Followers

Saturday, September 25, 2010

Cerite Akhir Ramadhan yang lalu....


Salam...

Inilah cerita ramadhan aku yang sudah keciciran. Tapi nak juga postkan kat sini dan tepek gambo2 yg wallah agak banyaknya menyenap sampaikan bateri kamera pun naik kong! Hahahaa...

Actually nak berbuka puasa di Sepang ni tiada dalam agenda. Awalnya ke rumah kakak aku- Kak Yong ni sebab nak menghantar anak buah aku si Fafa yang balik dari Politeknik Seberang Perai untuk berhari raya. Dia naik keretapi dan turun di Stesen Sentral. Kerana aku yang paling dekat di situ, akulah yang ambil dia dan bawa ke rumah.



Sampai2 di Sepang, rehat2 sekejap, kak yong dah bersiap2 nak pergi berniaga. Kakak aku berniaga di bazzar ramadhan Sungai Pelek, Sepang. Hari2 biasa dia masuk pasar malam sekitar Sepang jual pizza. Di bazaar ramadhan ni, dia jual pizza & roti john sambil mengambil seorang pekerja - Along dan dibantu oleh anak2nya - Syima dan Ezza. Dala 2 orang anak daranya ni, Ezza lah yang paling boleh diharap dan banyak membantu. Bagus Ezza cayang! Abang ipar aku, abang Mat (suami kak Yong) menguruskan bahagian pizza dan juga dibantu oleh anak2 mereka.

Dah sampai di tempat niaga, hendak tak hendak aku pun tolonglah serba sedikit yang akhirnya aku pun naik seronok. Alhamdulillah maju juga jualan roti john kak yong. Habis semua roti (100pcs) yang dibawanya sebelum jam menunjukkan pukul 7 mlm lagi. Jualan pizza pun tak kurang hebatnya. Sementara mengemas2 barang masuk dalam kereta, sepotong demi sepotong pizza dibeli hingga habis semuanya terjual. Alhamdulillah sangat2...


Kami bergerak ke Pantai Bagan Lalang yang juga dekat dengan rumah Kak Yong. Singgah di restoran seberang jalan mengadap laut - Restoran Wak Lan Ikan Bakar dan Tom Yam. Menu yang Kak Yong dan Abang Mat pesan tak sempat disnap sebab masing2 dah lapar dan waktu berbuka pun dah kelewatan masa tu. Masa berbuka tu minum air aje dulu....

Lepas makan, perut kenyang, aku dan anak2 serta anak2 buah ke pantai. Air surut masa tu. Kalau air pasang pun rasanya tak kuasa nak cecahkan kaki sebab kemudian nanti tentu menyusahkan diri sendiri dengan pasir2 halus yang melekat kat celah2 jari. Tak kuasa!!!! So, kami habiskan malam dengan tangkap gambar sane sini.

first time tangkap gambar on sky... itu pun sebab gelap & tadek orang. Kalau siang hari dan ramai orang, haruslah aku tak buat. Heheheee...

Malam tu juga kami balik ke Puchong. Sebab esok paginya en hubby nak kerja. Kalau tak kerja, haruslah tidur di rumah Kak Yong....

1 comment:

Mizz_Ila said...

wahh .. meniaga roti john ke? lama x jenguk blog x tau pun ko wat pe kak za. anyway rezeki bulan puasa kan?..

wahh makan kat bagan lalang. bestnye. lama x g sana. happening tol! suke suke suke

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)