Salam semua... semoga sihat dan ceria selalu hendaknya.
Mula-mula sekali nak ucap terima kasih atas ucapan dan doa dari kawan2 semua kepada anak2anda yang menyambut hari lahir minggu lepas. Moga doa kalian diperkenankan olehNYA. amin...
Hari Sabtu minggu lepas, kami balik kampung. Biasalah... bila orang tua tak sihat, kenalah kerap2 balik kampung menjenguk, bertanya, melihat dan membantu apa-apa yang patut, apa-apa yang boleh. Mujurlah kampung en hubby tu tak jauh mane... Slim River je... perjalanan dalam 1 jam (lebih sikit) dah boleh sampai... dan selalunya kami balik hari Sabtu dan kembali pada hari Ahad selepas makan tengahari. Ye, walaupun dekat, kena juga balik semula awal. Sebab di rumah pun dah menanti macam-macam kerja. Nak iron baju dan sebagainya... biaselah tu...
.: my mechanic... :.
Hari Ahad lepas, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah daripada kampung, en hubby tu terasa mengantuk. Kebetulan masa tu dah dekat2 nak sampai susur masuk ke Hentian Sebelah Rawang. Konon2nya en hubby nak berhenti sekejap untuk beli air mineral. Setelah beri signal menyusur masuk ke kiri dan perlahankan kenderaan, terdengar bunyi meletop dari bahagian belakang kereta. En hubby tu terus ke tepi dan berhenti. Tengok, tayar belakang dah kurang anginnya. Arghhhh, tayar belakang sebelah kiri meletop. Mujurlah tak menjajau2 ke tengah jalan. Mungkin kerana ketika itu kereta sudah diperlahankan dan tayar belakang pula.
Masa en hubby tukar tayar, aku rase bersyukur sangat. Tayar kereta pecah masa dia ada. Kalaulah masa aku yang bawa kereta dan tayar pecah... Alamatnya???? Nangislah!!!! Memang tak reti aku nak tukar tayar kereta. Tapi kemungkinan untuk tayar pecah masa aku memandu memang ada. Ya Rabbi, minta2lah dijauhkan olehNYA... huhuhuuuu
Jadi, lepas en hubby tukarkan tayar dengan tayar spare, kami meneruskan perjalanan pulang. Perlahan dan penuh hati2. Hehehee.. walaupun tayar sotong tu ok je tapi en hubby kate rase lain mcm aje... geli isi perut bila terlanggar line jalan. Hahahahaa!!!
5 comments:
Syukur semuanya selamat Dik....hari tu jadi kat Akak..tayar belakang sebelah penumpang...mujur semuanya dapat dikawal....pantang maut sebelum ajal!
ingtkan kak fiza yg melatop tadi upenya bini no 2..hehehe
mujur selamt semuanya..mmg takut jugakkan.bimbg kereta tu tak dapat dikawal bila lagi time lajukan...
rasa dah lama tak menyinggah sini..
kak fiza sihat ke?rindu plak2 nak tatp masakan akak..;)
sekali sekala jom kak dtg sini>>>http://miemiey-myluvlyhairildanishcollection.blogspot.com/
Alhamdulillah semuanya selamat. Tayar pun meletop masa dah nak berhenti. Bertuah suami fiza ada untuk tukarkan tayar.
salam fiza...ingatkn apa yg meletop!buat suspen jer..sibbaek la cik abg tue pandai tukar...klu fiza yg kena xtau la camna..hikhik.Alhamdllh, semuanya selamat.....
k watie,
betul... :D
miemiey,
sebut betul2... hikhik 'bini no 2' ye...mmg lame le tak menyinggah sebab n3 pun dah jarang2 keluar kat sini hahahaaa masak ala kadar je sekarang ni...
kak chik,
alhamdulillah ada cik abang cayang tu... hikhikhikkk
k atie,
klu cik abang tu tadek???meraunglah tepi hway tu kak....
Post a Comment