamelnya. Tapis dan ketepikan.
  2. Campurkan semua Bahan C dan kacau hingga sebati dengan menggunakan whisk sahaja. Ketepikan.
  3. Pukul Bahan D hingga jadi kental dan tidak jatuh bila adunan diterbalikkan.
  4. Campurkan Bahan D ke dalam Bahan C dan kacau hingga sebati.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan dan masukkan 1 sudu teh emulco untuk setiap warna. Warna hijau + pandan emulco, pink + strawberry emulco. Kacau rata.
  6. Masukkan Bahan B ke dalam dalam loyang gula hangus.
  7. Tuangkan adunan berwarna hijau dan ratakan. Ayak nipis2 serbuk koko di atasnya.
  8. Lapiskan pula dengan adunan berwarna kuning. Ratakan dan ayakkan serbuk koko di atasnya.
  9. Akhir sekali lapiskan adunan berwarna pink dan ratakan. Tidak perlu diayak serbuk koko.
  10. Bakar secara bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) selama 1 jam pada suhu 175oC. 
  11. Bila masak, keluarkan dan rehatkan selama 10 minit sebelum diterbalikkan.
  12. Masukkan dalam petiais selama 1 jam sebeluim dimakan.

6 comments:

tun_telani said...

rajinnyer kak fiza.. tun belom cukup kerajinan utk menerai nih.. hihi

quinnie said...

cantiknya kakfiza..siap boleh dibuat alunan kasih rupanya kek karamel nih..saya dah lama salin resepi nih..tapi tak terbuat jugak..sama geng dgn tun..hehhehe

Anonymous said...

Cantiknya...btw, fiza guna loyang brp inci? Kak mas

Fiza Nordin said...

tun telani,
wachaaaaa kat kemalasan tu hahahaa

Fiza Nordin said...

q,
dah malas sangat mehla kite makan kek ni sesame hihihiii

Fiza Nordin said...

k mas,
terima kasih :D
sy guna loyang 4 segi saiz 8x8inc

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)