Salam...
First time buat kek ni & tak merasa pun walaupun seredaknye... huhuhuuuu syian sungguh bunyinye yek... Iyolah... mane nak merasa sebab buatkan untuk orang.... hahahaaa!!!
Aku buat kek ni untuk Cikgu Zura, salah seorang kenalan aku bersempena dengan beliau mengakhiri zaman daranya bersama jejaka pilihan hati. Tapi syian beno mengenangkan... mane tak... sominya di Pantai Timur nun dan sementara beliau di sini. Kerana tugas membuatkan mereka perlu berpisah. Tapi dengar2nya Cikgu Zura nak berhenti kerja dan cari kerja di belah sane. Supaya dekat dengan suami terchenta. Haruslahkan...
Moh kite tengok resipi Cotton Soft Japanese Cheesecake daripada Alma @ MyR. Terima kasih kepada tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi ilmu dan minta izin dari Kak Yani untuk dipanjang2kan resipinya di sini yek...

Bahan A :
250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
3sb jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60g tepung kek / tepung superfine - aku guna tepung gandum
20g tepung jagung
Bahan B :
140g gula kastor
6 biji telur putih
3/4 sudu kecil jus lemon
Cara-cara :
1) Cairkan cream cheese, butter & susu - double boil. Ketepikan dan biarkan sejuk.
2) Campurkan tepung gandum, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam adunan cheese. Gaulkan sebati.
3) Dalam bekas lain, pukul putih telur dan jus lemon hingga berbuih. Tambah gula dan pukul sampai meringue / adunan bertanduk.
4) Campur adunan bahan A dalam adunan bahan B. Kacaukan sebati guna spatula.
5) Tuang dalam loyang yang sudah dilengserkan dengan marjerin dan dilapis kertas baking.
6) Bakar kek +- 2 jam menggunakan kaedah 'bain-merie' - water bath. Aku bakar 50 minit aje guna kepanasan oven 175c. Ikutlah kapasiti oven masing2 ye...

2 comments:
salam fiza.
best la jadi orang pandai buat kek ni. tak makan pun dapat buat untuk orang lain.
terliur kakchik tengok kek tu. sedapnya.
wsalam k chik...
alhamdulilla,percubaan pertama dan menjadi...asal tak derhaka pd resepi,insyaAllah jadi.tp klu derhake sikit2,kekadang ok gak hahahaaa
Post a Comment